Kembara Shah Alam-Perak

Bismillah..

Assalamualaikum…

Alhamdulillah pada 1 Julai yang lalu saya dan ikhwah PEMBINA MMU Melaka telah mengadakan jaulah ke Perak yang diberi nama Jelajah Ukhuwwah ke Perak (JEJAK). Jaulah pada kali ini disertai lebih kurang 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Multimedia University dan ahli PEMBINA Melaka. Sebanyak 4 buah kenderaan yang dipinjam dari ikhwah2 lain digunakan untuk jaulah kali ini. Sudah pasti  tujuan program ini diadakan adalah untuk menguatkan lagi ukhuwwah yang telah terjalin diantara pelajar lama dan baru, di samping mendedahkan para peserta dengan PEMBINA cawangan lain.

1 JULAI , Jumaat

Berkumpul di surau Emerald Park pada jam 9 malam. Sebelum bertolak, satu sesi briefing telah dijalankan oleh abang Hazri Jr yang merupakan ketua rombongan. Peserta telah diberi beberapa target untuk dicapai sepanjang perjalanan,antaranya ialah menghabis sekurang-kurangnya satu juzu’ Al Quran. Kira-kira jam 1030 malam perjalanan dari ke Shah Alam bermula, dan kami sampai kira2 jam 130 pagi. Kedatangan kami telah disambut mesra oleh ikhwah PEMBINA Shah Alam walaupun jelas dilihat pada wajah mereka ada raut2 kepenatan dan mengantuk. Inilah indahnya ukhwah …

Dijamu oleh Ikhwah Shah Alam

2 Julai, Sabtu.

Usai subuh berjemaah,satu sesi perkongsian telah diadakan dan dikendalikan oleh Abang Hamdan yang merupakan penggerak PEMBINA Shah Alam. Perkara yang menjadi intipati pengisian tersebut ialah 6 ciri pelajar yang berjaya. Semua peserta khusyuk mendengar sehingga ada yang terlelap. haha. Mungkin kerana kepenatan 🙂

 

Al mathurat berjemaah selepas subuh

 

Peserta meneruskan perjalanan ke Beruas pada jam 9 pagi selepas sarapan bagi menghadiri Walimah Akh Aizam dan Ukhti Nawwar yang merupakan ahli PEMBINA Melaka. Kehadiran peserta JEJAK telah memeriahkan lagi majlis Walimah tersebut. Selesai sesi bergambar dengan pasangan pengantin, JEJAK diteruskan lagi. Destinasi seterusnya ialah Lata Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Peserta ternyata amat gembira dapat melakukan aktiviti air bersama-sama dan kesemuanya amat berpuas hati.

Makan jangan tak makan !
Bergambar bersama Raja sehari

 

MANDI!!!

Lata Ulu Kenas

Pada sebelah malam, peserta telah bermalam di Akademi Ikatan Muslimin Malaysia (AIM) di Ipoh, Perak. Sedikit perkongsian yang disampaikan oleh Ustaz Sahahruzzaman menjadi santapan rohani buat para peserta. Para peserta juga sempat bertaaruf dengan ahli-ahli PEMBINA Perak sekaligus menjalinkan ukhuwwah diantara PEMBINA Perak dan PEMBINA Melaka.

Keesokan harinya, merupakan hari terakhir JEJAK, dimulakan dengan perkongsian ringkas selesai subuh berjemaah. Peserta juga sempat beriadah bersama-sama dengan PEMBINA Perak. Lebih kurang jam 12.00 tengah hari, peserta telah bertolak pulang ke Melaka.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Inilah kali pertama berkonvoi dengan sahabat dalam jumlah yang ramai. Siapa sangka, walaupun sebenarnya kami dan ikhwah Perak tidak pernah bersua muka, tapi atas dasar ukhwah islamiyah, kemesraan yang ditonjolkan umpama adik beradik..Memang terasa indahnya persahabatan atas iman..

wassalam…

Valley Of the Wolves : Palestine

Bismillah…

Assalamualaikum..

Saya baru sahaja menonton filem Valley of the wolves : Palestine yang di ambil dari salah seorang sahabat saya. Satu filem yang sangat menarik kerana belum pernah lagi saya menonton filem action yang berlatar belakangkan perjuangan rakyat Palestin  Filem ni merupakan filem termahal dalam sejarah perfileman Turki  dengan bajet 20 juta USD.

 

 

Terasa terbakar semangat bila menonton filem ni. Cara penceritaan mengenai penderitaan rakyat Palestin memang menyayat hati. Saya mencadangkan para pembaca jangan lepaskan peluang menonton filem ni.  Guarantee Terbaik !

wassalam