Seorang Sahabat

Bismillah..

Assalamualaikum…

Baru sahaja curi-curi pulang ke kampung dalam sem 3 yang amat busy ni. Sem ni memang busy dan tiada mid term break langsung. Memang menguji kesabaran betul. Tapi bukan itu sebenarnya yang nak disampaikan hari ni. Waktu di kampung tempoh hari usai solat isya’ di masjid kampung tiba-tiba terpandang satu wajah yang amat familiar. Bila ditatap dengan lebih dekat, memang sah kenal. Rupanya-rupanya orang tu ialah seorang kenalan lama. Tapi dia bukan kawan yang aku kenal dulu. Berbeza . Memang Berbeza.

My brothers

Dulu namanya Duraisamy. Sekarang namanya Muhamad Ansar. Dulu saudara seinsan, kini saudara se agama. Dulunya berlainan haluan, kini menuju jalan yang sama.

Kagum. Respek. Anak sulung. Kini belajar di Tingkatan 6 sekolah tempat ibu dan ayahku mengajar. Β Dia baru sahaja memeluk Islam Januari yang lepas. Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah. Allahuakbar .. Sangat kagum dengan kegigihannya menunaikan solat. Dia sanggup menunggang motosikal dari rumahnya yang terletak kira-kira 30 minit dari masjid kampung aku untuk menunaikan solat maghrib dan isyak. Berjemaah. Malunya bagi orang dah lama “ISLAM” tapi nak solat pun susah. Apatah lagi nak ke masjid untuk solat jemaah.Β Sekarang ni kedua-dua ibu bapanya baru sahaja keluar dari wad psikiatri akibat tekanan hidup. Dan dia lah yang menggalas beban menjaga kedua2nya. Ada adik tapi masih bersekolah rendah. Ujian yang maha besar. Aku tak tahu kalau aku berada di tempat dia, adakah aku pun sanggup buat macam tu. Adakah aku mampu untuk bertahan dengan dugaan macam tu.Ya Allah kuatkanlah imanku.Moga-moga Allah terus memberi kekuatan kepada Muhamad Ansar dalam menghadapi cabaran hidup dan menguatkan keimanan dalam dirinya.

“Seorang Muslim itu adalah saudaranya orang Muslim lainnya, janganlah ia menganiaya saudaranya itu, jangan pula menyerahkannya – kepada musuh. Barangsiapa memberikan pertolongan pada hajat saudaranya, maka Allah selalu memberikan pertolongan pada hajat orang itu. Dan barangsiapa melapangkan kepada seseorang Muslim akan satu kesusahannya, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan dari sekian banyak kesusahan pada hari kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi cela seseorang Muslim maka Allah akan menutupi celanya pada hari kiamat.” (riwayat Muslim)

Wassalam…

Advertisements

3 thoughts on “Seorang Sahabat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s