Langkah Bermula: result SPM 2010

Bismillah…

Assalamualaikum…

Pertama sekali,saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2010. Orang yang paling gembira pasti ibu bapa.Mereka lah yang bersusah payah membesarkan anda sehinggalah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa kerana hidup ini masih panjang dan banyak lagi peluang yang boleh diteroka. Masa depan anda tidak ditentukan dengan sehelai slip. 🙂

Perkara yang paling hangat dibincangkan bagi pelajar lepsan SPM sudah pastinya berkaitan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Jumlah pelajar cemerlang yang bertambah menjadikan saingan semakin sengit. Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan adik-adik yang baru sahaja dapat result mengenai biasiswa yang boleh dipohon mengikut pencapaian dan minat masing-masing.

Biasiswa JPA/MARA :

Biasiswa ini merupakan biasiswa yang paling popular dalam kalangan pelajar. Menawarkan biasiswa dalam banyak bidang (boleh semak di link  http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/pdf/2011_piln/Syarat-syarat_permohonan_piln_2011.pdf

http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=f0a153b0-3de6-4b04-b0b8-df778e7d6df4&groupId=1132955 )

Kepada pelajar Melayu,disarankan memohon biasiswa Mara(untuk perubatan,kejuruteraan,sains aktuari) kerana biasiswa JPA adalah sangat2 kompetitif tetapi saranan peribadi saya kepada pelajar yang minat kejuruteraan dan tidak memperoleh sekurang-kurangnya 6 A+ , lebih baik mohon program teknikal Korea/Jepun(Dip. Kejuruteraan JPA). Mungkin anda lepas syarat untuk program akademik kejuruteraan tetapi perlu diingat bahawa pemilihan adalah berdasarkan merit(mengikut A+). Berdasarkan pengalaman rakan, ada pelajar yang dapat straight A tapi tidak dipanggil langsung untuk temuduga(ini yang apply program akademik) tetapi ada  yang tidak straight tetapi berpeluang ke luar negara(prog. teknikal Jepun/Korea). untuk memohon : http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/piln/

Biasiswa Telekom Malaysia :

Alhamdulillah…inilah biasiswa yang menanggung kos pembelajaran saya sekarang. Biasiswa ini terbahagi kepada 2 iaitu Luar dan dalam negara. Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat boleh buka website http://ytm.tm.com.my/ . Saranan peribadi saya bagi pelajar yang tidak dapat 7A+ ke atas, lebih baik mohon biasiswa dalam negara kerana semasa pemilihan batch saya,hanya 11 tempat ditawarkan untuk program luar negara dan hampir semuanya mendapat minimum 9A+ . Bagi program dalam negara ada kira-kira 50 tempat. Bagi program dalam negara anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 6A-.

Biasiswa Bank Negara/Khazanah/Security Commision/UEM group(luar negara)

Senang cerita ini biasiswa bagi yang dapat 8A+ ke atas(berdasarkan pengalaman). Untuk link boleh layari website http://malaysia-scholarship.net/ ataupun layari website syarikat tersebut.

Biasiswa TNB/Sime Darby/Shell/Petronas (dalam dan luar negara)

Bagi yang dapat 7A+,boleh mohon program luar negara. Bagi yang tidak,  lebih baik mohon program dalam negara

tnb= http://yayasan.tnb.com.my/sam/

petronas= http://spmonline.petronas.com.my/

sime darby, Shell=website company

Biasiswa Perguruan :

Kepada yang berminat dalam bidang perguruan boleh la mohon di website berikut http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/index.cfm . Ada program luar negara dan dalam negara.

Biasiswa Yayasan Pelajaran Mara :

Untuk yang ibu bapa pendapatan bawah RM1500. 3 tahun UNISEL 2 tahun di Jepun. Bidang kejuruteraan.

Biasiswa Felda :

Untuk anak-anak Felda. program luar Negara dan dalam negara(aircraft maintenance engineer di METC Subang)  .

http://www.felda.net.my/feldav3/index.php?option=com_content&view=article&id=158%3Atawaran-kursus-peringkat-diploma-malaysian-airline-engineering-training-center-metc&catid=34%3Ahebahan

Biasiswa Yayasan negeri:

Kebiasaannya setiap negeri ada memberi bantuan kewangan kepada anak negeri(seperti Terengganu). Jadi boleh check atau telefon pejabat yayasan negeri masing-masing.

Biasiswa The Star/NST/Utusan :

Boleh check di website syarikat.

Sebenarnya ada banyak lagi biasiswa di luar sana.Yang penting kena beli surat khabar setiap hari dan ikuti perkembangan semasa di internet.Iklan mengenai biasiswa akan ada setiap hari. Untuk artikel yang seterusnya saya akan berkongsi dengan anda semua mengenai kursus dan tempat pengajian yan sesuai dipilih selepas SPM.Keep in touch.

Wassalam…..

Advertisements

4 thoughts on “Langkah Bermula: result SPM 2010

  1. to ira : dalam proses mendapatkan degree..so far Alhamdulillah belajar di MMU memang seronok. Nak aktif pun senang dan kalau reslut bagus memang senang dapat scholarship

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s