XPDC Stong – Baha -Ayam & Air terjun Jelawang

29 April – 2 May 2016

Alhamdulillah selesai lagi satu XPDC dalam kisah pengembaraan aku. Kali ni destinasi ialah Gunung Stong, Kelantan. Pada aku , Gunung Stong boleh dikategorikan sebagai wajib pergi bagi peminat aktiviti mendaki di Malaysia selain Ledang, CBL dan Tahan. Gunung ni terletak di dalam kawasan Taman Negeri Kelantan. Berdekatan dengan Gunung Stong terdapat juga gunung-gunung lain seperti Gunung Kob,Gunung Baha,Gunung Ayam,Gunung Saji,Gunung Tera,Gunung Che Tahir,Gunung Nyelit,Gunung Stong, dan Gunung Beirut. Biasanya trip yang akan ke puncak-puncak ni akan dipanggil Trans Jelawang dan biasanya mengambil masa 5 hari 4 malam dan berstatus hardcore. Untuk trip kali ni lebih kepada santai dan hanya akan singgah ke 3 puncak iaitu Stong, Baha dan Ayam .

Pre-departure, 29/04/2016 :

Berkumpul di LRT Gombak jam 12 malam sambil menunggu organizer si Syimir untuk sampai dari Melaka sambil kutip peserta-peserta lain along the way ke Gombak. Boleh pulak kereta exora yang nak disewa accident jadi terpaksa tukar ke Avanza. Mujur juga ada seorang peserta last minute yang sudi bawa kereta peribadi untuk konvoi bersama. Akhirnya selepas selesao bahagi ration, kami bertolak ke Kelantan jam 2.30 pagi.

Day 1 , 30/4/2016 :

Sampai di Gua Musang waktu subuh. Solat dan mengisi perut. Perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai ke Dabong. Aktiviti Caving dimulakan. Ini pertama kali untuk aku caving. Adalah sangat rugi jika travel jauh-jauh ke Kuala Krai tapi hanya mendaki Gunung Stong. Aku berjaya menghasut Syimir untuk masukkan sekali aktiviti caving dalam tentatif. Dalam jam 11.00 pagi kami memulakan aktiviti meneroka Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris.

 

IMG_6606
Keagungan ciptaan Tuhan

Selesai aktiviti caving, kami bergerak ke starting point dan memulakan proses pendakian ke Kem Baha. Perjalanan ke Kem Baha agak santai walaupun adalah pacak di beberapa tempat. Setelah perjalanan sekitar 2 jam setengah, maka kami pun sampai ke Kem Baha, basecamp untuk trip kali ini. 1st impression bila sampai sini, boleh dikatakan Kem Baha ni campsite gunung yang paling proper aku pernah jejak di semenanjung Malaysia. Kawasan luas, boleh muat dalam 100-200 orang dalam satu2 masa. Siap ada kedai cenderahati dengan tandas tu. Viewpoint dia pulak memang cun, jalan 3 minit je dari khemah. Air terjun tak payah cerita lah. memang terbaik. Jalan 10 minit je untuk pergi main slide, terjun tiruk bagai. Waktu malam , boleh lepak dekat viewpoint sambil layan bintang.

Day 2, 01/05/2016

DCIM101GOPROG2205550.

 

Selamat Hari Buruh ! Harini lah baru mendaki yang sebetulnya. Bangun pagi solat subuh dan kemudian semua menjamu mata menatap view sunrise Kem Baha yang famous tu. Sarapan dan kemudian kami memulakan misi menjejak 3 puncak iaitu Gunung Baha, Gunung Ayam, dan Gunung Stong bermula jam 9 pagi. Trek dia memang layan turun naik tapi takdelah pewai sangat , just nice even untuk beginner. Cuaca pun cun maka trek pun kering tanpa lumpur. Kami sampai semula ke kem Baha jam 9 malam. Walaupun penat, bila dah sampai kemsite dan makan dengan kawan2 semua tu terus lupa. Selesai mandi makan, semua ramai pakat dok lepak dekat viewpoint siap bawak sleeping bag. Main gitar, menyanyi, borak sampai 2-3 pagi. Memang kenangan yang sangatlah best 😀

Day 3 , 02/05/2016

IMG_6698
Pagi yang indah

Lepak layan sunrise lagi sambil minum teh o panas. Pergh. Memang layan beb. Memang chill gila. Hari ni memang takde apa dah just santai2 dan akan pergi main gelongsor air terjun. Time ni memang tiruk puas2, berendam sampai kecut. Dalam pukul 12 tengah hari, kami semua turun dari kem Baha ke car park sebelum terus ke KL untuk kembali ke rutin harian masing2.

Video second version from Akmal di bawah. Ni yang best bila ramai boleh buat video dalam satu trip

Advertisements

Trans Chamah-Ulu Sepat 2016

Chamah-Ulu Sepat. 6-11 Februari 2016

To date, inilah ekspedisi paling mencabar aku pernah sertai. 6 hari 5 malam di dalam hutan dara di sempadan Kelantan-Perak. Tempat Harimau Malaya bersiar siar dan tempat lama komunis menyorok masa darurat. Biasanya orang simpan trip CUS ni last sekali untuk graduate G7 disebabkan tahap kesukarannnnnnya dan tempoh masa yang panjang, tapi aku pi bantai ni first trip G7 hahaha. Patutnya nak buat Trans Titiwangsa V1 oktober 2015 tapi last minit ada exam subjek master. Maka terpaksalah aku lipat si Muaz yang beria aku yakinkan untuk teman aku kah3. Sorry bro.

Maka persediaan pun dibuat sebelum trip dengan jogging dan hike kecilan di area Melawati. Nak dijadikan drama, boleh pulak kena bisul dekat punggung seminggu sebelum trip. Serius tak kelakar beb. Deposit dah bayar. Dan yang paling haru, aku dah yakinkan kawan sekolah rendah aku, Hakim untuk join sekali trip sebab aku tak kenal sangat pun organizer. Yang aku tahu nama dia Azim Afif dari Peak Journey dan sebab aku beria nak join trip dia ialah nak berkenalan team Everest UTM yang menjadikan trip CUS sebagai training sebelum ke Everest via Tibet (Dan mereka berjaya menjadi team Malaysia pertama menjejak Everest melalui jalan Tibet 4 bulan kemudian). Kelam kabut jumpa doktor minta ubat, siap buat bekam lagi oi. Tak baik jugak. Last sekali aku google2 ramai yang kata Koyok Cap Katak paling berkesan untuk Bisul. Ok gamble. Pack semua kelengkapan dan berdoa moga tak jadi pape.

5 Feb malam, semua berkumpul di UTM Semarak

Day 1 :
Kami tiba di Gua Musang jam 5.30 pagi dengan bas UTM. Xpdc dimulakan kira2 jam 9 pagi dengan perjalanan offroad 4wd dari Masjid Kuala Betis ke drop off point selama 3 jam yang penuh mencabar dengan jalan tanah merah yang berlumpur. Barai . Punggung dah tak rasa apa. Perjalanan disambung dengan trekking ke Kampung Orang Asli Rekom selama 4 jam setengah. Tiba di Kampung Rekom jam 5 dan bermalam.

P2080190.JPG
Kampung Rekom

Day 2 :

Inilah pendakian yang paling mencabar aku pernah rasa setakat ni. Terjaga pukul 4 pagi disebabkan ade kebocoran pada khemah. Tempat aku je pulak tu. Orang lain sedap je tido. Sleeping bag dah basah. Its okay bila kau barai lepas hiking, tapi kalau kau tak dapat makan dan rehat secukupnya, masa tu lah yang paling mental sekali. Aku dah terfikir turun Chamah nanti aku nak chow terus malas nak sambung ulu sepat mental punya pasal.

Daypack Kg Rekom-Puncak Chamah-Kg Rekom. Mula jam 8.15 pagi dan tiba di puncak jam 4.45 petang sebelum turun dan sampai semula Kg Rekom jam 1.30 pagi. Total masa naik dan turun kira2 17 jam dan jarak sekitar 19km. Plan asal ialah tidur di puncak tetapi diubah kepada daypack untuk mengelakkan kesesakan di puncak kerana ada group lain yang plan bermalam di sana. Hujan sepanjang hari dari pagi ke malam menambahkan lagi perisa dan keadaan trek yang lunyai melengkapkan lagi cabaran. Patutlah orang kata Chamah antara gunung paling sukar di Malaysia.

IMG_20160207_171106

Part paling mental ialah dari Anak Chamah nak ke puncak Chamah. Ingatkan dah dekat, rupanya ada 3 jam lagi. 7 puncak tipu. Sampai ke puncak jam 4.30 petang. Sejuk gila disebabkan hujan turun tak henti-henti walaupun tak lebat. Perjalanan turun pun menggugah jiwa jugak. Disebabkan trek dah barai atas faktor hujan, menggelongsor jatuh jadi perkara biasa. Memang penuh lumpur la baju dan seluar. Tapi, bila sampai je ke Kg Rekom jam 1.30 pagi, ada 1 kepuasan yang tak terkata, malah lebih lagi berbanding masa sampai puncak. Siap2 mandi dan makan. Disebabkan sleeping bag aku tak kering lagi, aku pergi menyelit tidur dalam rumah kosong tinggalan orang asli bersama guide Pak Kassim.

 

day 3 :

Kg Rekom-Kem Sg Peres. 5km perjalanan menempuh lumpur dan selut selama 5 jam daripada 11.30am-4.30am. Macam laluan babi hutan. Serius.  Hari ke 3 lebih santai selepas berhempas pulas masa hari ke 2, tapi takde lah mudah. Kem Sg peres ada sungai yang agak besar jadi memang puas mandi manda.

day 4 :

Kem Peres-Kem Anak Peres-Kem Maggi – Kem Sempadan – Puncak View – Kem Sg Lepir. Perjalanan hari ke 4 mengambil masa hampir 10 jam dari 9.30am hingga 7pm. Cuaca yang baik memudahkan perjalanan. Boleh dikatakan trail hari ni memang best sebab penuh dengan mossy forest otw naik dan turun puncak view. Yang scary nya jugak, tahi2 & tapak gajah yang masih fresh pun banyak. Mujurlah tak terserempak 😂. Hari ni juga menandakan kami telah melintasi sempadan Kelantan- Perak. Welcome to the SilverState

IMG_5497
Mossy forest yang memukau

Day 5 :

The ultimate day. Kem Sg Lepir – Puncak Ulu Sepat – Kem Sg Lenweng – Kg Lerlar. Perjalanan bermula jam 9am dan akhirnya pada jam 1230pm, puncak Gunung Ulu Sepat 2161m/7089ft berjaya dijejaki. Trek nak ke puncak ni memang mencanak kaw2 punya, tetapi view hutan tropika dia sangatlah win. Kalah Gunung Irau yang famous tu. Biasanya ramai pendaki akan grad G7 di sini. Tahniah kepada @yusnitarmizi , liyana, Su & Dee .

G0238963.JPG
Puncak Ulu Sepat !

Lepas puas bergambar, kami turun dan sampai ke Kem Sg Lenweng jam 5pm utk solat dan recharge sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Orang Asli Lerlar. Time ni lah kami kena game dengan Azim. Dia kata 3 jam rupanya 5 jam lebih ! Akhirnya pada jam 12.09am kami tiba di Kg Lerlar untuk malam terakhir xpdc. Malam tu kami tidur tak pasang fly pun sebab cuaca cerah dan langit terang. Literally 5 billion star view.

P_20160210_184052
Berjumpa dengan mereka buatkan kau tertanya, apa erti sebenar gembira ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Day 6 :

The final day. Kami berkemas dan bersiap untuk meninggalkan Kg Lerlar dgn 4wd pada jam 10am. Perjalanan selama 30 minit melalui kampung2 orang asli dan disambung dengan perjalanan menggunakan bot selama 1 jam drpd Fort Kemar ke Pengkalan Trojan merentasi empangan Temenggor. Pemandangan yang cukup indah untuk pengakhiran satu xpdc yang hebat. Pada kira2 jam 1pm bas UTM tiba untuk membawa kami ke Kuala Lumpur dan kami selamat sampai ke KL pada jam 11pm.

G1854682.JPG
Pulang 🙂

Waterfall Absailing & Flydrop Sungai Pisang

16 Jan 2015

Lepas terjah bukit di Sungai siput, maka aku menyambung aktiviti hujung minggu dengan waterfall absailing bersama syimir and co. Dah lama tengok di IG Pakatan Bejalan tapi tak sempat2 nak join. So bila si Syimir organize maka aku sebagai seorang kawan yang supportive pun join lah bagi memeriahkan majlis hahaha.

Malas nak tulis panjang2, ni pun draf lama. So enjoy the video

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bukit Berekeh & Air terjun Sibilin

9-10 Januari 2016

Lepas Trip Kinabalu tempoh hari masa Krismas, maka aku pun buat comeback ke satu lagi tempat rare yang orang lain tak pernah sampai (ketika aktiviti ini berlangsung). Bukit Berekeh, merupakan satu lagi destinasi aktiviti mendaki yang baru sahaja dirintis. Waktu aku masuk ni, belum ada lagi trip komersial yang buat ke sini sebab yang tahu jalan ke sini hanyalah beberapa orang dan Uzair, kawan lama daripada aktiviti backpacking, adalah salah seorang yang tahu.

Day 1 :

Bergerak dari KL ke Ipoh dengan si Keme, member lama jugak yang kenal masa aktiviti Malaysian Backpackers Club di Ipoh. Terus shoot ke meeting point dan regroup dengan junior2 si Uzair dari UiTM Sri Iskandar. Air terjun Silibin ni pun boleh dikatakan air terjun yang rare juga di Ipoh. Memang tak ramai yang tahu dan as expected memang kami sahaja yang ada di situ walaupun pada hari Sabtu.

DCIM101GOPROGOPR3853.
waterfall 1
DCIM101GOPROGOPR3869.
waterfall 2

Puas mandi manda, kami bergerak ke rumah Uzair di Chemor. Rezeki malam tu ada BBQ dan dapat juga la kenal2 dengan adik-adik UiTM hehehe.

Jam 5.30 pagi, kami bergerak ke lokasi pendakian di Sg Siput. Memang terpencil habis kawasan ni. Line telefon pun takde. Start pendakian jam 7.30 pagi.

DCIM101GOPROG1613945.
1st peak of multiple peak

View dekat Bukit Berekeh ni memang cun, persis view Merbabu di Jogja. Cumanya bila dah terang tu memang direct sunlight ah takde tempat nak berteduh. Panas dia, ya Rabbi. Rasa macam kena panggang. Selesai pendakian, kami pergi berendam dekat air terjun yang aku dah tak ingat nama dekat area Meru. Yang ni ramai gak bangla tumpang sekaki. Aku pun mandi takat nak basah2 badan sebelum shoot KL. Malas nak sembang lebih, layan video lah okay kat bawah :

Gunung Pulai & Gunung Baling

10-12 Disember 2015

Setelah disusun jadual dan ditolak tambah pelbagai faktor, akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertai trip ke Gunung Pulai dan Gunung Baling anjuran Komuniti Pendaki Malaysia. Trip ini merupakan trip persediaan sebelum aku ke Gunung Kinabalu pada hujung Disember semasa cuti krismas. Perancangan asal sepatutnya si amir hamzah akan teman aku sekali tapi tak jadi sebab kemalangan motosikal. Maka aku pun pergilah secara solo tanpa kenal sesiapa dalam trip tu kecuali Suhaimi, gogo event, yang merupakan orang sama yang guide kami masa Tabur Multipeak. Itupun bukan kenal sangat sebab ramai orang. Secara kebetulan, staf aku dekat pejabat ni akan bernikah pada hari Jumaat petang di Balik Pulau. Jadi aku pun ambil cuti sehari untuk hadir ke majlis pernikahan dia disebabkan aku tak dapat hadir majlis sebelah lelaki pada hari Krismas disebabkan misi Kinabalu aku.

DCIM101GOPROGOPR3285.
Dengan tuan rumah yang sudi pickup dan bawak jalan2 Penang

10 Disember 1145 malam, aku bertolak ke Pulau Pinang dengan bus Plusliner dari Stesen KTM Kuala Lumpur. Ini pun 1st time aku naik dekat sini. Baru tahu rupanya Plusliner memang ada Lounge dekat stesen KTM KL. Tak perlulah nak sussah-susah ke TBS. Tiket dibeli di KL Sentral beberapa hari sebelum. Bas tiba di stesen bas Sungai Nibong pada jam 4.45 pagi. Sementara menunggu waktu Subuh, aku pun melepak di surau. Usai solat, Muhsan , bakal doktor yang sedang bercuti semester pickup aku dan membawa aku ke rumah. Muhsan ni sedang di tahun 3 perubatan di India dan seorang kaki outdoor jugak. Jadi memang click lah walaupun itu baru 1st time jumpa secara face to face. Pagi itu aku hanya habiskan dengan berehat sebelum bersiap untuk solat Jumaat. Selesai solat, Muhsan menemani aku ke majlis pernikahan staf ofis aku. Majlis selesai, kami pun pi layan Pasembor Menari yang famous tu. Kalau dah datang Penang, memang makan je lah kan. Layan kopi di satu kafe yang aku tak ingat namanya dan last sekali pekena tandoori. Kira carbo loading lah sebelum nak mendaki esok ahaha. Aku pun berpisah dengan Muhsan di Terminal Jeti Georgetown di mana aku meneruskan perjalanan untuk ke Baling dengan seorang lagi peserta trip yang aku baru kenal melalui whatsapp group. Iswan namanya. Mujur lah ada  yang bergerak dari Penang juga kalau tidak aku kena naik bas loncat untuk ke sana. Kami tiba di stesen Petronas Baling kira-kira jam 2 pagi dan tidur di dalam kereta sambil menunggu peserta lain yang datang dengan bas dari KL.

DCIM101GOPROGOPR3294.
Masjid Kapitan Keling. Nasi Kandar Beratur yang femes tu ada sebelah masjid ni

 

11 Disember .

Jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di hadapan sekolah rendah di Kampung Pulai. Ada sedikit briefing dari penganjur sebelum kami semua mula mendaki kira-kira jam 8.30 pagi. Cuaca amat baik dan pemandangan sawah dan kerbau membajak sebelum sampai ke kaki gunung seolah-seolah seperti dalam telemovie raya . Trek Gunung Pulai ini mula2 memang terus pacak tak belanja langsung. Keadaan trek berbatu yang agak tajam dan berbahaya jika anda tak berhati-hati dalam menyusun langkah. Masa ni lah menyesal tak bawak gloves. Gloves akan sangat membantu terutamanya bila nak berpaut pada pokok dan batu2 yang ada. Jam 10.45 pagi kami sampai ke checkpoint rehat yang agak landai. Yang tak best nya ialah tiada tempat berteduh dari panas matahari yang mulai membahang. “Panas lit lit” orang Kedah kata. Pokok-pokok renek sahaja yang ada bila menghampiri puncak. Tak tahan duduk lama sebab panas, kami terus shoot puncak dan tiba pada jam 11.30 pagi. View puncak Pulai ni memang terbaik lah. 360 degree view di depan mata dan boleh lihat dengan jelas banjaran lain seperti Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa dari kejauhan. Jika berada di puncak memang kena berhati-hati sebab loose rock dan kawasan tidak luas.

DCIM101GOPROG1293406.
Puncak Gunung Pulai. Belakang tu Gunung Baling.

 

Perjalanan turun diteruskan kira2 jam 1 petang lepas puas bergambar dan lunch. Dia punya panas tu, ya Rabbi. Tambah pula dengan struktur gunung yang berbatu lantas menyerap lebih banyak haba. Memang koyak juga mental sebab panas giler. Akhirnya pada jam 4 petang kami sampai ke kaki gunung dan terus cari warung sebab kehausan dan lapar. Usai mengisi perut, kami menumpang fasiliti SK Pulai untuk mandi dan solat sebelum bergerak ke Lata Bayu untuk bermalam di air terjun. Hujan lebat sepanjang malam menemani kami pada malam itu.

12 Disember 2015.

Bangun pagi kira2 jam 4 pagi. Kelengkapan memang telah disiapkan sebelum tidur dan kami bergerak ke starting point Gunung Baling. Disebabkan masalah logistik (bayangkan yang join ada 50 orang) kami hanya mula mendaki selepas solat subuh walaupun plan asal untuk solat di pertengahan jalan.

Trek agak berlecak dan licin disebabkan hujan malam tadi. Mujur lah guna kasut getah jadi tak kisah sangat pasal lumpur. Yang guna kasut hiking biasa memang menangis la nak cuci balik. kayuh punya kayuh , sampai juga ke puncak dalam 7.45 pagi . Awan masih tebal pada masa itu. Walaupun tak dapat nak kejar sunrise, dapat view pun jadi lah. Lagipun kami antara group komersial yang terawal sampai ke sini.

DCIM101GOPROG1303416.
View 360 dengan awan kepul-kepul
DCIM101GOPROG1323439.
Daripada puncak

 

Selesai sarapan, kira2 jam 9 pagi kami turun semula ke bawah. Perjalanan turun as expected, memang licin gila. Siap ada yang main slide. Cuma 1 jam diperlukan untuk sampai ke bawah. Pekena teh tarik dekat warung seberang jalan dan kemudian kami berpatah balik ke Lata Bayu untuk mandi manda dan makan tengah hari.

DCIM101GOPROGOPR3443.
Layan ayaq terjunn

 

Dah puas berendam dan makan, maka kami pun memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan bas yang telah disewa. Entah pukul berapa sampai aku dah tak berapa ingat sebab post ni draf lama sangat hahaha.

2017

Nak dekat setahun tak menulis apa pun di sini. aku check last posting 29 April 2016, itu pun aktiviti yang sebenarnya berlaku Oktober 2015, hasil draf yang bertangguh-tangguh. Banyak yang dah berubah sejak dari last posting tu dalam hidup aku. Dari tempat kerja, pengajian sarjana, perancangan hidup dan #traveldestination aku. Mungkin aku akan tulis satu satu dalam minggu-minggu yang mendatang ni.

Tabur Multipeak (Far East, Extreme, Extra)

November 10

Trip last minute ke Bukit Tabur untuk complete kan 3 lagi puncak yang berbaki. Sebelum ni dah jejak Tabur West & East. Plan asal nak ke Gunung Bunga Buah, Genting Highlands. Tapi disebabkan guider last minute tak available, maka plan terus berubah. Kebetulan ada orang up event di FB group HACAM, maka pada jam 12 tengah malam aku membuat keputusan untuk join event ni hasil ajakan Anwar geng MBC Ipoh.

Jam 8 pagi, kami dah terpacak depan Zoo Negara sambil menunggu si Anwar. Baru kami tahu rupanya ade 70 orang lagi yang join event anjuran si Suhaimi dari Komuniti Pendaki Malaysia. Sambung gerak ke Kampung Orang Asli Kemensah dan park kereta di situ.

Trail start dari parking terus memacak menuju ke  Bukit Batu Gajah (Tabur Extra). perjalanan dalam 1 jam 15 minit disebabkan si Suhaimi bawak 80 orang! bayangkanlah sesak dia macam mana. Tapi bagus si Suhaimi ni sempoi orangnya.

DCIM101GOPROG0862857.
Dah macam keretapi beraturnya
DCIM101GOPROG0872873.
Tabur Extra ! 

Selesai sesi bergambar dalam 20 minit, maka perjalanan di teruskan ke Tabur Extreme. Tak tahulah apa yang extremnya kan. dalam sejam lebih juga untuk sampai ke puncak. Ramai jugak orang, terutamanya pelajar UIA yang bakal bergraduasi. Semangat betul diorang naik bawak jubah konvo.

DCIM101GOPROGOPR2877.
Sampai sudahh
DCIM101GOPROGOPR2884.
Sisturrr2 dari UIAM bergambar konvo katanya

Masa nak turun dari Tabur extreme, hujan tiba-tiba turun beriringan dengan guruh yang berdentum. Cuak jugaklah jadinya. Mujur tak lama. Ada yang buat keputusan untuk patah balik dan tak habiskan sehingga Far East. Aku pun nyaris nak patah balik tapi si Anwar push jugak untuk habiskan. Aku pun layankan je lah. Masa ni dah jadi agak kelam kabut disebabkan banyak yang berpecah. Jadi yang masih tinggal bergerak dalam kumpulan2 kecil untuk ke Far east yang mengambil masa 1 jam lebih.

DCIM101GOPROGOPR2893.
Tabur Far East. Trans Tabur complete

Selepas Far east, aku ambil keputusan untuk turun melalui jalan kebun berbanding berpatah balik ikut jalan pergi. Masa tu dah memang malas gila sebab panas dan tak solat lagi. Jam pun dah pukul 3.30pm. Mujur ada beberapa peserta yang park kereta di jalan kebun jadi kami tumpang sahaja mereka ke Kampung Kemensah.

Overall, puas hati sebab dah singgah kelima-lima puncak yang ada di Permatang Kuarza Taman Melawati ni. Boleh dikatakan Tabur Far East adalah yang paling mudah, cuma kena berhati-hati dengan anjing yang menjaga kawasan kebun. Silap haribulan kena ngap haha.

 

 

BAGAIMANA MENDAKI GUNUNG KINABALU DENGAN BAJET BAWAH RM 1000 (All-in).

Ramai  yang ingin mendaki Gunung Kinabalu tetapi tidak tahu cara. Tak kurang juga ada isu dengan penganjur , nak buat trip private tapi cuma ada 3-4 orang dll. Di sini saya ingin kongsikan cara D.I.Y untuk mendaki Gunung Kinabalu secara bajet (Ala-ala backpackers gitu) bawah RM 1000 termasuk flight . Ini berdasarkan pengalaman saya ke sana pada bulan Disember 2015 lepas. Di sini saya ingatkan cara di bawah adalah cara backpackers dan D.I.Y , maka sudah tentu ada beberapa perkara yang tak sebaik jika anda gunakan agensi. Sebutharga di bawah adalah berdasarkan harga terkini yang saya periksa (rate baru 2016) .

Pertama sekali , anda kenalah lakukan tempahan pendakian dengan Sutera Sanctuary Lodge (SSL). SSL adalah syarikat yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan Kinabalu Park (KP). Jadi kalau anda guna travel agency sekalipun, mereka juga berurusan dengan pihak SSL juga. Adalah sangat tidak disarankan untuk sampai ke Sabah baru nak tempah kerana jumlah pendaki setiap hari sekarang telah terhad kepada 100 sahaja, jadi besar kemungkinan tempahan last minute takkan berhasil. Di sini anda boleh tempah pakej 2 hari 1 malam dengan SSL yang berharga RM509.00 . Saya sarankan anda check dulu harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Dapat tarikh dan harga yang cun , hubungi SSL untuk buat tempahan. Kalau ada kekosongan baru proceed tempah slot pendakian dan tiket penerbangan. Saya sarankan anda perlukan tempoh masa 4 hari 3 malam pergi balik supaya tak terlalu terkejar-kejar dan elakkan kemungkinan terlepas flight. Saya akan kongsikan contoh itinerary di bawah :

Day 1 : Departure and Arrival

Flight Air Asia AK 5110 0630AM. Sampai di KK jam 0930AM. Sampai di airport, anda boleh ambil shuttle bus ke Stesen Bas Padang Merdeka dengan harga RM 5. Di sini anda boleh menaiki bas (lebih kepada van loncat sebenarnya) untuk ke Kinabalu Park yang berharga RM 20-25. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam +-. Anda boleh makan tengah hari di kedai sekitar Padang Merdeka.  Anggaran masa anda tiba lebih kurang jam 3pm. Di sini anda boleh tempah mana-mana chalet atau lodge bajet berhampiran KP seperti Tahubang Lodge,J Residence,Jungle Jack Backpacker dan Kinabalu Mountain Lodge. Contoh macam di Tahubang Lodge harga rm99 satu bilik. Kalau kongsi 2 atau 3 orang dah tentu lebih murah . Lebih dekat dekat dengan KP lagi bagus supaya pagi esoknya anda boleh jalan kaki sahaja ke sana. Untuk makan malam ada restoran di depan KP. Kalau nak jimat bungkus siap-siap dari KK. Bermalam.

Day 2 : Start Hike

Bangun awal pagi untuk bersiap dan sarapan (boleh bawak roti dari KK). Dalam 7.30AM terus ke KP untuk pendaftaran dan bayaran beberapa jenis fees. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa bayaran tambahan yang tak termasuk dalam pakej SSL seperti entrance (RM 7) ,permit mendaki (RM50 rate baru 1 Jan 2016) ,insurans (RM 7) , guide (RM 230/5 = RM46),transport ke Timpohon Gate untuk mula pendakian dan selepas (RM4.50 X 2 = RM9). Anda  boleh simpan bagpack anda yang besar gedabak tu di locker di KP dengan harga RM12 dan hanya bawa beg kecil daypack untuk ke atas. Bawa barang yang perlu sahaja seperti jaket untuk summit attack awal pagi esoknya, lunchpack (dah masuk dalam pakej), berus gigi, air semasa nak laban rata dan snack ringan. Perkara lain seperti tuala,selimut dan makanan semua disediakan di Laban Rata.

Sampai di Laban Rata, anda boleh nikmati buffet dinner sepuas hati anda sebab dah include dalam pakej. Masa ni saya makan kawkaw kononnya carbo loading lah kan padahal sebab dah include dalam pakej. Kambing bakar, daging salai ,ayam semua adalah dan anda boleh hantam sepuasnya. Tapi kalau lemau esoknya nak ke summit jangan salahkan saya haha.  Anda akan tidur di dorm dan boleh mandi air panas di guesthouse.

Day 3 : Summit Attack.

Bangun jam 1.30 pagi. Bersiap dengan pakaian summit attack dan supper (masuk dalam pakej).Boleh tinggal barang di dorm (atas risiko sendiri). Anda wajib makan kalau tak nak semput dan pitam. Serius. Jam 2.30am mula mendaki. Anda akan berjaya merealisasikan impian anda, iaitu menjejak kaki ke puncak Kinabalu dalam masa 3-4 jam.  Dah puas selfie semua, turun semula ke Laban Rata dalam 1 jam lebih dan sarapan (dalam pakej). Anda kena tinggalkan Laban Rata sebelum jam 10.30AM. Kalau sampai awal di LR boleh lah nak mandi dulu. Saya sempat tidursekejap sebelum turun ke KP.

Anda kemungkinan akan tiba di KP pada jam 12-3pm. Kutip sijil dan selfie. Buffet Lunch (dalam pakej) dan bedal lah puas-puas sebagai ganjaran. Habis lunch, anda boleh bergerak ke depan Kinabalu Park untuk tunggu bas/van untuk ke KK. Part ni yang tricky sikit sebab kadang-kadang bas atau van penuh. Kalau anda cukup sempoi, tahan je mana-mana 4WD yang lalu depan KP menuju ke KK dan tumpang belakang 4WD. Dahjimat duit. Itu yang saya dan 2 lagi rakan saya buat. Orang Sabah memang baik-baik dan ramai yang guna 4WD sebab faktor geografi.

Sampai di KK petang atau malam jadi bermalamlah di mana-mana backpackers hostel. Banyak dekat Gaya Street dengan kos RM20 semalam. Agoda,Trivago ada jadi manfaatkan lah. Malam tu nak pergi bedal seafood ke apa terpulang sebab semuanya walking distance dari Gaya Street.

Day 4 : Return with glory

Anda boleh jalan2 sekitar KK bergantung kepada flight anda. Kalau nak save duit, tempah la flight awal. Kalau rasa nak rilek sikit, ambil waktu tengah hari dan petang. Ambil shuttle bus ke aiport dari Padang Merdeka. Bila dah sampai KLIA, maka tamatlah perjalanan anda menjejak puncak tertinggi antara Himalaya dan Papua New Guinea. Di bawah saya sertakan bajet yang anda perlu sediakan

DCIM101GOPROGOPR3694.
Puncak 🙂

Contoh :

Pakej 2D1N SSL : RM 509

Tiket Flight Return KL-KK-KL : RM 178 Return (Boleh dapat lagi murah kalau promo)

Shuttle Bus Airport-Padang Merdeka-Airport : RM 10

Transport KK-KP-KK : RM 40

Tahubang Lodge / J Residence: 90-99 /2 = RM 40-45 seorang

Entrance Kinabalu Park : RM 3

Permit mendaki : RM 50

Insurans : RM 7

Mountain Guide : RM 230/5(max) = RM46. Jadi kumpul la kawan dalam 5 orang untuk jimat.

Transport KP-Timpohon Gate-KP : RM 9

Locker bag : RM 12

Certificate : RM10.60

Penginapan di KK : RM 20

JUMLAH : RM 889.60.

*Nak murah lagi, book flight masa promo. Kalau ada kawan yang tinggal di KK atau Ranau, masa ni lah nak gunakan diorang haha.

* ada cara yang murah lagi, tapi itu memerlukan anda untuk masak sendiri di Laban Rata dan juga tidur di khemah. Saya tak sarankanlah melainkan anda memang berpengalaman. Saya pergi nak enjoy je haha.

 

XPDC Semeru Bromo 2015 : Ranu Kumbolo – Bromo – Bandung

Kami meninggalkan ranu Kumbolo dengan hati yang berat pada pagi itu untuk meneruskan perjalanan pulang ke HomestayRanu Pane. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sebaik sampai, kami terus berkemas dan bergerak menuju ke Kawasan tanah tinggi Bromo. Kami sampai agak lewat pada jam 7 petang dan kami menginap di sebuah chalet yang disediakan penganjur.

Pada jam 2 pagi, kami bergerak ke Gunung Penanjakan untuk misi mengejar Sunrise dengan kenderaan pacuan 4 roda. Boleh dikatakan kawasan ini sangat popular dan padat dengan pengunjung walaupun pada hari bekerja. Kopi panas terasa sungguh nikmat dalam keadaan yang sejuk disitu. Dari puncak Penanjakan, jelas kelihatan Gunung Bromo dan Gunung Semeru dari kejauhan.

DSC02851
Matahari terbit di ufuk timur
DSC02815
Indah 🙂
IMG_2055
Ramai betul orang.
IMG_2095
Port Rahsia untuk ambil gambar di Penanjakan. Tak ramai yang tahu spot ni 😛

Selesai menikmati sunrise di Penanjakan, kami bergerak dengan 4WD ke Pasir Berbisik dan Bromo. Di situ nanti akan ada option untuk menaiki kuda atau berjalan kaki ke Bromo , dengan jarak sekitar 700 meter.

IMG_2183
Pemandangan dari puncak Bromo. Leisure hike. Naik tangga je

Selesai bergambar, kami pun bergerak ke Bandar Surabaya dan bermalam di sana. Aktiviti malam, lepak makan ABC special Surabaya (esok semua sakit perut haha) dan singgah ke kedai outdoor. Outdoor gear di Indonesia memang lebih murah dengan brand yang trustworthy seperti Eiger dan Consina.

Last day in Surabaya, kami pun berpisah . Ada yang balik Malaysia, Amir Hamzah ke Jogja, manakali aku dan Idzham Ke bandung dengan menaiki keretapi selama 14 jam. Di Bandung, ada kenalan student Malaysia di sana yang menjadi host kami berdua.

IMG_2262
Lepak rumah student
IMG_2274
Toko Buku Palasari, Syurga pencari buku di Kota Bandung
IMG_2278
Toko Eiger terbesar di Indonesia terletak di Bandung

 

Sewaktu di Bandung , sebenarnya kami dah tak larat dah nak jalan2 sangat. Next time, letak gunung sebagai tentatif terakhir sebab impak pendakian mungkin menyebabkan anda tak begitu bertenaga untuk buat aktiviti lain selepas itu. 2 hari 1 malam di Bandung, dan akhirnya kami pulang ke Tanah air tercinta Malaysia.

Di bawah merupakan rangkuman perjalanan kami sepanjang di Indonesia :

Thanks !

XPDC Semeru Bromo 2015 : Puncak – Ranu Kumbolo

Tiada perasaan yang boleh digambarkan bila kaki berjaya menjejak bumbung kepulauan Jawa ini setelah 5 jam 30 minit bertarung dengan kepenatan dan debu gunung berapi. Puncak Mahameru, segagah namanya. Memang betul-betul menguji sesiapa yang berkehendaki untuk sampai ke sini. Segala kepenatan terus dilupai apabila sampai ke puncak. Amir, Salam, Kak Chik  telahpun sampai setengah jam lebih awal, kira2 jam 4.45 pagi. Matahari masih lagi malu-malu untuk keluar ketika ini. Letusan asap menyambut ketibaan kami di puncak. Tak pernah terjangkau oleh fikiran yang aku akan sampai ke puncak gunung berapi yang masih aktif ni.

DCIM100GOPROGOPR0552.
Menuju puncak

 

DSC02710
Alhamdulillah. 3676 metres above the sea level

Sambil menunggu ahli XPDC yang lain sampai, kami yang sudah di atas mengambil peluang untuk bergambar. Keadaan puncak adalah gersang hanya dipenuhi pasir dan batu. Dari puncak kelihatan jelas gunung-gunung lain seperti Prau,Merbabu, Sumbing dan Sindoro. Ahli XPDC terakhir sampai kira-kira jam 6.30 pagi. Boleh dikatakan kumpulan kami merupakan kumpulan terpantas untuk pendakian hari itu. Setiap 15-30 minit akan berlaku letusan yang mengeluarkan debu dan asap .

DCIM100GOPROGOPR0479.
Sunrise  🙂 Di puncak inilah aktivis tersohor, Soe Hok Gie menghembuskan nafas terakhir akibat terhidu gas beracun.

 

boom
Boom !!

Selesai sesi foto , kami start turun ke bawah jam 7.30 pagi. Perjalanan turun hanya mengambil masa 1 ke 1 jam setengah. Waktu turun dah macam serupa main ski disebabkan keadaan berpasir yang membolehkan pendaki turun dengan laju. Sesampai sahaja di Kalimati, Kak Aishah sudah menunggu dengan sarapan yang terhidang. Selesai sarapan, semua peserta tidur untuk recharge tenaga sebelum turun ke Ranu Kumbolo.

IMG_1776
Selamat tinggal Mahameru 🙂
IMG_1790
Savannah seluas mata memandang

Jam 1 petang, kami bergerak turun ke Ranu Kumbolo untuk bermalam di situ. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam setengah. Rasa lega dan puas kerana puncak telahpun dijejaki, dan sekarang pula akan menikmati keindahan Ranu Kumbolo. Keadaan di sini nyaman dan apabila malam, suhu mencecah 0 celcius. Memang sejuk sampai ke tulang. Belum lagi waktu nak ambil wuduk. Niat nak tengok milky way waktu malam, tapi sudahnya duduk dalam khemah sebab sejuk sangat. Waktu paling indah tentulah sunrise. Sepanjang hidupku, aku rasa inilah sunrise terindah yang pernah aku lihat.

 

DCIM100GOPROG0300561.
Keindahan Ranu Kumbolu dari Tanjakan Cinta
IMG_1854.JPG
No words can describe this

IMG_1938

photo_2016-02-03_17-06-20
Bayangkan bangun pagi dengan view macam ni ? Kredit photo : Dhan