63 tahun an Nakbah-15 May 1948

Bismillah…

Assalamualaikum…

Hari ini 15 Mei. Pada orang lain mungkin ini tarikh biasa yang tiada signifikan. Tapi pada saya ini merupakan tarikh penting. Tarikh di mana maruah umat Islam telah dipijak, diinjak-injak oleh kaum durjana. Siapa lagi kalau bukan Israel.

Apa sebenarnya an-Nakbah ni ? Nakbah Palestine bermaksud malapetaka atau bencana  besar ke atas Palestine. Ia dikatakan malapetaka atau bencana besar kerana Palestine telah dijajah secara rasmi pada 15 Mei 1948 oleh Israel di mana ketika itu pengiktirafan Israel dilakukan oleh Amerika Syarikat dan ketika itu presidennya adalah Harry S Truman.Peristiwa buruk ini bukan saja di dalangi oleh Amerika Syarikat dan sekutunya malah turut di dalangi oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB)

Pelarian dari Nakba

Lebih dari tiga perempat juta orang Palestin melarikan diri dari pembunuhan 1948-49 berada di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Di tempat-tempat inilah masih terdapat keturunan mereka yang masih hidup, melihat rumah dan tanah mereka sendiri, melihat dengan mata kepala mereka sendiri tentera mengusir mereka keluar. Israel terus melakukan kekejaman, pada bulan Jun 1967 menduduki sisa dari mandat Palestin – Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Semenanjung Gaza – dan terus merampas tanah Palestin, menempatkan pemukiman Yahudi berskala besar. Setiap pembongkaran rumah dan rampasan tanah meningkatkan jumlah pelarian Palestin. Gaza telah diubah menjadi kem penjara terbesar dalam sejarah, dengan serangan keganasan dan pengeboman tentera Israel.

Palestin secara berperingkat diusir dari Baitulmuqaddis, walaupun terdapat peruntukan sebagai corpus pembahagian antarabangsa oleh PBB, dan Israel telah membina bandar bertembok dari Tebing Barat.

cuba bayangkan kalau kita yang beratur di situ ?

Nakba masih berterusan

Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Kawasan yang masih berbaki untuk pembentukan negara Palestin terbahagi kepada lima blok yang terputus dengan tembok pemisah hanya menyamai 13% dari jumlah keseluruhan Palestin. Jalan penyelesaian membina dua-negara dalam satu kawasan tanah bukan sahaja hampir mustahil bahkan ia mustahil berlaku.

Sikap tidak bermoral, melanggar undang-undang, diskrimanasi kaum, kekejaman dan sikap jahat yang dilakukan oleh Zionis Israel mencerminkan keadaan mereka yang sebenar. Sejarah menunjukkan bahawa Inggeris mempunyai hutang yang perlu dibayar, dan kita berhutang kepada rakyat Palestin untuk menyokong perjuangan mereka membebaskan Palestin dan Al-Aqsa.

Tanggungjawab membebaskan Palestine dari Israel dan sekutunya bukanlah hanya tanggungjawab pemuda Palestine atau sekitar Arab tetapi ianya adalah tanggungjawab seluruh umat Islam.

wassalam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s