Cedera

Bismillah…

Assalamualaikum…

Dekat MMU ni, ada satu mitos yang pelik. Orang cakap, kalau budak ragbi main bola,mesti injured. Dan nak bagi lebih menarik lagi,benda tu memang betul terjadi. Sebelum ni, tengok senior ragbi ada yang patah kaki main bola, ada yang retak dan yang sewaktu dengan nya. Dan akhirnya, saya telah menjadi penerus tradisi tersebut. =( .

Kejadian berlaku ketika melakukan perlawanan pusingan pertama MMU Cup. Saya  beraksi dengan pasukan Saracens FC menentang kelab Atletico Assassino. Perlawanan tersebut merupakan penampilan pertama saya dengan Saracens FC dan beraksi di posisi bek tengah(ala-ala Rio Ferdinand). Perlawanan bermula dengan baik di mana saya dan pasangan bek tengah Aiman hafiz berjaya meneutralkan serangan lawan yang dibarisi pelajar luar negara. Saiz bukanlah satu penghalang. Walaupun pemain lawan rata-rata bertubuh besar, mereka tidak mempunyai upper body strength  yang sepatutnya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Pada minit ke 15, pasukan lawan telah melancarkan serangan dari sebelah sayap kiri mereka. Striker mereka berjaya menggelecek pertahanan kiri kami. Tinggallah saya untuk menghalang striker tersebut. Cubaan nya untuk cuba meng’ole’ saya tidak berhasil. Disebabkan rasa ‘eager’ yang meluap-luap untuk merampas bola, saya  pun cuba melakukan satu ‘sliding tackle’ untuk cuba menahan cubaan ‘cross’ dari pemain lawan. Berita baik, ‘cross’ tersebut berjaya dihalang. Berita buruk, kaki kanan saya telah tersalah ‘landing’ selepas cuba menahan ‘cross’ tersebut. Disaat kaki saya mencecah tanah, terdengar bunyi “krakkk”. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah. Saya diusung keluar padang dan keputusan akhir perlawanan pasukan kami tewas 0-1.

menahan sakit
hanya mampu melihat dari tepi padang
post match talk

Kebetulan malam tu ada liqa’ dengan group usrah. Terharu dengan semangat Ikhwah yang sanggup datang ke bilik. Perjuangan tetap diteruskan walau apa cara atau kondisi sekalipun.

suasana ini akan diingati sampai bila-bila

Keesokan harinya, saya dengan ditemani roommate Idzham Anas, telah bergerak menuju ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.Memang dah tak boleh berjalan masa tu. Ankle bengkak macam kena untut. Sakitnya Allah je lah yang tahu. Terima kasih kepada akhi Azril hanafi yang sudi meminjamkan kereta. Di situ kesabaran sekali lagi diuji. 4 jam menanti, dan nama tidak juga dipanggil. Kami pulang dengan hampa.

Alhamdulillah, There’s still light at the end of the tunnel. Malam tu tanpa disangka-sangka, sepupu saya yang bekerja sebagai doktor di HKL mengambil saya di MMU untuk dibawa ke HKL. Tak sampai 1 jam, semuanya selesai. X-ray, simen. Rupa-rupanya ligamen ankle kaki kanan saya telah koyak. Patutlah bengkak semacam.

Berbalut sudah kaki

Nampaknya kaki saya akan berbalut selama 6 minggu. Apa-apa pun Alhamdulillah. Semua yang terjadi pasti ada hikmah. Allahu khairul makirin. Masa-masa macam ni lah pun nak tahu siapa kawan masa susah,siapa kawan masa senang.

Allahumma anta asy-Syaafi, la syifaa’a illa syifaa’uka, syifa’an la yughodiru saqoman (Ya Allah ya Tuhan kami, Engkaulah Sang Penyembuh, tiada yangg menyembuhkan melainkan daripada penyembuhanMu, penyembuhan yangg tidak lagi membawa kesakitan.)

wassalam…

Advertisements

2 thoughts on “Cedera

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s