Energizer Night Race 2011

Bismillah…

Assalamualaikum…

Pada 16 April yg lepas, saya dan beberapa rakan dari MMU telah menyertai larian Energizer Night race 2011. Apa yang menarik saya untuk menyertai larian ini ialah lokasinya, litar F1 Sepang. Ada X-factor di situ. Sebulan sebelum tu saya dan rakan-rakan yang lain membuat keputusan untuk menyertai kategori 21km sebagai satu kesinambungan  selepas menyertai kategori 1okm pada larian penang bridge 2010.

Pada hari yang ditunggu, kami bertolak dari MMU jam 530 petang dan sampai ke lokasi kira-kira jam 6 petang. Sejurus sampai kami terus bergegas ke litar untuk mengambil head flashlight yang akan digunakan semasa larian.Tak sangka jumpa beberapa senior RMC yang turut menyertai larian ni.

Kemudian kami solat maghrib dan  bergeraka ke tempat permulaan. Akhirnya merasa juga pijak litar Sepang.HAHA. Kumpulan pertama yang dilepaskan ialah peserta acara full marathon kira-kira jam 745 petang. 15 minit kemudian acara saya iaitu 21 km dilepaskan.

Di awal larian pelari memang berasak untuk mencari ruang untuk berlari. 10 km yang pertama dilakukan di kawasan luar litar, melalui jalan raya dan kawasan berbukit serta ladang sawit. Memang mencabar. Tamat 10km pertama kami masuk ke dalam litar F1 Speang untuk melakukan 2 pusingan sejauh 11km.

sebelum larian

Di sini lah banyak masalah berlaku. Marsyal yang tak mencukupi, pengawasan yang lemah. Banyak lagi sebenarnya. Tapi itu tak mengahalang saya untuk menamatkan larian. Walaupun semasa last round kaki dah cramp sampai 4 kali, digagahkan jua untuk menghabiskan larian. Yang sedihnya, semasa saya sampai di garisan penamat, tiada seorang marsyal pun di situ. Bila di tanya peserta2 lain,rupanya berlaku kekecohan semasa pemberian finisher medal dan t shirt. 

Agak mengecewakan kerana para peserta yang datang dari jauh hanya pulang dengan tangan kosong disebabkan kecuaian penganjur. Berikut antara complain dari peserta yang saya ambil dari page energizer night race :

Parking fee of RM10 per car – this is robbery in broad daylight. Shouldnt it be covered in the participating fee? You can deny the fact that you are not involved as you are the organizer and you should have negotiate with the SIC to waive off the parking fee.

2. Unclear instruction by the organizer – where to go, where to wait… all sort of question pop into a runner’s mind

3. Incompetent emcees – the guy at the starting point were just saying the same thing again and again with the slight variation but the lady emcee during the time when everyone is trying to get their finishing medal and goodie bag is horrible. She used improper language every time she speak into the mic and treat our fellow runners like idiots.

4. Inadequate volunteers around the race – in fact, apart from those in the medic tent and water station, I see non of them around. This definitely spell disaster from the start and yes, disaster strike a short while after flagged off. Without volunteers around the track, some of the runners CHEATED. They used shortcuts to walk across the grass and I got one thing to say to these people who cheat => You cheat no one but yourselves. And it is definitely unfair for those who dont cheat.

4. 1 water station on the whole track – I couldnt believe how stingy the organizer is on the water station. One water station at 4.5km to cater to most of the runners. All other marathons have 1 water station every 2km but since runners (11km) runs the track for two rounds, you could have setup another water station at 2.5km. You are darn stingy!

5. No timer to tell how long has it been after the race start – Yeah, most of us wont be able to win the race but that doesnt mean we dont care about our timing. As a frequent runner, I want to see if I have improved my time when I finish the race. But unfortunately, a timer was put out very much later.

6. Should have given out the timing chip thing for 11km runner as well. We are paying big buck and yet, you want to save abit on your money.

7. Insufficient counters to hand out finishing medal, goodie bag and cert – Even though you know that you have 10,000 runners in the race, yet you just prepared limited counters to give our these stuff is plain stupid. The worst is for the 11km category. There are about 5,000 of us but the counter being prepared was like a few only. Most definitely not enough even though it is still possible if you dont check every runner one by one… Just give the finishing medal, goodie bag and any other things that you have and move on… To make runners lining up is plain stupid and make people uneasy.

8. Water bottle at Rm3 per bottle – another daylight robbery….

Namun saya tetap berpuas hati kerana berjaya menamatkan half marathon yang pertama dan menjejak kaki ke atas litar F1 Sepang. Perasaan tu memang sesuatu yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit =). Full marathon is not far away from grasp.

wassalam….

Raja Adil dan Raja Zalim

Bismillah,

Assalamualaikum…

Hari ini rasa macam nak share satu cerita yang sangat bermanfaat untuk semua.Tak kira sama ada yang tua ataupun muda.Al  kisaahh…..

Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka
seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahwa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.


Betapa gembiranya raja mendengar kabar ini. Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib walaupun belum musimnya, temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan. Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.



Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijakannya. Ia
sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh
sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama, iaitu ubatnya adalah sejenis ikan
tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu
mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.


Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.


Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, “Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau menggiring ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?”


Tuhan pun berfirman, “Wahai para malaikat-Ku, sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kearana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku, tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!”

Nota;

ADAKAH KEJAYAAN DAN KESENANGAN YG KITA KECAPI SEKARANG ADALAH PERBUATAN BAIK DAN PAHALA YANG PERNAH KITA LAKUKAN SELAMA INI?? JIKA SEMUANYA TELAH DIBALAS, APA LAGI YANG KITA TINGGAL UNTUK DIBAWA KE AKHIRAT???

tepuk dada tanya iman…