Januari 2012 : 2nd half

Minggu ketiga menjengah. Minggu yang istimewa sebab dapat balik rumah dan sambut hari lahir ke 20 dengan keluarga. Tak ada yang besar2 pun,cuma makan di luar dengan keluarga. Tapi itu pun rasa sangat osem sebab bukan senang nak gather family sekarang, masing-masing ada komitmen. Bila dapat luang masa bersama tu memang rasa berbaloi.

Masuk minggu ke-4, pulang ke Melaka untuk study week. Malam 25 Januari rumah “baitul rijal” telah berjaya menganjurkan sesi tayangan projektor filem “Lawrence of Arabia”. 3 jam setengah lamanya. Banyak ibrah sebenarnya boleh didapati daripada filem tersebut. Sejarah memang umpama wayang, diulang-ulang. Dan apa yang berlaku pada masa itu berlaku lagi hari ni, saat ini. sedih.

Beberapa hari lepas tu, berpeluang untuk pergi menonton team bola sepak negeri beraksi di stadium Hang Tuah. Tak sia-sia, team Perak menang 2-1.

Rezeki kadangkala memang datang bergolek. Tanpa disangka, pada 31 Januari , saya berpeluang untuk menghadiri  Ceramah khas Syeikh Dr Juma’ah Amin,Naib Mursyid Am Ikhwanul Muslimin,  di Dewan Banquet, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Beliau menyampaikan tajuk “Membina Generasi Rabbani” di hadapan lebih 3,000 hadirin. Bukan senang nak dapat peluang tu dan rasa sangat bersyukur kerana telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk hadir.

Menurut beliau, sebelum diperintahkan berjihad, Rasulullah SAW telah mentarbiah para sahabat dengan kasih sayang Allah dan kesatuan hati. Ia terlebih dahulu dibangunkan daripada pembangunan sebuah daulah. Mereka bangun malam, banyak berzikir mengingati Allah sehingga basah air mata mereka. Merekalah ‘ibadurrahman’ seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Furqan, iaitu sifat rabbaniah yang merupakan sifat-sifat Allah. Tambahnya, sifat rabbaniah hanya bernilai jika dua perkara berlaku, iaitu rasa kebersamaan Allah secara yakin dan redha dengan Allah iaitu menerima perkara yang ditetapkan oleh Allah. Untuk teks penuh boleh ke sini .

eh eh, siapa ni? hehe

Tanpa disangka, malam tu juga saya berpeluang untuk berkenalan dengan penulis blog Angel Pakai Gucci yang femes tu. Tetapi gambar kami dan identiti beliau terpaksa dirahsiakan tas permintaan tuan punya badan. Maka dengan itu berakhirlah Januari 2012 yang penuh kenangan. Bagaimana Januari anda?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s