From Zero to Hero

Bismillah…

assalamualaikum…

Sekarang ini dunia hiburan Malaysia seolah-olah dilanda satu ombak. Satu ombak yang positif dan menggembirakan. Ombak tersebut adalah ombak keinsafan. Ya. Ombak Keinsafan.

Baru-baru ini dunia hiburan gempar dengan berita Bob Lokman dan Sham Kamikaze yang membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia seni. Kedua-duanya merupakan artis yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut. Bob Lokman dengan komedinya, Sham Kamikaze dengan muziknya. Tidak lama sebelum itu, Ashraf Muslim. Artis wanita juga semakin ramai yang bertudung seperti Irma Hasmie dan Farah AF2, mengikuti jejak langkah yang dirintis oleh Wardina Safiyyah.  Sebenarnya apa yang mendorong mereka untuk berubah ? mari kita tonton video di bawah untuk mendengar penjelasan mereka.

Kisah Sham Kamikaze

Kisah Bob Lokman

Untuk mengetahui kisah mengenai Ashraf Muslim boleh klik di sini . Beliau ni memang seorang contoh bagi saya,kerana sanggup berubah ketika sedang meniti puncak karier seorang artis, Tambah lagi beliau ni merupakan bekas pelajar Royal Military College, jadi saya rasa lebih dekat dengan beliau.Pernah la bersua dengan beliau semasa di RMC dulu. Beliau datang untuk bermain bola keranjang untuk pasukan Old putera semasa OP-PP weekend . Tidak lama lagi beliau akan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah.

Namun dalam banyak-banyak artis, ada seorang artis yang kisahnya amat menyentuh diri saya. Perubahan yang dilakukan oleh beliau ialah secara total. Hijrah yang dilakukan bukanlah omong kosong kerana beliau membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Malaysia dan mendalami ilmu agama di Syria. Terlintas dalam fikiran, adakah saya yang bukan artis ni mampu berubah seperti beliau? .  Beliau ialah Ustaz Azmil Mustapha, atau lebih dikenali dengan nama “Ali Setan”. Ini memang “From Zero to Hero”. Klik sini untuk mengetahui kisah beliau dengan lebih lanjut.

Lihat. Betapa hebatnya mereka jika dilorongkan ke jalan yang betul. Manusia ini umpama logam. Jika dilentur dengan cara yang betul, maka hebatlah hasilnya. Jika dilentur dengan cara yang salah, hebat juga hasilnya, cuma sama ada menjadi insan yang bermanfaat atau tidak itu terpulang kepada kita untuk menilai.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah..Kalau Allah berkehendakkan seseorang itu mendapat hidayahNya, maka orang itu akan mendapat hidayahNya.Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;

“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

Mereka sudah , Kita bila lagi ?

Wassalam…

p/s: Usaha dan terus usaha, insyaAllah. =)

Selamat Hari Guru

.

Jatuh bangun sesebuah tamadun terletak pada kekuatan akar bangsanya. Manakala kekuatan akar bangsanya pula dilihat pada kehebatan pemimpinnya. Dan kehebatan para pemimpinnya tergalas di bahu para gurunya. Memang guru penjana transformasi pendidikan negara.

Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik. Guru dulu, kini dan selamanya.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
(USMAN AWANG,1979)

63 tahun an Nakbah-15 May 1948

Bismillah…

Assalamualaikum…

Hari ini 15 Mei. Pada orang lain mungkin ini tarikh biasa yang tiada signifikan. Tapi pada saya ini merupakan tarikh penting. Tarikh di mana maruah umat Islam telah dipijak, diinjak-injak oleh kaum durjana. Siapa lagi kalau bukan Israel.

Apa sebenarnya an-Nakbah ni ? Nakbah Palestine bermaksud malapetaka atau bencana  besar ke atas Palestine. Ia dikatakan malapetaka atau bencana besar kerana Palestine telah dijajah secara rasmi pada 15 Mei 1948 oleh Israel di mana ketika itu pengiktirafan Israel dilakukan oleh Amerika Syarikat dan ketika itu presidennya adalah Harry S Truman.Peristiwa buruk ini bukan saja di dalangi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya malah turut di dalangi oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Pelarian dari Nakba

Lebih dari tiga perempat juta orang Palestin melarikan diri dari pembunuhan 1948-49 berada di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Di tempat-tempat inilah masih terdapat keturunan mereka yang masih hidup, melihat rumah dan tanah mereka sendiri, melihat dengan mata kepala mereka sendiri tentera mengusir mereka keluar. Israel terus melakukan kekejaman, pada bulan Jun 1967 menduduki sisa dari mandat Palestin – Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Semenanjung Gaza – dan terus merampas tanah Palestin, menempatkan pemukiman Yahudi berskala besar. Setiap pembongkaran rumah dan rampasan tanah meningkatkan jumlah pelarian Palestin. Gaza telah diubah menjadi kem penjara terbesar dalam sejarah, dengan serangan keganasan dan pengeboman tentera Israel.

Palestin secara berperingkat diusir dari Baitulmuqaddis, walaupun terdapat peruntukan sebagai corpus pembahagian antarabangsa oleh PBB, dan Israel telah membina bandar bertembok dari Tebing Barat.

cuba bayangkan kalau kita yang beratur di situ ?

Nakba masih berterusan

Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Kawasan yang masih berbaki untuk pembentukan negara Palestin terbahagi kepada lima blok yang terputus dengan tembok pemisah hanya menyamai 13% dari jumlah keseluruhan Palestin. Jalan penyelesaian membina dua-negara dalam satu kawasan tanah bukan sahaja hampir mustahil bahkan ia mustahil berlaku.

Sikap tidak bermoral, melanggar undang-undang, diskrimanasi kaum, kekejaman dan sikap jahat yang dilakukan oleh Zionis Israel mencerminkan keadaan mereka yang sebenar. Sejarah menunjukkan bahawa Inggeris mempunyai hutang yang perlu dibayar, dan kita berhutang kepada rakyat Palestin untuk menyokong perjuangan mereka membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.

Tanggungjawab membebaskan Palestine dari Israel dan sekutunya bukanlah hanya tanggungjawab pemuda Palestine atau sekitar Arab tetapi ianya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

wassalam…

Servis Percuma

Iman : Assalamualaikum, bos.

Diri : Waalaikumussalam wbt. Lama tak nampak awak. Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa Tuan tak perlukan kami lagi?

Diri : Laa.. kenapa pulak awak cakap camtu? Pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan awak takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil DVD, SMS danTV.. jadi kami rasa terpinggir..

Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka. Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji, tapi banyak gak duit saya habis… entah ar…

Iman : Tu sebab, kami rasa Tuan memencilkan kami. Al-Quran, zikir, ma’thurat, solat malam tak boleh bekerja dengan mereka.. kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta awak bercuti..

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan Tuan sudah punya ‘pekerja tambahan’? Saya lihat mereka buat Tuan gembira sekali..

Diri : Argh, gembira apanya.. berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali.

Iman : Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan Tuan sejak Tuan kecil lagi. Tapi, Tuan kadangkala mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, Encik Dosa, tapi kami..? Tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga…

Diri : Maafkan saya. Kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga, Encik Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita Allah akan memantau Tuan. Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.

Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih dan amanah.. bukanlah saya nak memandang rendah kepada jabatan baru Encik Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. Mereka meminggirkan kami.

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung Tuan tak jaga.. sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari Tuan. Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. Salahkah kami meminta yang sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya.

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk Tuan lagi. Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka. Siapalah kami…

Diri : Ehh, jangan.. bekerjalah dengan saya.

Iman : Buanglah pekerja itu.. mereka meminta-minta dari Tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya. Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh.. Saya rimas.

Iman : (Senyum sinis) Maafkan kami tuan.. kami minta diri dulu.. tak perlulah kami berkhidmat dengan Tuan kalau begitu. Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi. Tuan jangan risau, kami maafkan Tuan..

Diri : Jangan pergi.. saya sanggup pecat Encik Dosa.. dan ahli jawatankuasanya; facebook, game yang melalaikan, dan yang sewaktu dengannya.

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang. Hidup tak tenang dan pengurusan hidup berterabur..

Iman : Alhamdulillah.. Perkhidmatan kami free of charge. Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar.. silap hari bulan, CEO kita akan naikkan Tuan ke pangkat yang lebih tinggi.

Diri : Terima kasih =) Panggillah ahli jawatankuasa kamu bekerja semula. Encik Iman, saya akan jaga kebajikan kamu.

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan Tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya

Diri : Terima kasih Encik Iman.

(Astaghfirullah, apa dah jadi dengan aku seminggu dua ni..hmm…)

Cedera

Bismillah…

Assalamualaikum…

Dekat MMU ni, ada satu mitos yang pelik. Orang cakap, kalau budak ragbi main bola,mesti injured. Dan nak bagi lebih menarik lagi,benda tu memang betul terjadi. Sebelum ni, tengok senior ragbi ada yang patah kaki main bola, ada yang retak dan yang sewaktu dengan nya. Dan akhirnya, saya telah menjadi penerus tradisi tersebut. =( .

Kejadian berlaku ketika melakukan perlawanan pusingan pertama MMU Cup. Saya  beraksi dengan pasukan Saracens FC menentang kelab Atletico Assassino. Perlawanan tersebut merupakan penampilan pertama saya dengan Saracens FC dan beraksi di posisi bek tengah(ala-ala Rio Ferdinand). Perlawanan bermula dengan baik di mana saya dan pasangan bek tengah Aiman hafiz berjaya meneutralkan serangan lawan yang dibarisi pelajar luar negara. Saiz bukanlah satu penghalang. Walaupun pemain lawan rata-rata bertubuh besar, mereka tidak mempunyai upper body strength  yang sepatutnya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Pada minit ke 15, pasukan lawan telah melancarkan serangan dari sebelah sayap kiri mereka. Striker mereka berjaya menggelecek pertahanan kiri kami. Tinggallah saya untuk menghalang striker tersebut. Cubaan nya untuk cuba meng’ole’ saya tidak berhasil. Disebabkan rasa ‘eager’ yang meluap-luap untuk merampas bola, saya  pun cuba melakukan satu ‘sliding tackle’ untuk cuba menahan cubaan ‘cross’ dari pemain lawan. Berita baik, ‘cross’ tersebut berjaya dihalang. Berita buruk, kaki kanan saya telah tersalah ‘landing’ selepas cuba menahan ‘cross’ tersebut. Disaat kaki saya mencecah tanah, terdengar bunyi “krakkk”. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah. Saya diusung keluar padang dan keputusan akhir perlawanan pasukan kami tewas 0-1.

menahan sakit
hanya mampu melihat dari tepi padang
post match talk

Kebetulan malam tu ada liqa’ dengan group usrah. Terharu dengan semangat Ikhwah yang sanggup datang ke bilik. Perjuangan tetap diteruskan walau apa cara atau kondisi sekalipun.

suasana ini akan diingati sampai bila-bila

Keesokan harinya, saya dengan ditemani roommate Idzham Anas, telah bergerak menuju ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.Memang dah tak boleh berjalan masa tu. Ankle bengkak macam kena untut. Sakitnya Allah je lah yang tahu. Terima kasih kepada akhi Azril hanafi yang sudi meminjamkan kereta. Di situ kesabaran sekali lagi diuji. 4 jam menanti, dan nama tidak juga dipanggil. Kami pulang dengan hampa.

Alhamdulillah, There’s still light at the end of the tunnel. Malam tu tanpa disangka-sangka, sepupu saya yang bekerja sebagai doktor di HKL mengambil saya di MMU untuk dibawa ke HKL. Tak sampai 1 jam, semuanya selesai. X-ray, simen. Rupa-rupanya ligamen ankle kaki kanan saya telah koyak. Patutlah bengkak semacam.

Berbalut sudah kaki

Nampaknya kaki saya akan berbalut selama 6 minggu. Apa-apa pun Alhamdulillah. Semua yang terjadi pasti ada hikmah. Allahu khairul makirin. Masa-masa macam ni lah pun nak tahu siapa kawan masa susah,siapa kawan masa senang.

Allahumma anta asy-Syaafi, la syifaa’a illa syifaa’uka, syifa’an la yughodiru saqoman (Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah Sang Penyembuh, tiada yangg menyembuhkan melainkan daripada penyembuhanMu, penyembuhan yangg tidak lagi membawa kesakitan.)

wassalam…

Who Next ? Your Mother

Bismillah…

Assalamualaikum..

Ketika saya menulis wacana ini,seluruh dunia sedang meraikan seorang insan yang sangat berharga dalam hidup mereka. Insan yang kita susahkan selama 9 bulan. Insan yang telah mempertaruhkan nyawa  untuk memastikan kita dapat melihat dunia. Insan yang tidak mungkin mampu kita balas jasanya walau apa cara sekali pun. Itulah IBU/母親/UMMI/mère/ madre dan apa-apa lagi yang sebutan yang membawa maksud yang sama.

Jika hendak disebutkan betapa hebatnya pengorbanan ibu, memang tak akan cukup masa kerana lahirnya kita di dunia melalui mereka. Setiap saat kita bernafas, selagi itu jasa mereka bertambah. Kasih mereka tiada taranya.

.

Islam sangat-sangat menghargai peranan Ibu. Tanpa Ibu yang baik, pembentukan ‘bayt muslim’ (keluarga muslim) amatlah sukar dijalankan. Bahkan antara nasihat yang paling kerap diberi kepada lelaki yang hendak mencari jodoh ialah “apabila kamu mencari calon isteri, lihatlah dia sebagai ibu kepada anak-anak kamu”. Antara ganjaran yang dijanjikan kepada wanita-wanita hebat ini ialah apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

SubhanAllah, hebatnya pengorbanan ibu sehingga diberi ganjaran sebegitu rupa.

Eh,kejap-kejap. Ada seorang kawan saya cakap ibu dia telah membuat 8 pembohongan yang sangat besar kesannya terhadap dia.Macam mana ni?

.

Dah habis tengok? Bagi sesiapa yang sudah kehilangan insan hebat ini, titipkanlah sajak di bawah untuk mereka.Doakanlah kesejahteraan mereka di sana…

.

Lagu di bawah merupakan lagu favourite saya sejak dari kecil lagi. Saya tujukan khas kepada ibunda, Fauziah Binti Abdul Rahman. Ya Allah kau berkatilah ibuku ini. Kau ampunilah dosanya. Kau masukkanlah dia ke syurga Mu ya Allah.

.

“Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil. ”
(Al Isra’ :24)

SELAMAT HARI IBU

wassalam…

Ibunda Tersayang

The Story of Rachel Corrie?

Bismillah…

Assalamualaikum…

Do you know the story of Rachel Corrie?

She wasn’t a Muslim, she hadn’t read the Quranic ayat that commands us to stand firmly for justice:

Holy Quran Surah Nissa (4) Ayat 135 :
“O ye who believe! stand out firmly for justice, as witnesses to God, even as against yourselves, or your parents, or your kin, and whether it be (against) rich or poor: for God can best protect both. Follow not the lusts (of your hearts), lest ye swerve, and if ye distort (justice) or decline to do justice, verily God is well- acquainted with all that ye do.”

Rachel hadn’t heard those words, she wasn’t a Muslim, but she felt her responsibility was to stand against injustice so she went to Palestine. She stood against this Israeli army bulldozer, defending a Palestinian home from destruction. The bulldozer drove directly over her, twice, crushing her body and she lost her life, standing for justice on the 16th of March 2003.

She was only 23 years old with her whole life in front of her. She had the same aspirations that all of us have for life and yet she sacrificed her life to stand against injustice.

So what is OUR responsibility as MUSLIMS?

SMS 10’s

RESULT FOR SMS 10’S QUALIFYING ROUND

vs STAROBA 17 – 17 (Try scorer Afiq & Yassin, conversion by Azim)

overall first game defend mmg baik..depan line try pon main lame lagi bdk2 STAROBA nak lepas..respek kat bdak2 muda (Izzul, Manul, Nazi & Afiq) ni boleh defend our 22 area dgn baik skali for their first experience with oldboys..first half agak defensive sket..attacking kurang…line pon berterabur sket..gap besar between player..mcm x biase..first game..hahaha..bg game first ni mutu permainan kurang menyengat sket la..pihak lwn juga lebih kurang kite je..tetapi terdapat gerakan2 offload yg outstanding dihasilkan oleh pihak lawan…2nd half kite manage kawal game & prevent STAROBA dari main offload style..nice!!! wa dah kate…diorang main offload…lu x nak dengar…hahaha

vs SMSOB Outsider 14 – 5 (Try scorer PAAN)

game play mmg terbauk dari ladang dgn skil2 fancy ball dari Sopi dan Arep Atan yg membuatkan spectator terpukau dan berteriak WOW…xlupe juge kepada tactical line out forward yg berjaya mengkucar-kacirkan pihak lwn dan hampir berjaya menghasilkan try pertama..tactical tersebut dimulai dengan throw in ball oleh Buntat dan seterusnya disambut oleh Paan..lifter Cekwe & Badak menurunkan jumper dari line out dan sterusnya membuat breakhtrough diantara forward pihak lwn..congratz to Cekwe, Badak & Paan for the nice & awesome move. Eden pon tekojut…Byk jugak le tactical2 backline dihasilkan masa game ni…double looping antara Azim, Manul & Yassin mmg buat wa suspek la…Gerakan solo Bapok dari tengah padang hasil tangkapan kemas dari cubaan kick out pihak lawan juga berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lwn. Acap juge berjaya mempersembahkan gerakan solo dari kwsn tgh pdg dan di support oleh Arep Atan dgn kelajuan cahaya seterusnya membuat ‘punting’ ke kwsn 22 pihak lwn…malangnye Acap tidak dpt menyempurnakan try tersebut kerana telalu eager nak buat sliding try dan menyebabkan bola bouncing seperti cacing kepanasan…kalo try dah boleh mng dah..hahaha…

vs Muar 24 – 19 (Try scorer Yassin, Azim and Paan, conversion by Azim)

game ni kite x kalah bodo je…kite kalah melawan…smart gameplay…dah cam main ping pong pun ade..try berbalas try..mmg fight habis walaupon MUAR byk budak experience…di awal masa permainan cekwe hampir2 mengejutkan pihak lawan dengan cube menyambut bola dengan sebelah tgn menerusi kick off Azim…dikatakan gerakan tersebut menyerupai gerakan ‘Hand of God’ yg dihasilkan oleh Maradonna satu ketika dulu..perghh…legend habis..malangnye gerakan tersebut tidak kesampaian kerana bola melantun ke bdn pihak lwn..thanks to combination Bajang and Azim…Bajang berjaya mempersembah permainan dan move terbaik beliau yg x asing lagi iaitu gerakan penebuk di tengah padang dengan kelajuan cahaya hasil bola toss dari Azim..dan seterusnya try disempurnakan oleh supporter dari Azim dan Yassin..tactical ni dibuat dengan jayanye sbyk dua kali tanpa gagal…tactical Manager (Kembo) untuk membuat penukaran forward pairing pada 1st half & 2nd half ternyata amat berkesan untuk membuatkan pihak lwn tertanya-tanya…nak jugak nama Manager up..kah3…Acap berjaya membuat breakthrough dari kwsn kanan pdg dan memperbetulkan kesilapannye pada game kedua dgn melakukan punting ketengah padang diikuti dgn try under post oleh Paan tanpa gagal…

Overall game SMS 10’s ni Manager cukup berpuas hati walaupon tidak layak ke pusingan akhir pada 30hb nnt..itulah keseronokan bermain dgn oldboys…walaupon kalah..kepuasan dapat..proud pon dapat..Manager tidak perlu risau utk menurunkan sesape saje utk bermain selepas ini…SEMESTI O.B skali lagi berjaya meningkatkan tahap kegerunan team2 lain untuk bertemu SEMESTI O.B. Jaga baik sket team2 lain…igt SEMESTI O.B ni cap ayam ke..x dapek le…hahaha

(Credits to Mohd Najmi@Kembo for the report)