Seminggu dua

Bismillah,
Semenjak 2 menjak ni memang sangat sibuk. Assignment yang berlambak, midterm exam, urusan pindah rumah, aktiviti dakwah dalam dan luar kampus…. memang tak akan habis kerja2 ni. Tapi saya yakin semua ni sebenarnya memang nak melatih diri untuk mendukung perkara lebih besar dan meminimakan diri daripada melakukan perkara lagha. Bak kata Mustafa as-Syibaie, tokoh IM Syria ” Hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan”.

Kadang-kadang tu rasa macam nak lari pun ada. Lari dari dunia yang penuh dengan fatamorgana ni. Nak berehat sebentar. ” Rehat bagi daie adalah bukti kelalaiannya”. zreettt. Terus tak jadi. Face it Farhan. Buka facebook sekejap, terbaca status seorang insan yang banyak memberi inspirasi. Sheikh Oxford la katakan. tulisannya macam ni :

‎”Ketahuilah wahai saudaraku, sungguh anda akan menemui masa-masa yang sulit, masa-masa yang melelahkan, dan berbagai ujian, padahal anda tengah berjalan di atas jalan kebenaran dan disibukkan dengan pelbagai aktiviti dakwah.

Apabila anda teguh di atas kebenaran dan sabar menghadapi pelbagai ujian, nescaya kepedihan akan sirna, kelelahan akan hilang, dan yang akan tersisa bagi anda adalah ganjaran dan pahala.”

Fuhhh. Bersemangat semula.

Advertisements

Melayu Sepakat Islam Berdaulat ?

Bismillah…

Sedarsawarsa ini, ada satu isu yang heboh diperkatakan. Isunya sudah pasti tajuk entry ini. Hujah demi hujah, ada yang menjaga adab, ada yang terlepas cakap.Macam- macam karenah. Saya juga mempunyai pendapat sendiri. Anda boleh bersetuju, ataupun tidak. Tidak mengapa. Cuma akhlak kita apabila berbeza pendapat hendaklah dijaga.Biar kita hebat berhujah dan berdebat, tapi simpanlah kehebatan itu demi ukhuwwah dan rumah di Jannah. Berbalik kepada tajuk :

Saya  sangat bersetuju jika:

Orang-orang Cina Muslim Malaysia bangkit dengan tema “Cina Muslim Sepakat, Islam Berdaulat”

Orang-orang India Muslim Malaysia bangkit dengan tema “India Muslim Sepakat, Islam Berdaulat”

Orang-orang bangsa-bangsa Muslim Malaysia lain bangkit dengan tema “Bangsa Muslim Saya Sepakat, Islam Berdaulat”

Analoginya:

“Quraisy Sepakat, Islam Berdaulat”

“Aus Sepakat, Islam Berdaulat”

“Khazraj Sepakat, Islam Berdaulat”

“Ansor Sepakat, Islam Berdaulat”

“Muhajirin Sepakat, Islam Berdaulat”

Kemudiannya Auz dan Khazraj sepakat dan bersatu. Terbentuklah Ansor.

Ansor dan Muhajirin sepakat dan bersatu. Terbentuklah umat Islam Madinah, Islam pun Berdaulat lah!

Semudah itu saja…. Tidakkah itu yang kita mahu?

Dalam konteks Malaysia, kesatuan Melayu, kesatuan Cina Muslim, kesatuan India Muslim dan kesatuan bangsa-bangsa Muslim lain perlu dibentuk, kemudian sama-sama bersatu semua bangsa Muslim itu. Tidakkah cantik? Tidakkah hebat?

Masing-masing bangsa Islam di Malaysia perlu bersatu dan sepakat dalam kalangan bangsanya sendiri agar berjaya membentuk kesatuan dan kesepakatan Islam di peringkat Nasioanal. Kalau dalam bangsa sendiri pun tak dapat bersatu, macam mana nak bersatu di peringkat nasional. Anda setuju?

Jangan lupa dapatkan buku-buku ini di pasaran !

Ibarat satu keluarga yang bersatu dan sepakat, katakanlah keluarga itu ialah keluarga saya, kami berusaha bersama-sama agar keluarga kami berjaya hidup dengan Islam dan Berjaya mendaulatkan Islam dalam kehidupan. Apakah salah kami bersepakat hidup dengan Islam dan mendaulatkan Islam dalam keluarga kami?

Demikianlah bangsa Melayu, mereka bersatu dan sepakat, berusaha bersama-sama melakukan kebaikan, dakwah dan jihad agar Islam Berdaulat. Apakah salah mereka bersepakat, bersatu dan berusaha, berdakwah dan berjihad agar Islam berdaulat?

Bangsa Melayu bersatu dan bersepakat agar anak bangsanya hidup dengan Islam dan Berjaya mendaulatkan Islam. Mereka menjaga anak bangsa mereka sendiri. Mereka menjaga tepi kain mereka sendiri. Apakah menjaga barangan milik kita sendiri pun salah?

Jauh sekali daripada maksud tema ‘Melayu Sepakat’ itu niat untuk bersepakat membina kekuatan puak lalu membantai bangsa lain, atau menafikan hak bangsa lain, atau menolak kesepakatan dan perpaduan daripada bangsa lain (malah kita mengalu-alukanya dan sangat berhajat kepadanya) atau membuat apa-apa saja keburukan dan kejahatan kepada bangsa lain. Kesepakatan inilah yang dikatakan Asobiyah Jahiliyyah iaitu bersatu dan tolong menolong dalam dosa dan kejahatan. Bangsa Melayu minta doa agar dijauhkan daripada asobiyah sebegini.

Silalah fahami maksud “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” yang sebenar dan senang difahami itu dengan fahaman yang mudah, ringkas dan lurus. Jangan tafsirkan dengan memasukkan elemen negatif seperti Asobiyah Jahiliyyah atau prasangka buruk.

Bersama-samalah kita membina kesatuan dan kesepakatan dalam kalangan bangsa masing-masing, kemudiannya kita akan bersatu dan bersepakat antara bangsa-bangsa yang ada, barulah kita menjadi kuat ibarat ‘seikat lidi’, kemudian sama-sama berjihad mendaulatkan Islam. Bukankah cantik begitu? Bukankah hasil akhir ‘Islam Berdaulat’ yang kita mahu?

Sebagai seorang yang Allah jadikan saya bangsa Melayu, saya menyeru “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat”. Anda sebagai seorang yang Allah jadikan anda berbangsa XYZ , anda serulah “XYZ Sepakat, Islam Berdaulat”.

Nanti Melayu, XYZ dan lain-lain, kita sama-sama bersatu dan sepakat lah. Mudah je, kawan seAqidahku!

wallahualam.

kredit:

http://ayuhkitamaju.wordpress.com/

http://www.youtube.com/user/mediaisma#g/a

Eid Ul Adha

Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaik
Innal hamda
Wan-ni’mata
Laka walmulk
Laa sharika lak.

O my Lord, here I am at Your service, here I am.
There is no partner with You,
here I am.
Truly the praise
and the provisions are Yours,
and so is the dominion and sovereignty.

There is no partner with You.

 

P/s: hajat nak ke umrah tahun ni tak kesampaian dek kerana kekangan visa. Ya Allah berikanlah peluang untuk aku mengunjungi masjidil haram. amin