Who Next ? Your Mother

Bismillah…

Assalamualaikum..

Ketika saya menulis wacana ini,seluruh dunia sedang meraikan seorang insan yang sangat berharga dalam hidup mereka. Insan yang kita susahkan selama 9 bulan. Insan yang telah mempertaruhkan nyawa  untuk memastikan kita dapat melihat dunia. Insan yang tidak mungkin mampu kita balas jasanya walau apa cara sekali pun. Itulah IBU/母親/UMMI/mère/ madre dan apa-apa lagi yang sebutan yang membawa maksud yang sama.

Jika hendak disebutkan betapa hebatnya pengorbanan ibu, memang tak akan cukup masa kerana lahirnya kita di dunia melalui mereka. Setiap saat kita bernafas, selagi itu jasa mereka bertambah. Kasih mereka tiada taranya.

.

Islam sangat-sangat menghargai peranan Ibu. Tanpa Ibu yang baik, pembentukan ‘bayt muslim’ (keluarga muslim) amatlah sukar dijalankan. Bahkan antara nasihat yang paling kerap diberi kepada lelaki yang hendak mencari jodoh ialah “apabila kamu mencari calon isteri, lihatlah dia sebagai ibu kepada anak-anak kamu”. Antara ganjaran yang dijanjikan kepada wanita-wanita hebat ini ialah apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

SubhanAllah, hebatnya pengorbanan ibu sehingga diberi ganjaran sebegitu rupa.

Eh,kejap-kejap. Ada seorang kawan saya cakap ibu dia telah membuat 8 pembohongan yang sangat besar kesannya terhadap dia.Macam mana ni?

.

Dah habis tengok? Bagi sesiapa yang sudah kehilangan insan hebat ini, titipkanlah sajak di bawah untuk mereka.Doakanlah kesejahteraan mereka di sana…

.

Lagu di bawah merupakan lagu favourite saya sejak dari kecil lagi. Saya tujukan khas kepada ibunda, Fauziah Binti Abdul Rahman. Ya Allah kau berkatilah ibuku ini. Kau ampunilah dosanya. Kau masukkanlah dia ke syurga Mu ya Allah.

.

“Ya Tuhan, Kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana keduanya telah memeliharaku dimasa kecil. ”
(Al Isra’ :24)

SELAMAT HARI IBU

wassalam…

Ibunda Tersayang
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s