Bertemu dan Berpisah

Should old acquaintance be forgot,
and never brought to mind ?
Should old acquaintance be forgot,
and old lang syne ?

For auld lang syne, my dear,

for auld lang syne,

we’ll take a cup of kindness yet,

for auld lang syne.

bertemu dan berpisah
adat manusia biasa
hilang di mata tapi
di hati tidak lupa
berdoalah kita agar
aman dan sentosa
semoga dapat kita berjumpa lain masa

Itulah bibit2 lagu yang diteriakkan oleh warga OATHS O8O9 pada Passing out Parade kami. Kenapa saya tiba-tiba post mengenai hal ni? kerana hari ini 21 Disember 2011, genap 2 tahun saya meninggalkan Royal Military College,RMC atau dengan nama Melayunya, Maktab Tentera Diraja, MTD. Tarikh keramat 21 Disember 2009 menjadi saksi perpisahan 186 orang manusia yang bertemu pada 21 Januari 2008. Walaupun macam-macam cabaran yang dilalui, akhirnya berjaya juga kami tamatkan pengajian.

Cincin Old Putera khas untuk pelajar yang berjaya menamatkan pengajian

Sekarang ni semua dah ada haluan masing-masing. Ada yang di US,Australia, ada akan ke UK dan Jepun, sekelompok di Mesir dan Rusia, dan majoriti menyambung pengajian di dalam negara. Tak kisah lah apa jua bidang yang diceburi, yang penting jadilah yang terbaik dalam bidang yang anda pilih. Dan janganlah lupa sahabat-sahabat kita  yang dah besusah payah bersama kita mencuci railing, sama-sama kena hell, sama-sama Fly (ok, saya tak bangga dengan yang ni). Kerana apa ? Because ” WE ARE O.P, WE ARE BLOODBROTHERS “

OATHS 0809, rindu betul dengan korang semua.

~ SERVE TO LEAD ~

KASBEM 2011

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah…” – Riwayat Muslim

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran kepada Ilahi,dengan izin dariNya, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Melaka telah berjaya menganjurkan Karnival Sukan Belia Melaka (KASBEM)  buat kali kedua dalam sejarah. Kasbem telah dianjurkan pada hari sabtu,3 Disember 2011  bertempat di Kompleks Sukan Batu Berendam & Kompleks Belia dan Sukan Ayer Keroh. terdapat 3 sukan yang dipertandingkan iaitu Futsal, badminton dan bola jaring. Penganjuran kali ini membawa satu kelainan berbanding tahun yang sebelum di mana futsal,bola tampar, dan sepak takraw telah dipertandingkan.

Bercerita mengenai KASBEM, ini merupakan pengalaman pertama saya dalam menjadi event manager satu kejohanan sukan yang boleh dikatakan agak besar. Sebab saya kata besar kerana penyertaan peserta bukan sahaja dari negeri Melaka, malah dari negeri seperti Johor, Negeri 9, dan Selangor pun ada. Kelainan KASBEM berbanding kejohanan sukan yang lain ialah dari segi penganjuran dan peraturannya. Lokasi acara lelaki dan perempuan memang sengaja diadakan berasingan bagi mengelakkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan peserta Islam juga dimestikan menutup aurat. Alhamdulillah untuk sukan yang saya uruskan iaitu futsal, boleh dikatakan 90 % peserta mematuhi syarat menutup aurat. Perkara ni memang jarang kita boleh nampak di kejohanan2 lain. Alangkah bagusnya jika perkara ini boleh diteruskan oleh penganjur2 sukan yang lain.

Poster promosi

 

Persiapan kejohanan sebenarnya telah dimulakan 2 bulan lebih awal meliputi aspek penajaan , jemputan dan bermacam lagi. Dari sinilah saya belajar selok belok menganjurkan sesuatu acara. Mungkin nampak mudah dari sudut pandang pemerhati, tapi pada saya sendiri sebagai AJK Pelaksana, ia tidak semudah disangkakan. Namun begitu, InsyaAllah dengan niat yang betul, semua perkara akan mendapat ganjarannya di sisi Allah S.W.T.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan KASBEM 2011. Tak lupa juga terima kasih kepada para peserta yang telah membantu memeriahkan kejohanan ini. Moga kita ketemu lagi di masa hadapan

wassalam.

 

Green Race + Nike Race

Bismillah..

Alhamdulillah minggu lepas baru sahaja join 2 perlumbaanyang berbeza, Green Race dan Nike Race. Green Race sebagai peserta dan Nike Race sebagai volunteer. Memang penat tapi kedua-duanya memberi pengalaman yang berharga 😀

Green Race ni dianjurkan oleh Yayasan Universiti Multimedia bersama strategic partners iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Melaka International College of Science & Technology (MiCOST). Secara asasnya Green Race ni kalau tengok kat page dia dianjurkan untuk ” help raise funds for the Green research project while promoting collegiality among Private and Public Universities in driving Green awareness to the future leaders of our country”, lebih kurang macam kempen hijau lah senang cerita. Untuk masuk race ni kena bayar rm500 tapi alhamdulillah penyertaan team saya telah ditaja oleh bahagian HEP MMU. Terima kasih kak Mizah sebab offer kami peluang ni.Format pertandingan ni lebih kepada explorace.  Pada hari kejadian iaitu 26 november, saya, Adzeem, Bj, dan Muaz telah berganding bahu untuk menyertai race ni.

On the way ke MITC dengan berjalan kaki dari MMU

Seperti pepatah “tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ” , tanpa disangka-sangka team saya telah memenangi tempat ke 6 dalam green race ni sekaligus membawa hadiah baucer RM200 Jusco setiap seorang. Alhamdulillah. Muaz orang paling bertuah kerana keesokan harinya dia juga telah menang explorace anjuran sekretariat Rakan Muda.

Muka-muka kepuasan 😀

 

Habis je Green race ni, saya dan Adzeem terus bertolak ke KL dengan menumpang bas peserta Green Race dari MMU cyber. Kami sampai ke Volunteer Tent di Padang Merbok dalam jam 1130 malam untuk mengambil t shirt volunteer dan supper. Malam tu memang tak tidur kerana bersiap melakukan kerja volunteer. Nasib baik kami disertai oleh kawan2 dari MMU cyber. Meriah la juga rasanya water station yang kami jaga.

 

Semasa sampai ke Padang Merbok
Menunggu peserta datang

 

Masih menunggu

 

Ketika "diserang" oleh peserta

 

Alhamdulillah Selesai....

 

Memang minggu yang padat. Sampai je di rumah terus pengsan atas katil. Walaupun penat, tapi semuanya dirasakan berbaloi-baloi 😀