17 Ramadhan : A Tale of 2 Victories

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum …

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bulan yang mulia ini. Sungguh, ini adalah tanda barakah dari yang Maha Mengasihi lagi Maha Pengampun kerana Dia masih memberi peluang buat kita semua berusaha memperbaiki kelemahan seterusnya menggandakan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Menyusuri pertengahan Ramadhan sering dikaitkan dengan peristiwa Nuzul Quran pada hari ke-17, iaitu penurunan Al-Quran ke muka bumi. Allah swt memuliakan bulan ini dengan memilih satu malam penuh keberkatan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci Al-Quran. Baca lagi ..

Firman Allah bermaksud,

“Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).”(2:185)

Tanggal 17 Ramadan juga, pada tahun 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 160 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra yang panjang dan silih berganti. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan. Penerangan lebih terperinci mengenai Badar Kubra.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,mari kita check semula, adakah kita telah berusaha sedaya upaya mendalami sirah Rasulullah untuk dijadikan iktibar kehidupan, dan melaksanakan sunnahnya sebagai rutin seharian?

Atau segalanya sama sahaja tiada beza waima bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lain?

Sama-sama kita muhasabah diri. Koreksi diri, seperti saranan ilmuwan kini, “korek” and “see” diri masing-masing. Andai segalanya menjadi lebih baik, alhamdulillah. Namun andai segala sama sahaja, malah mungkin lebih teruk maka beristighfarlah mohon keampunan dari Allah. Bimbang-bimbang hati kita telah rosak. Mohonlah pada Allah dibersihkan hati ini selagi ruh tidak sampai ke halkum.

Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima Taubat, seandainya manusia itu benar-benar mengimani.

Selamat menghayati Ibrah peristiwa Nuzul al-Quran dan Perang Badar.

p/s: InsyaAllah petang ni saya dan rakan2 akan menyertai Rehlah Mahsyi Badar Kubra anjuran ISMA Melaka dengan kerjasama PEMBINA Melaka, dan pada sebelah malam pula saya akan menduduki satu peperiksaan. Doakan dipermudahkan segalanya di jalan juang ini. Amin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s