.. SETIA ..

Bismillah

Setia. perkataan yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sedang bercinta. tak kiralah sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum. Sebenarnya, setia boleh merujuk kepada macam-macam perkara. Setia pada Agama, setia pada bangsa, setia pada negara, setia pada sesebuah organisasi dan bermacam-macam lagi.Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, Setia boleh membawa maksud 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat.

Lihat gambar di bawah. Apa yang terlintas di fikiran anda? Seorang bapa memeluk anaknya? Ataupun seorang suami memeluk isterinya? yang betul ialah pada telahan ke-dua. Tapi apa yang luar biasanya bila seorang suami disambut kepulangannya oleh seorang isteri? dalam mana-mana rumah tangga, itu merupakan perkara biasa. Tapi sebenarnya, ada cerita mengagumkan di balik gambar di atas. Sebuah cerita mengenai cinta, kesetiaan, dan pengorbanan.

Gambar di atas  ialah mengenai seorang tahanan Israel warga Palestin  yang baru sahaja dibebaskan. Namanya Rawhi Mushtaha. Di dalam gambar dia sedang berpelukan dengan isterinya, Raida Swidan selepas 30 tahun penantian.
Ketika mereka bertunang, Rawhi berkata bahwa saya dikehendaki Israel. Raida menerimanya. Sejurus selepas berkahwin suaminya ditangkap Israel dan diputuskan akan dipenjarakan dalam masa yang sangat lama. Suami berulang kali menawarkan perceraian supaya isteri boleh memulakan hidup baru. Namun sekali lagi, isteri tetap memilih untuk menunggu suaminya. 2 hari yang lalu, selepas 30 tahun penantian, akhirnya Raida dapat mendakap semula suaminya, Rawhi Mustafa.

Jadi anak-anak muda di luar sana, sekarang anda rasa, kisah Romeo & Juliet, kisah Titanic, kalau dibandingkan dengan kisah ini, mana lebih romantik ? Semaklah semula cara anda mendefinasikan kesetiaan dalam diri anda. Adakah setia itu bermakna dengan menemani teman wanita/lelaki anda membeli-belah, menelefon mereka setiap malam dan ataupun mengukir kata-kata cinta di muka buku mereka? tepuk dada, tanya iman.

Wassalam.

P/s: bercinta biar sampai ke sorga

Terang Bulan

Bismillah,

Assalamualaikum..

Waktu entry ni ditulis, aku baru sahaja masuk dalam rumah lepas tengok bulan. Ya, tengok bulan. Apa yang special nya bulan malam ni? memang special. Malam ni bulan sangat terang(ok itu biasa) dikelilingi bulan dalam bentuk bulatan(ini memang tak biasa, ala2 HALO gitu). Orang lain mungkin pernah tengok, tapi aku tak pernah. So itu yang macam terkesima sebentar. Ingat nak tangkap gambar, tapi resolusi kamera tak mengizinkan. Jadi tengok dengan mata kasar yang Allah ciptakan ni. Dan aku buat sesuatu yang sebelum ni selalu tengok di filem atau drama, iaitu baring di tampat lapang dan tengok langit.Siap pasang lagu lagi. Heh, bunyi macam jiwang.Romantik la konon. Memang jiwang pon. Jiwang & romantik dengan Maha Pencipta.

Betul ke ayat aku guna ni? Jiwang & romantik dengan Maha Pencipta? maksud jiwang dan romantik menurut  menerusi laman sesawang DBP.Jiwang = bp kep jiwa-jiwa (perlakuan sentimental).~Kamus Dewan edisi ke-4 .Romantik = spt yg terjadi dlm cerita roman; sebagaimana yg ada dlm angan-angan: kisah hidup yg ~. 2 berkaitan dgn percintaan dan keindahan dsb.~Kamus Pelajar edisi ke-2. Jadi tak salah la kan perkataan tu kalau aku memang tengah bercinta dengan Maha Pencipta? heh. Sebenarnya tak penting pun. Yang sebenarnya aku nak kongsi ialah bila aku baring di halaman rumah tadi,aku pasang lagu Give Thanks to Allah nyanyian Zain Bikha. Starting lagu dia(yang dalam hp aku ni lah) , dibacakan satu ayat :

With Him are the keys of the unseen, the treasures that none knoweth but He. He knoweth whatever there is on the earth and in the sea. Not a leaf doth fall but with His knowledge: there is not a grain in the darkness (or depths) of the earth, nor anything fresh or dry (green or withered), but is (inscribed) in a record clear (to those who can read) (6 : 159)

Terjemahannya:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata. (6:159)

Fuhhh. Rasa menusuk kalbu. Bila tengok bulan dan formasi bulan tu, Subhanallah. Hebatnya ciptan Tuhan. Tiada cacat cela walau sedikit pun. Terasa kerdil sekerdilnya. Betapa ceteknya ilmu kita. Mampukah manusia untuk cipta awan yang boleh berformasi macam tu? jawapannya sudah pasti tak. Terlalu banyak sebenarnya rahsia alam yang kita tak tahu. Tetapi semuanya dijadikan bersebab. Tiada satu pun perkara Allah ciptakan sia-sia. Bersyukurlah, dengan limpah dan kurniaNya, kita masih berpeluang untuk menatap kehebatan ciptaan Allah SWT. Say Alhamdulillah =)

“Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu dan bulan yang memberi cahaya.” (Surah al-Furqan: 61)

.