17 Ramadhan : A Tale of 2 Victories

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum …

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bulan yang mulia ini. Sungguh, ini adalah tanda barakah dari yang Maha Mengasihi lagi Maha Pengampun kerana Dia masih memberi peluang buat kita semua berusaha memperbaiki kelemahan seterusnya menggandakan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Menyusuri pertengahan Ramadhan sering dikaitkan dengan peristiwa Nuzul Quran pada hari ke-17, iaitu penurunan Al-Quran ke muka bumi. Allah swt memuliakan bulan ini dengan memilih satu malam penuh keberkatan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci Al-Quran. Baca lagi ..

Firman Allah bermaksud,

“Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).”(2:185)

Tanggal 17 Ramadan juga, pada tahun 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 160 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra yang panjang dan silih berganti. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan. Penerangan lebih terperinci mengenai Badar Kubra.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,mari kita check semula, adakah kita telah berusaha sedaya upaya mendalami sirah Rasulullah untuk dijadikan iktibar kehidupan, dan melaksanakan sunnahnya sebagai rutin seharian?

Atau segalanya sama sahaja tiada beza waima bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lain?

Sama-sama kita muhasabah diri. Koreksi diri, seperti saranan ilmuwan kini, “korek” and “see” diri masing-masing. Andai segalanya menjadi lebih baik, alhamdulillah. Namun andai segala sama sahaja, malah mungkin lebih teruk maka beristighfarlah mohon keampunan dari Allah. Bimbang-bimbang hati kita telah rosak. Mohonlah pada Allah dibersihkan hati ini selagi ruh tidak sampai ke halkum.

Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima Taubat, seandainya manusia itu benar-benar mengimani.

Selamat menghayati Ibrah peristiwa Nuzul al-Quran dan Perang Badar.

p/s: InsyaAllah petang ni saya dan rakan2 akan menyertai Rehlah Mahsyi Badar Kubra anjuran ISMA Melaka dengan kerjasama PEMBINA Melaka, dan pada sebelah malam pula saya akan menduduki satu peperiksaan. Doakan dipermudahkan segalanya di jalan juang ini. Amin

Sesi Bersama Pimpinan Ikhwanul Muslimin

Bismillah …

Assalamualaikum …

Pada 17 Julai yang lepas saya dan sahabat2 PEMBINA Melaka telah berkesempatan untuk menghadiri ceramah perdana anjuran Ikatan Muslimin Malaysia bertempat di Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM, Bangi. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah Pengalaman Harakah Islam Dalam Menangani Arus Perubahan (Pengajaran dari sudut haraki, tarbawi dan tanzimi). Penceramah yang dijemput ialah Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr. Beliau memegang jawatan sebagai Profesor Psikologi Pendidikan Uni. Al-Azhar, Mesir dan juga merupakan antara pimpinan Ikhwanul muslimin. Seorang yang sangat berpengalaman luas dan aktif dalam dakwah dan tarbiyah dan merupakan penulis buku Ghulam Dakwah.

Peserta berkumpul di surau Emerald parkkira2 jam 530 petang..Bertolak dengan kereta Naza Ria kepunyaan Ikhwah Melaka. Perjalanan bermula dengan tenang seperti biasa. Namun begitu,benar kata orang2 tua,malang tidak berbau.

Ketika sedang menghampiri exit tol seremban, kami telah terlibat dengan satu kemalangan di mana driver kereta kami gagal mengawal kereta lalu menghentam belakang kereta satria yang baru sahaja menghentam belakan kereta toyota wish. Walaupun driver sudah menekan brek kira2 50 meter dari satria tersebut,namun memang sudah ditakdirkan bahawa kami akan diuji sebegitu rupa. Mujur tiada siapa yang mengalami kecederaan serius. Selepas beberapa ketika ,mujur ada ikhwah lain yang juga hendak ke program sama singgah untuk mengambil kami. Kereta Naza ria tersebut ditinggalkan buat sementara waktu di plaza tol Port Dickson. Apa yang membuat saya kagum sebenarnya ialah kesabaran yang dimiliki oleh owner kereta, akhi AMRU yang kelihatan tenang menghadapi musibah sebegitu. Kalau orang lain rasanya paling kurang pun akan menarik muka dengan kami. Inilah ciri-ciri lelaki yang kuat,iaitu mampu bersabar walaupun ditimpa musibah. Perkara yang lucunya ialah berlaku adegan pertengkaran antara owner2 workshop yang berebut umtuk membawa kereta kami ke workshop masing2. Sepatutnya kami la yang stress,ini terbalik..hmm dunia2…

Kereta yang kami naiki
Satria yang tak bernasib baik
kecederaan kecil yang dialami oleh Umar

Akhirnya,kira2 jam 830 malam kami sampai jua ke destinasi,iaitu UKM. Tak lama kemudian majlis bermula. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh saudara Danial Asr. Selepas itu Prof. Dr. Mohamed Hesham Hosni Sakr diiringi oleh ustaz Abdul Halim Abdullah yang merupakan exco dakwah ISMA memulakan bicaranya.

Para Hadirin

Antara penekanan yang diberi penekanan oleh Prof ketika ucapannya ialah mengenai Tarbiyah. Baginya, Tarbiyah adalah asas kejayaan umat Islam kerana dakwah Islam bermula dengan proses tarbiyah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap para sahabat.Proses pentarbiyahan berjalan selama 13 tahun di Mekah dan dengan itu, lahirnya insan-insan yang hebat dan kemudian Islam telah berkembang ke seluruh dunia.

Pensyarah Universiti Al-Azhar itu berkata, kita mesti sedar siapa kita, apa yang kita mahukan dan bagaimana kita akan berjaya mencapainya.“Sebagai pendakwah Islam, tarbiyah adalah satu-satunya jalan bagi kita demi mencapai matlamat yang besar iaitu mengembalikan kegemilangan Islam.”

Prof. Dr. Hesham Sakr menyampaikan ceramah

Berucap di hadapan kira-kira 700 hadirin di Dewan Anwar Mahmud, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau berkata masalah terbesar yang menimpa umat Islam adalah tidak memahami Islam secara menyeluruh.Umat Islam kini lebih suka mempraktiskan sudut-sudut tertentu sahaja sedangkan Islam itu lengkap di dalam segenap aspek kehidupan dan pengamalannya tidak tertumpu kepada aspek-aspek tertentu seperti ibadah dan akidah sahaja.

Dr. Hesham memberi harapan sekiranya ISMA berjaya menyemai kefahaman kesyumulan Islam di dalam masyarakat, maka ISMA sudah berjaya melengkapkan separuh daripada visi dan misinya.“ISMA perlu berusaha bersungguh-sungguh memahamkan masyarakat akan kesyumulan Islam dan dengan itu, ISMA sudah berjaya melengkapkan separuh daripada visi dan misinya.”

Menjawab persoalan yang dilontarkan hadirin tentang keupayaan bangsa Melayu dalam memikul agenda dakwah Islam, beliau berkata, “sebagai pendakwah Melayu Islam, anda perlu yakin bahawa anda mampu melaksanakannya dengan izin dan bantuan Allah.”

“Allah tetap bersama anda sekiranya anda melakukan kerja dakwah dengan baik dan Allah telah menjanjikan kepada pendakwah Islam di antara dua pilihan, sama ada menang mulia atau mati syahid ,” tambah beliau.

Sesi Soal Jawab

Sesi yang sangat berharga ini tamat kira2 jam 1130 malam. Sebelum pulang,saya sempat bermesra dengan teman2 lama dari PEMBINA Bangi yang turut hadir ke program tersebut. Perjalanan pulang mengambil masa kira2 jam 1 jam 30 minit dan kami tiba di MMU Melaka kira2 jam 130 pagi. Walaupun berbagai rintangan yang diharungi untuk ke program tersebut, saya percaya semua ini sangat berbaloi dan merupakan satu booster bagi kami untuk menggiatkan usaha memberi kefahaman Islam kepada semua orang..

Jazakallah khairan katheera kepada semua ikhwah yang banyak memberi pertolongan kepada kami. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian.

Sekian, wassalam.