Januari 2012 : 1st Half

February 17, 2012 Leave a comment

Bismillah

Bulan januari kali ni memang menarik. Banyak agenda yang dapat dilaksanakan. Hujung minggu penuh dengan aktiviti. Study pun sibuk jugak, dengan persiapan sebelum Final exam. Rasanya ni antara bulan yang paling produktif yang pernah ada.. Bangun pagi 1 januari dah dikejutkan dengan berita demontrasi Adam Adli di depan pagar UPSI. Kecoh jugak Malaysia dibuatnya. 1st weekend of Januari,iaitu 7,8 januari, satu “comeback” yang berjaya telah dilaksanakan. Setelah hampir 8 bulan tak bermain ragbi, rasa nervous tu memang ada. Risau juga kalau ligamen yang koyak dulu berulang balik. Tapi semangat punya pasal diredahkan juga. Alhamdulillah tak sia-sia ‘comeback’ kali ni. Semesti Old Boys berjaya merangkul johan bage kategori Plate. Secara jujurnya memang tak jangka sebab pemain-pemain yang ada tak pernah pun main sama-sama. Pasukan SEMESTI O.B pada kali ini terdiri daripada ex-semestian batch 22 + Abg kembo + Rifdi(junior). SEMESTI O.B juga turut diperkuatkan oleh seorang pemain SUKMA Negeri Sembilan dan Selangor iaitu Afif Norzal atau panggilan manjanya Cacing (D’Perpatih) dan Carlos (SMSOB) serta 3 pemain daripada MCKK (Mat Lutfi, Bani dan Azhar).

Team Semesti O.B MMU 10's 2012

Medal kejohanan

     keputusan keseluruhan kempen permulaan SEMESTI O.B   pada tahun 2012:

Grouping Stage:
SEMESTI O.B (12) vs X-Vipers (0)
SEMESTI O.B (14) vs KPTM Bangi Marshmallow (12)

Quater Final Cup
SEMESTI O.B (7) vs BIB Rama Rama (26)

Semifinal Plate
SEMESTI O.B (12) vs UiTM Puncak Alam (7)

Final Plate
SEMESTI O.B (26) VS X-Vipers (7)

Minggu yang seterusnya, PEMBINA MMU Melaka telah berjaya menganjurkan program Jaulah Ukhuwwah Mahasiswa (JUM) 2012 bersama ahli  PEMBINA  MMU Cyberjaya. Program ini merupakan program yang pertama kali  dianjurkan melibatkan ikhwah dari kedua-dua kampus. Program bermula pada malam 13 Januari di mana para peserta bertolak dari Melaka ke Cyberjaya. Sesampainya di Cyberjaya, Abg Zulhelmi a.k.a Mong yang merupakan bekas pelajar MMU Melaka dan kini berkhidmat di TM Cyberjaya, telah memberikan sedikit pengisian rohani sebelum disusuli dengan ice breaking antara pelajar dari kedua-dua kampus.

Sebelum memulakan pendakian

Keesokan harinya, program bermula dengan pendakian Bukit Broga kira-kira jam 7 pagi. Bagi majoriti adik-adik baru, ini merupakan pengalaman pertama mereka menjejakkan kaki ke Bukit Broga. Keadaan di sana memang meriah kerana ramai juga yang mengambil inisiatif untuk memanjat Bukit Broga pada pagi Sabtu. Mungkin kerana pemandangannya yang indah dan menarik, terutamanya bagi seorang photographer. Kami bersarapan di puncak sebelum mendengar pengisian ringkas dari saudara Azizul mengenai kisah Tariq Bin Ziyad dan penaklukannya di Andalusia.

sarapan

Pengisian dari Azizul

Tak tahu macam mana, boleh ada buaian pulak kat atas tu..hehe

.

Tamat pendakian, kami bergerak ke Hutan Rekreasi Air Terjun Sungai Tekala. Masa untuk main air.

Dah seronok main air, perut pun mulalah berkeroncong. Jadi habis je bersuka ria di air terjun, kami terus ke Metro Kajang untuk menjamu selera.

Destinasi terakhir, Masjid Hasanah Seksyen 9 Bangi. Disini merupakan titik perpisahan antara ikhwah Melaka dan Cyberjaya. Moga ukhuwah yang dibina berkekalan =)

Categories: Uncategorized

remaja2pemuda

January 22, 2012 Leave a comment

Bismillah …

Mentari pagi 22 Januari akhirnya memunculkan dirinya jua. Inilah waktu yg aku sangat ternanti-nantikan. Mengikut kalendar gregorian, hari ini genap 20 tahun sejak hari aku melihat dunia buat pertama kalinya. Hari ini juga bermakna istilah “belasan tahun” sudah tak relevan buat diriku lagi. Bila orang mahu menyebut usia ku dalam bahasa Inggeris pun, dah bertukar. Tiada lagi “seventeen”, “eighteen”, “nineteen”. Yang ada sekarang “twenty”,”twenty-one”,”thirty”. “teen” bertukar kepada “ty”. Istilah remaja itu sudah tiada.

Pada pandangan orang lain, ini mungkin tiada apa2. Mungkin bagi orang lain mereka akan menyambutnya dengan majlis keraian, ataupun mengharapkan “wish” dan hadiah dari kenalan. Tapi bagi aku ini adalah sesuatu yang besar. Tiada lagi masa untuk bermain-main. Kerana aku sudah menjadi pemuda. Bukan remaja yang boleh nak bermain-main lagi.

Apabila menyentuh mengenai pemuda, aku tidak dapat lari daripada cuba untuk menghadamkan Rukun Pemuda. Apakah itu Rukun Pemuda ? Imam Hassan Al-Banna telah menulis dalam risalahnya, bahawa ada 4 sifat istimewa bagi pemuda

1. Keimanan asasnya adalah hati yang suci
2. Keikhlasan asasnya jiwa yang bersih
3. Hamasah (Semangat)  asasnya keinginan yang kuat
4. Amal (Usaha) asasnya adalah keazaman yang membara.

 

 

 

Ketahuilah keempat2 sifat ini hanya dimiliki oleh golongan pemuda. Tidak hairan, barisan pemuda sejak dahulu hingga sekarang tetap menjadi tiang pasak bagi kebangkitan sesuatu umat. Ya, mereka adalah agen perubah yg menjadi barisan penjulang panji2 bagi sesuatu fikrah perjuangan.

Usamah bin Zaid ketika dilantik  oleh Nabi s.a.w sebagai Panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun. Padahal diantara anggota pasukannya terdapat orang yang lebih tua seperti Abu Bakar, Umar bin Khathab dan lain-lainnya. Sultan Muhammad Al Fateh memegang tampuk pemerintahan ketika berusia 19 tahun.

Ketika mencipta laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg baru berusia 19 tahun. Dia membuat Facebook untuk membantu membangun jaringan sosial bagi remaja di kampusnya ketika itu, University Harvard. Matt Mullenweg adalah pencipta medium platform blog secara percuma : WordPress. Dia  baru berusia 19 tahun ketika mula mencipta medium ini. Larry Page dan Sergey Brin melancarkan Google pada 4 September 1998. Saat itu, mereka baru berusia 25 tahun dan 24 tahun. Pejabat mereka yang pertama hanya di sebuah garaj sahaja.

Lantas aku  menyoal diri, bolehkah aku pemuda Islam berprestasi dan bergerak seperti mereka? Melakukan usaha-usaha yang keras dalam membangunkan ummah dan menegakan syiar Islam di mata dunia?

 

Sama ada setahun akan berlalu dengan bermakna atau begitu sahaja, diri inilah yang menentukan hala tujunya. Jika dikatakan siapa pemuda yg penuh hamasah, maka akan aku katakan pemuda itu adalah AKU!

Categories: Uncategorized

Mahasiswa, AUKU dan …

January 16, 2012 Leave a comment

Bismillah..

Telah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk mengkaji dan menulis tentang topik di atas, namun atas faktor-faktor tertentu, terpaksa ditangguhkan. Pagi 1 januari, Malaysia digegarkan dengan berita demonstrasi mahasiswa di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Demostrasi yang dipelopori oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) ini dilaporkan berhadapan dengan tindakan keras pihak polis sehingga menyebabkan kecederaan.

Saya tidak bermaksud untuk membela mana-mana pihak dalam peristiwa ini kerana pada zaman serba canggih ini, susah untuk kita pastikan kebenaran sesuatu berita. Seperti yang kita tahu, mana-mana demonstrasi berkemungkinan besar akan berdepan dengan tindakan keras pihak berkuasa. Apabila emosi menguasai akal, sesiapa yang ada di situ pasti terdedah kepada tindakan provokasi yang mungkin boleh mendatangkan insiden yang tidak diingini.

Apa sebenarnya AUKU yang menjadi topik perbahasan yang hangat bak pisang goreng ni? Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya. Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995. Kalau nak betul-betul mengaji tentang AUKU, boleh ke link ini .

Jadi apa masalahnya dengan AUKU sebenarnya? Akta ini dilihat sebagai menisfestasi campur tangan kerajaan dalam pentadbiran universiti-universiti untuk mengongkong mahasiswa. Hasilnya, aktivisme mahasiswa menjadi lemah dan tidak bermaya.

Sebuah perjuangan perlu jelas apa yang ingin dituntut dan diperjuangkan. Dalam hal ini, perlu kita kaji hakikat, adakah benar-benar mahasiswa tidak bebas? Atau adakah ini hanya satu tuntutan yang bermotifkan politik? Saya melihat bahawa kebebasan mahasiswa sebenarnya terletak di minda. Terkongkongnya mahasiswa adalah pada pemikirannya sendiri, bukan salah orang lain semata-mata. Sedangkan aktiviti membangunkan masyarakat sangat luas skopnya dan tidak hanya terbatas pada saluran politik. Namun begitu, jikalau hendak menyatakan bahawa mahasiswa perlu diberi kebebasan berpolitik, kebebasan tersebut sebenarnya telah pun diberikan. Mahkamah Rayuan telah mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa terlibat dalam politik sebagai tidak sah baru-baru ini.

Ada yang membabi buta menyokong AUKU dibatalkan, dan ada pula yang langsung menyokong AUKU, sedangkan apabila ditanya kepada mereka mengapa,mereka gagal menjawab. Secara realitinya,sebagai mahasiswa,,saya dapati rata-rata mahasiswa iaitu termasuk rakan-rakan saya,tidak tahu apa itu AUKU,apatah lagi tentang perkara-perkara yang tertakluk di dalam akta ini. Hanya kerana kebelakangan ini AUKU kerap diperdebatkan, adalah seorang dua yang rasanya ada kesedaran membaca ‘aware’. dan bila ditanya,,mereka menjawab,AUKU ini adalah akta untuk menghalang pelajar daripada berdemonstrasi jalanan. Sungguh, perkara ini amat mengecewakan kerana AUKU melibatkan banyak perkara termasuklah penubuhan sesetengah universiti di Malaysia ini.

Hakikatnya, tahap kepedulian golongan belia Malaysia terhadap politik berada pada tahap yang sangat rendah. Salah satu indikator yang menyokong fakta tersebut ialah statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan  kira-kira 3.84 juta orang penduduk di seluruh negara masih belum mendaftar sebagai pemilih atau 24.2 peratus daripada keseluruhan 15.87 juta rakyat yang layak dan majoritinya adalah terdiri dari golongan muda.

Saya tidak menafikan menafikan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ada yang boleh kita pertikaikan, persoalan yang lebih mustahak yang perlu kita ukur ialah, sudahkah mahasiswa khususnya di Malaysia menggunakan ruang lingkup yang ada semaksimumnya?

Tanpa perlu pergi lebih jauh, cuba anda perhatikan realiti di kawasan setempat anda. Berapa ramaikah para belia yang terlibat dengan institusi kemasyarakatan setempat seperti Ahli Jawatankuasa (AJK) surau dan masjid, persatuan-persatuan penduduk serta badan-badab kebajikan dan sukarelawan masyarakat lainnya. Kemungkinan besar, jari-jemari di tangan anda sudah cukup untuk menghitungnya! Kita belum berbicara tentang memegang jawatan-jawatan utama dalam mewakili rakyat setempat di arena politik tanahair. Jika institusi kecil masyarakat pun dipandang sepi, apatah lagi tangungjawab dan kedudukan yang lebih tinggi untuk memacu pentadbiran dan pembangunan negara.

Peristiwa baru-baru ini juga menunjukkan tanda-tanda mahasiswa mula mengadaptasi budaya “anti-establishment”. Jika benar, ia adalah berita buruk, yang mana tidak kira siapa memerintah negara, jalanan akan dipenuhi dengan protes dan apa sahaja sistem yang dibuat akan sentiasa disanggah. Akibat paling buruk adalah umat Islam di Malaysia akan terus berpecah. Lihat sahaja apa yang telah dan sedang berlaku di Mesir, Syria, Yaman dan beberapa buah negara lain di Timur Tengah. Lihat juga kepada negara jiran kita, Thailand, yang masih belum pulih daripada kesan revolusi yang menjatuhkan kerajaan Thaksin Shinawatra pada 2006. Rajin-rajinkanlah membaca sejarah dunia, dan anda boleh membaca mengenai Revolusi Rusia 1917, Revolusi Amerika dan Revolusi Inggeris yang didasari oleh golongan oportunis.

Saya lihat kebanyakan semangat mahasiswa yang berkobar-kobar tidak dipayungi kefahaman yang sepatutnya terhadap Islam. Mudahnya, kebanyakan mahasiswa melihat perjuangan menegakkan yang Haq dan menundukkan yang batil dalam ruang lingkup yang terhad, dan bersifat jangka pendek. Hamasatus syabab wa hikmatus syuyukh. Jika semangat orang muda tidak dipandu oleh kebijaksanaan orang lama, pelbagai natijah buruk boleh berlaku. Mungkin bukan sekarang, tetapi masa akan datang siapa tahu?.Ingin sekali saya ingin bertanya kepada mahasiswa yang terlibat dengan peristiwa demonstrasi tersebut, adakah anda benar-benar faham dengan tuntutan kebebasan yang anda laungkan itu? Adakah anda yakin, sekiranya berjaya, akan menjadikan universiti sebagai tempat yang lebih baik untuk pembelajaran mahasiswa? Adakah dengan kebebasan yang diperjuangkan itu akan lebih menguntungkan umat Islam? Atau adakah anda hanya terikut-ikut dengan sentimen yang tidak jelas dan bertindak berdasarkan emosi yang dibakar dengan perasaan benci terhadap kerajaan? Sikap naive  ini akan mendedahkan perjuangan anda kepada eksploitasi oleh golongan-golongan liberal bagi merosakkan jatidiri pemuda Islam, sehingga akhirnya, hasil perjuangan anda akan dituai oleh musuh anda sendiri.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (QS Al-Baqarah: 120).

Jika mahu berdemonstrasi, berdemonstrasi lah hari-hari, seperti di sini .

wallahualam.

p/s : sedang mencari buku “Bidak-bidak di papan catur Iblis”/”Pawn In The Game”  karangan William Guy Carr.

Categories: Uncategorized

Cerita saya ?

January 16, 2012 Leave a comment

Bismillah…

Ini mungkin cerita saya pada masa hadapan. cerita anda?

future me ?

Categories: Uncategorized

2011 : Tahun mencabar bagi umat Islam & bangsa Melayu

January 16, 2012 Leave a comment

Bismillah…

Tahun 2011 merupakan tahun yang amat mencabar bagi umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Peristiwa demi peristiwa memberi tamparan kepada keizzahan agama ini. Cabaran berpunca di kalangan umat Islam itu sendiri dan juga arus yang datang dari luar.

Berikut adalah beberapa peristiwa penting yang perlu dijadikan pengajaran agar masa depan umat Islam terus terpelihara.

  1. Azan Subuh dipertikai kerana menggangu tidur penduduk setempat di kawasan sekitar Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi, Jalan Pantai Permai Kuala Lumpur.
  2. Seorang EXCO Selangor mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) supaya menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis menjual arak.
  3. Pada bulan Februari, 96 orang Islam ditahan dalam Ops Valentine yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor.
  4. Di dalam kes penahanan kitab Bible berbahasa Melayu di pelabuhan Klang dan Kuching, keputusan kerajaan tidak memihak kepada umat Islam. Bible itu kemudiannya diserahkan kepada pihak gereja.
  5. 10 formula berat sebelah Idris Jala, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri diumumkan dalam menyelesaikan masalah penahanan kitab Bible berbahasa Melayu.
  6. Menurut statistik yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebanyak 863 permohonan murtad diterima oleh Mahkamah Syariah dan sebanyak 168 orang yang memohon untuk meninggalkan Islam diluluskan.
  7. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penganjuran konsert MTV World Stage Live di I-City pada 24 Julai ini tetap diteruskan walaupun menerima bantahan daripada penduduk dan PAS.
  8. Perhimpunan haram Bersih 9 Julai 2011 yang bertujuan menuntut ketelusan dalam pilihan raya berjaya disuraikan oleh polis, namun fakta yang menyatakan bahawa dana disalurkan oleh pihak luar amat merisaukan.
  9. Tragedi 3 Ogos telah membuka mata masyarakat tentang gerakan Kristianisasi yang semakin berleluasa. Pihak JAIS berjaya membongkar penglibatan umat Islam dalam majlis Thanksgiving di Damansara Utama Methodist Church (DUMC).
  10. Maruah umat Islam terus dicalar dengan tuduhan kelemahan institusi zakat dan jabatan agama merupakan punca gejala murtad berlaku.
  11. Pertemuan di antara ahli parlimen DAP bersama pimpinan pertubuhan Kristian di Pulau Pinang mendedahkan telah berlaku perbincangan berkenaan idea untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
  12. Selain itu, berita pembinaan gereja terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Bukit Jalil benar-benar mencabar umat Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini. Orang Islam mewakili 60.4% komposisi penduduk sedangkan masyarakat Kristian hanya 9.1%.
  13. Pada bulan Mei, 4 orang pengikut Syiah ditahan. Pada 25 Ogos pula, Jabatan Agama Islam Melaka telah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markas sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.
  14. Pada bulan Oktober lalu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendedahkan lebih 6 juta belia mengalami krisis identiti. Kajian yang dibuat menjelaskan rata-rata belia masa kini tiada agenda hidup dan tidak kuat dengan pegangan agama.
  15. Gejala buang bayi seolah-olah tiada hentinya. Saban hari di dada akhbar dilaporkan berita bayi dibuang di dalam tong sampah, disorokkan di bawah katil, dicampak dari bangunan tinggi dan banyak lagi berita yang menceritakan perihal sama.
  16. Program Seksualiti Merdeka yang mempromosikan budaya luar seperti seks bebas dan seks songsang wajar ditentang. Meskipun pihak polis telah mengharamkan penganjurannya, terdapat beberapa pihak menyokong penganjuran program tersebut.
  17. Konsert artis gay Britain Elton John di Genting Highland diteruskan meskipun mendapat tentangan daripada pelbagai pihak khususnya umat Islam.
  18. Akibat terlalu mementingkan sentimen parti dan mengutamakan kuasa lebih daripada kepentingan umat Islam, hudud dipolitikkan sehingga sampai ke tahap ditolak dan dipermainkan.
  19. Ariff Alfian yang dilaporkan hilang di Ireland telah ditemui semula tetapi di dalam keadaan yang menyedihkan, apabila gambarnya berkahwin dengan lelaki gay Britain tersebar di internet.
  20. Di akhir tahun 2011 pula, kita dikejutkan dengan tindakan mempersoal perkara 153 Perlembagaan Persekutuan oleh paderi Kristian di dalam majlis sambutan hari Krismas.

 

Kesemua peristiwa yang disebutkan di atas membuktikan betapa teruk dan dahsyatnya cabaran yang dihadapi umat Islam dalam meneruskan survivalnya di bumi bertuah ini. Banyak lagi isu yang boleh dikupas dan dikaji bagi menyedarkan masyarakat Islam dan bangsa Melayu agar bangkit dan bertindak menjadi agen perubah ke arah yang lebih baik.

Pendedahan ini bertujuan mengembalikan umat Islam dan bangsa Melayu kepada ajaran Islam yang sebenar sebagai kunci perubahan. Menyedari hakikat ini, kekuatan iman dan kesatuan perlu diperkemas bagi menghadapi cabaran-cabaran akan datang.

Disediakan oleh:
Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin,
Pegawai Penyelidik,
Ikatan Muslimin Malaysia

Categories: Perjalanan Hidup

Mukhayyam

January 14, 2012 Leave a comment

Bismillah…

Lama betul tak bersentuh blog ni. Macam2 perkara dah berlalu. Ada yang baik, ada yang kurang baik. Tapi tak mengapa, kali nak cerita pasal Mukhayyam yang saya sertai pada 16-18 Disember yang lalu anjuran ISMA Melaka bertempat di Hutan Simpan Gunung Datuk Negeri 9. Mukhayyam kali ni special sikit sebab bukan semua pergi, tetapi ekslusif kepada penggerak dan bakal penggerak IPT di sekitar Melaka. Antara IPT yang menghantar wakil ialah UTEM,MMU, UiTM, dan beberapa ikhwah IPT lain yang sedang bercuti.

16 Disember,

8.00 malam.

Berkumpul di masjid Al Alami, MITC. Peserta dibahagikan kepada mengikut kereta yang akan berkonvoi ke Negeri 9.

10.00 malam.

Sampai di pejabat ISMA Seremban. Sesi pengisian bersama Ustaz Hazizi Abdul Rahman, AJK Tarbiyah ISMA Pusat. Sesi yang sangat menarik kerana menyentuh pergolakan politik semasa dan apa yang kita mahukan sebenarnya dalam dakwah.

12. 00 tengah malam. Sampai di tanah perkuburan yang saya tak ingat di mana sebab tidur dalam kereta. hehe. Slot tazkiyatun nafs mengenai kematian oleh akhi Zulhelmi Saad dari UTEM. 1st time dengar tazkirah di kubur tengah2 malam.

1.30 pagi

sampai di campsite, Gunung Datuk. Kembara Mimpi.

17 Disember

530 pagi

solat subuh berjemaah dan al mathurat. Diikuti dengan tazkirah pagi oleh akhi Amer dari UTEM. Sarapan dan menyiapkan tugasan iaitu tilawah 7 page utk setiap peserta.

730 pagi

Bersiap sedia untuk mendaki Gunung Datuk yang setinggi 2900 kaki dari paras laut. Warming up di ketuai oleh ikhwah dari negeri 9. Memulakan pendakian kira-kira jam 8.00 pagi

Gmabar kenangan sebelum memulakan pendakian

8-10 pagi : pendakian

Start Pendakian

Sambil2 mendaki, bolehlah melihat keindahan makhluk Allah S.W.T :)

Check point pertama. Pengisian oleh saya sendiri mengenai sifat Al-Hilmi

10.00 PAGI

Kira-kira 2 jam pendakian, puncak Gunung Datuk berjaya ditawan. Walaupun ada ikhwah yang tak larat, namun atas dasar ukhwah dan semangat sebagai seorang muslim, semua peserta berjaya sampai ke puncak. Suasana di atas puncak memang menakjubkan. Bukan mudah untuk dapat peluang untuk melihat keindahan alam dari sudut begini. Bila melihat ke bawah, terasa kecil dunia ni.

Sesi Ice breaking

Menuju Puncak

 

AksI berani mati dari photographer

Pemandangan dari puncak

perjalanan turun

1230 tengah hari

sampai di campsite semula. Makan tengah hari. Masing2 rasa macam nak tercabut lutut disebabkan kecuraman gunung datuk yang menyukarkan perjalanan turun. Turun lagi mencabar dari naik. fuhhh

Cikgu Zul dan Akhi Amru memang Chef terbaik !

Macam biasa, makan dalam talam :)

gotong royong membasuh

5.oo petang

Semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat dari akhi Aizam mengenai Kafilah Dakwah. Semua diberi pair masing2 dan setiap pair dikehendaki mencari sekurang-kurangnya 5 orang untuk di-”approach”. Ini merupakan aktiviti paling osem sekali dalam mukhayyam. Bayangkan, pergi ke khalayak ramai dan kemudian bercerita mengenai Islam kepada mereka? selalunya sebelum ni hanya didedahkan dengan teori dalam usrah, daurah, tetapi kali ini semua ilmu yang dapat dipraktikkan. Memang pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kawasan yang kami santuni ialah Tampin.

Briefing Kafilah Dakwah

Bersama muda mudi Tampin

Halim dan Aiman menceritakan pengalam mereka kepada cikgu Razak dan Abg Aizam

7.30-10.00 malam

Solat Maghrib dan sesi perkongsian bersama ikhwah Negeri 9. Kemudian peserta dikehendaki menceritakan pengalaman mereka melakukan dakwah di Tampin. Macam2 pengalaman menarik dikongsikan. Kalau nak tahu, kena cuba sendiri =).

Para peserta juga dikehendaki menyelesaikan kuiz sirah yang diberi oleh penganjur.

 

semangat membuat kuiz ni

1.00 pagi.

Nightwalk sepanjang 1.5 km. Memang gelap tak nampak apa. Pada masa itulah sangat rasa persaan kebergantungan terhadap Allah s.w.t .

18 disember.

8.30 pagi

Usai solat subuh dan mengemaskan campsite, ada aktiviti team bonding yang diselia oleh akhi Azlan. aktiviti bonding yang menarik ialah “human chain” di mana para peserta perlu meleraikan simpulan tangan menjadi satu bulatan tanpa melepaskan tangan.

10.00 pagi

Sesi pengisian terakhir oleh akhi Amru. Tajuk yang dikupas ialah ” nahnu qaulu amalliyyun” (adakah kita umat yang berkerja) yang dipetik dari kitab majmu ar-rasa’il karya imam Hassan Al Banna. Selepas itu,semua peserta telah berpelukan dan bersalaman perpisahan sebelum kembali ke tempat masing untuk terus menyambung usaha dakwah yang murni ini :)

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: “Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?” Mereka menjawab: “Kamilah pembela-pembela (ugama) Allah!” (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang.”  as-Saff : 14

Categories: Perjalanan Hidup

2011 in review

January 2, 2012 Leave a comment

The WordPress.com stats helper monkeys prepared a 2011 annual report for this blog.

Here’s an excerpt:

A San Francisco cable car holds 60 people. This blog was viewed about 1,900 times in 2011. If it were a cable car, it would take about 32 trips to carry that many people.

Click here to see the complete report.

Categories: Uncategorized

Double Trouble

December 27, 2011 Leave a comment

Bismillah..

Double trouble. bunyi macam stylo kan? orang selalu guna. Biasanya bila melibatkan 2 orang personaliti terkenal digandingkan bersama. Dan biasanya bila perkara itu berlaku sudah pasti akan ada ramai peminat akan mengemuruni event tu. Tapi double trouble yang macam mana?

 

Yang macam ni

 

Ataupun

yang macam ni?

Its your call…

Categories: Uncategorized

Marah Tanda Sayang, Benci Tanda Rindu

December 25, 2011 Leave a comment

Bismillah …

Seringkali kita tersalah mentafsir apa yang ada dalam hati mereka bila mereka sedang memarahi atau lebih tepat saya katakan menegur kita. Seringkali kita menjauhkan diri apabila dimarah kerana berkecil hati apabila ditegur.

Tidak kira kita siapa, teguran mesti diterima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Percayalah, setiap teguran ada hikmahnya. Lihatlah teguran seorang perompak kepada seorang wali Allah, Sheikh Abdul Kadir al-Jailani.Ketua perompak itu menegur Sheikh Abdul Kadir untuk memperingati semua ilmu-ilmu yang diperolehinya bukannya bergantung kepada buku. Peristiwa itu berlaku semasa buku-buku Sheikh Abdul Kadir al-Jailaini dirampas dalam satu perjalanan menimba ilmu. Sejak itu, beliau terus menghafal setiap ilmu yang diperolehinya.. Bagaimana teguran seorang perompak mampu mengubah 360 darjah cara pembelajaran seorang wali Allah. Itulah hikmahnya wahai saudara.

 

Saya suka dengan quote ini, kerana seringkali kita berfikiran negatif bila kita dimarahi dan terus membuat konklusi tanpa kita selidiki. Cuba sekali, selepas dimarah mahupun diherdik kita duduk sejenak dan berfikir mengapa kita dimarahi?

Sentiasa positif, kenapa kita dimarahi. Seteruk mana diherdik ayah, sesakit mana dileteri ibu, sebenci mana ditegur rakan, setakut mana ditengking guru. Ingat mereka sentiasa ada alasan tersendiri untuk memarahi dan menegur. Seseorang tidak akan menegur tanpa sebab yang kukuh. Mungkin kerana sikap kita yang negatif membuatkan mereka bertafsiran seperti itu. Marah tanda mereka benar-benar ingin kita berubah dan benar-benar mengambil berat terhadap kita.

Percayalah bahawa, junjungan besar kita, Rasulullah saw beberapa kali ditegur oleh Allah swt dan ia disampaikan melalui wahyu. Jika melalui wahyu, ini bermakna, sehingga kiamat kita sebagai orang mukmin akan sentiasa membaca teguran Allah swt tersebut di dalam Al-Quranul karim. Cuba semak Surah Abasa ayat 1-10,Surah al-Tahrim ayat 1, dan Surah at-Taubah ayat 84. Apa yang diceritakan di situ?

Jangan sesekali anda membenci, kerana sejauh mana anda membenci pasti dia selalu bermain difikiran anda bukan? Setiap kali membenci, setiap kali itu anda memikirkan mereka. Hampir seluruh waktu anda habiskan untuk mengingat mereka.

Jangan cepat kita rapuh, jangan cepat membuat rumusan. Sebaliknya berfikirlah mengapa mereka marah dan menegur. Sudah pasti ada kesalahan yang kita lakukan dan perlu kita perbaiki supaya tidak di pandang serong oleh yang lain. Bencilah jika kita rasa itu terbaik kerana setiap kali kita membenci mereka akan tetap kita fikirkan.

Namun yang pasti, teguran Rasulullah oleh Allah swt menunjukkan semua manusia WAJIB ditegur untuk memperbetul dan mendidik mereka. Kita jangan melenting jika ditegur kerana ingatlah Rasulullah saw juga pernah ditegur malahan sehingga hari ini kita akan membaca kisahnya dalam al-Quran. Siapalah kita ini berbanding Rasulullah saw jika ditegur pun melenting sakan.!

p/s: Namun ingat, jangan sekali biarkan ego mengatasi diri.

Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan :)

- Quote from Syurgamu Ramadhan
Categories: Tarbiyah

Bertemu dan Berpisah

December 21, 2011 Leave a comment

Should old acquaintance be forgot,
and never brought to mind ?
Should old acquaintance be forgot,
and old lang syne ?

For auld lang syne, my dear,

for auld lang syne,

we’ll take a cup of kindness yet,

for auld lang syne.

bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata tapi
di hati tidak lupa
berdoalah kita agar
aman dan sentosa
semoga dapat kita berjumpa lain masa

Itulah bibit2 lagu yang diteriakkan oleh warga OATHS O8O9 pada Passing out Parade kami. Kenapa saya tiba-tiba post mengenai hal ni? kerana hari ini 21 Disember 2011, genap 2 tahun saya meninggalkan Royal Military College,RMC atau dengan nama Melayunya, Maktab Tentera Diraja, MTD. Tarikh keramat 21 Disember 2009 menjadi saksi perpisahan 186 orang manusia yang bertemu pada 21 Januari 2008. Walaupun macam-macam cabaran yang dilalui, akhirnya berjaya juga kami tamatkan pengajian.

Cincin Old Putera khas untuk pelajar yang berjaya menamatkan pengajian

Sekarang ni semua dah ada haluan masing-masing. Ada yang di US,Australia, ada akan ke UK dan Jepun, sekelompok di Mesir dan Rusia, dan majoriti menyambung pengajian di dalam negara. Tak kisah lah apa jua bidang yang diceburi, yang penting jadilah yang terbaik dalam bidang yang anda pilih. Dan janganlah lupa sahabat-sahabat kita  yang dah besusah payah bersama kita mencuci railing, sama-sama kena hell, sama-sama Fly (ok, saya tak bangga dengan yang ni). Kerana apa ? Because ” WE ARE O.P, WE ARE BLOODBROTHERS “

OATHS 0809, rindu betul dengan korang semua.

~ SERVE TO LEAD ~

Categories: Perjalanan Hidup
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.