KMB 10’s

Bismillah..

Alhamdulillah, pada 5-6 Mac yang lepas, pasukan MMU Vipers telah menyertai kejohanan ragbi Kolej Mara Banting 10’s. Kejohanan ni di hadkan kepada peserta yang lahir selepas 1 jan 1990. Walaupun makin sibuk dengan assignment yang makin bertimbun,tapi demi minat yang membara dengan sukan ragbi ku gagahkan jua. Yang menjadikan keadaan bertambah rumit ialah kejohanan dilangsungkan ketika student degree MMU tengah syok bercuti. Jadi tinggal lah beberapa kerat student foundation untuk main tournament ni. Nak tak nak kena import lah player luar.  Dan saya sendiri yang menguruskan semua hal ehwal team disebabkan presiden kelab  cuti. Kalau nak harapkan orang lain memang tak bergerak lah jawabnya.

Sehari sebelum kejohanan, awang2 import pun tiba ke MMU. Sebenarnya kebanyakan player luar yang dipanggil semuanya satu batch di RMC ataupun SEMESTI. Lebih kurang macam mini reunion pun ada. Masalah seterusnya ialah penginapan. Mana nak nak dimuatkan 8 orang tetamu ni ? alhamdulillah..terima kasih kepada Akhi Azril Hanafi yang sudi membenarkan mereka ni menginap sementara di apartmentnya. Selesai satu masalah. Transport ? cubaan untuk booking van dan bas gagal dek kerana geng2 debate telah book semua bas dan van. Pelik betul debate pun nak kena book 3 bas ke? tak mengapa lah nak buat macam mana kena la cari alternatif lain. Setelah usaha berterusan, dapat jualah 3 kereta untuk  transport ke Banting. Bak kata lagu Maher Zain “InsyaAllah, ada jalannya…”

1ST DAY :

MMU diletakkan sekumpulan dengan KMB,KPM Beranang dan INTEC. 1st game lawan KPM Beranang. Tanpa latihan antara player dan 1st time bermain bersama merupakan faktor kami tewas dengan 2 try kepada team ni. Game ke 2 menentang KMB. Game ni memang tough sebab dalam team KMB ada 7 orang yang mewakili Putrajaya di kejohanan  National youth 7s yang lepas. Kami tewas 3 try tanpa balas. Namun performance yang lebih baik dari 1st game. Game terakhir hari ni menentang INTEC. Performance memang top kerana setelah 2 game sudah nampak keserasian antara player. MMU mendapat try pertama melalui Zul Fahmi a.k.a Giant (hooker KL mssm 2009). 80 % game dimainkan di half INTEC. Namun atas kegopohan seorang player MMU yang cuba melakukan punt  telah memakan diri apabila berjaya di-intercept oleh player INTEC dan seterusnya memberikan try kepada lawan.Final score 5-5.

2ND DAY:

MMU telah diundi menentang MIAT B dalam kategori bowl. Sebelum awal perlawanan memang kurang yakin disebabkan reputasi pasukan lawan yang mempunyai latihan sistematik. Namun begitu, tanpa disangka MMU menang dengan skor 15-0. Try dilakukan oleh yaasin,ikrimah dan saya sendiri. Kemenangan luar jangkaan ini boleh dikatakan hasil pertukaran taktik(di mana saya pertama kalinya telah bermain di posisi fullback) dan kehadiran 3 orang player baru iaitu Zharif,Ikrimah( dua2 student medic kat mesir) dan junior di RMC, Satar. Next game ialah ulangan perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang INTEC. Game ni boleh la dikatakan sebagai forward game di aman forward pack MMU telah menguasai perlawanan. MMU menang 12-0 hasil try daripada Zharif dan sepet(RMC). Final bowl telah menemukan kami dengan pasukan Kajang RC. Dalam perlawanan ini memang jelas player2 MMU seolah sudah malas nak main dek kerana masa perlawanan pada 230 petang dan seolah berpuas hati dengan kejayaan yang tak disangka pada suku akhir dan separuh akhir bowl.Kajang RC menang dengan 24-0. untul laporan penuh sila klik http://www.sukandaily.com.my/v3.1/index.php?option=com_content&view=article&id=62:psa-juara-kejohanan-ragbi-kolej-mara-banting-10s&catid=1:berita-sukandailytempatan&Itemid=13

Konklusinya, tournament ni memang best sebab dapat gather semula member2 lama.Lebih2 lagi yang study di Mesir(giant,zharif,ikrimah).Dan kejayaan masuk final bowl juga di luar jangkaan disebakan kami tidak pernah training bersama untuk kejohanan ni ( ada 5 orang je student MMU yang main) Kredit kepada yaasin,badak(batch 22 semesti)Ikrimah(batch 21) husin(ex-anderson) giant,sepet,ben,gebang,satar, zharif ( RMC) Tariq (UNITEN) syamsul,naim badim,hisham,naim pjay(MMU) dan semua yang membantu…Thanks for the memories guys…

~RUGBY IS A TOUGH GAME,PLAYED BY GENTLEMAN~

Wassalam…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s