Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

Barangkali ramai tidak menyedari iaitu Kesultanan Melayu Melaka jatuh daripada putaran kekuasaan peradaban selama 500 tahun, pada tahun ini. Menurut catatan sejarah, penjajah Portugis menewaskan Melaka pada 1511 dan terus menguasai empayar ini 100 tahun kemudian.

Oleh dengan itu,buat julung kalinya,ISMA dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), telah menganjurkan  Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka yang telah berlangsung di Dewan Utama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 29 Januari yang lepas.

Konvensyen bertemakan ‘Melayu Sepakat, Islam Berdaulat’ ini telah diadakan bagi memperingati peristiwa kejatuhan empayar Melayu Islam Melaka untuk mengembalikan ingatan orang Melayu kepada hakikat keperibadian dan sejarah mereka yang asal.

Saya bersama rakan-rakan  seperjuangan yang lain dari MMU Cyberjaya telah berpeluang menyertai konvensyen ini dengan menaiki bas yang disediakan pihak universiti.Sesampainya kami di UTEM kami telah disambut oleh pihak penganjur dan diberi satu goodie bag setiap orang mengandungi bahan-bahan konvensyen.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka” oleh YBhg. Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf bin Hashim, Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka; “Kejatuhan Melaka Dalam Tahun 1511 Sebagai Pelajaran Penting Kepada Bangsa Melayu-Islam Hari Ini” oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka; dan “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama  Islam” oleh Al Fadhil Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni, Naib Presiden ISMA.

Satu sesi forum bertajuk “Mengembalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam” turut diadakan yang menampilkan Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik; YBhg Dr Muhammad Razak bin Idris, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); Prof Datuk Dr Abdul Latif bin Abu Bakar, Ketua II Gabungan Penulis Nasional (GAPENA); dan YBhg Dato’ Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman, Mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

Antara resolusi yang dicanang oleh para panel Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka ialah bangsa Melayu mesti:

  1. Menyedari keperluan yang mendesak supaya kembali kepada keperibadian Islam mereka yang asal.
  2. Mengharmonikan kefahaman antara Nasionalis dengan Islamis dalam perjuangan bangsa Melayu di Malaysia.
  3. Menjadikan usaha mengumpul bukti-bukti sejarah yang boleh mengembalikan Melayu kepada jatidiri mereka sebagai agenda nasional.
  4. Mendedahkan fakta-fakta sejarah bagi memberi nafas baru dalam memahami sejarah perjuangan bangsa Melayu.
  5. Mentajdid peradaban Melayu dalam rangka mewariskan kisah kegemilangan, peradaban dan kepahlawanan umat Islam.
  6. Mencari persepakatan atas satu agenda yang boleh mambangunkan sebuah bangsa yang mempunyai agenda yang didukung bersama, “Melayu sepakat Islam berdaulat”.
  7. Memperkasakan institusi yang memperjuangkan dan memartabatkan identiti keperibadian bangsa Melayu.

wassalam…

Advertisements

One thought on “Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka

  1. Mohd Iskandar B Omar

    salam,, mintak email kan sy kertas kerja bertajuk Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka YBhg Prof Emeritus Datuk Dr Yusuf B Hashim Naib Cancelor Kolej Universiti Islam Melaka, pd hari konvensyen tersebut sy x menerima kertas kerja itu,, sy cuma mndpt kertas kerja ke 2 n ke 3.. harap sgt.. terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s