Do I care?

Bismillah…

Just wanted to rant something.

It’s funny how people can quote movies, but not hadith. Memorize the lyrics to hundreds of songs but not the words to the Qur’an and name all the A-list celebs but not the Prophets. I guess it’s all about priorities, we’ve made the dunya too important to us when it’s just a place we’re passing through.

Peduli Ummah ,

http://www.mygmj.org/

InsyaAllah, will be there. Do U ?

Kepuasan yang tak terkata

Bismillah

Inspirasi boleh datang dari mana-mana. Dan kali ni daripada 9gag. Sebenarnya dah banyak kali experience benda ni, terutamanya masa zaman sekolah. Disebabkan aku ni jenis yang kurang menonjol , ramai yang ingat aku ni tak boleh buat itu, tak boleh buat ini. Ada 1 peristiwa dalam hidup yang sangat berkait dengan gambar di atas.

1st sekali, masa form 5 awal tahun, ada road relay inter company. Setiap company perlu hantar wakil seramai 8 orang. Jadi company aku, Bravo pun pilih lah 8 orang untuk masuk. Malam sebelum road relay, adalah meeting untuk susun peserta. Jadi aku dengan volunteer nya nak jadi 1st runner. Pergh. tak tahu kenapa tiba2 konfiden. Lepas tu adalah suara2 sumbang yang bernada nak memperkecil. “eh,ko betul ke ni paan”, ” ko biar betul,baik bagi kogi(junior form4)”. Cis, ada ke patut banding dengan junior. Ingat aku ni bloody unfit ke. yang cakap tu dah lah skuad sendiri. Memang terasa gila beb. Dan dia pun bukannya fit mana pun. Panas. Tapi orang putih kata, “let job do the talking”. Aku berkeras jugak nak jadi 1st runner walaupun ramai yang skeptikal.

Esoknya, road relay. Untuk 1st runner company2 lain, semua atlet2 kot. Ada flanker ragbi,ada kapten hoki,kapten bola. Even ada atlet 1500meter maktab. Aku? RMC boy yang biasa2. Ahh, peduli apa.  Long story short, masa aku pass baton kepada 2nd runner, Bravo dalam 2nd position,kongsi dengan Alpha(kapten team bola RMC),tapi belakang Charlie(atlet maktab kot 1st runner diorang). Timing pun aku masih ingat dengan jelas, 4 minit 36 saat [dalam Bravo,hanya APEZ(Olahragawan maktab) yang ada timing lagi laju]. Budak junior yang dikatakan laju tu, dialah yang nyaris sebabkan bravo kalah sebab jatuh kerana pancit. Final result, Bravo dapat 3rd place, belakang Alpha dan Golf.

Heh, memang aku tak dapat lupa benda ni. IN YOUR FACE BRO.  Bukan nak riak atau yang sewaktu dengannya, tapi cuma nak bagitahu yang di luar sana, ” No matter how many times people try to criticize you, the best revenge is to prove them wrong.”. sekian.

Wassalam.

Pandai Berangan Saja

Bismillah,

Sekarang ni kalau kita tengok di dada akhbar, facebook, youtube penuh dengan politik. Al maklumlah, nak PRU. So hari ni rasa nak berkongsi ilmu di blog ni mengenai keadaan umat islam, which is sangat berkait rapat dengan perkembangan politik semasa.

Kita tahu, ada dua jenis nikmat. Satu betul-betul nikmat. Satu lagi, yang orang namakan istidraj. Istilah istidraj ni kita sering gunakan untuk orang yang dapat nikmat, walaupun dia seorang yang fasiq, mahupun kafir.

Benar. Tapi penjelasannya tidak semudah itu.

Kita lihat hari ini, tak banyak muslim yang berjaya. Negara-negara islam banyak yang mundur dan miskin. Kenapa jadi begini? Sedangkan, kita tahu Islam itu bermaksud sejahtera. Tetapi apa yang terbias pada penganutnya, berbeza. Miskin, pengotor penipu pemalas dan sebagainya.

Jangan salahkan Islam.

Faktor berjaya itu ada dua. Syariah dan Sunnatullah.

Syariah

Syariah adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kenapa manusia perlukan peraturan? Supaya hidup kita lebih terpandu. Kalau kita rasa diri kita hebat, tidak memerlukan sebarang peraturan untuk mengongkong diri sendiri, silakan.

Sebenarnya peraturan bukan untuk mengongkong kita. Tetapi sebenarnya lebih sebagai ‘guideline’. Kenapa kita perlukan guideline ni? Rasanya soalan seperti ini tidak perlu diajukan, kalau anda percaya kita diciptakan oleh tuhan. Dia yang cipta kita, mestilah Dia lebih tahu keperluan kita.

Syariah ini prioritinya lebih atas daripada logik akal. Logik akal haruslah berpandukan syariah, bukan sebaliknya. (Saya tidak mahu hurai panjang di sini. Kalau rajin, boleh refer ustaz2 di luar yg dah konfem2 lagi hebat dari saya. tapi rasanya tanpa huraian panjang pun, boleh faham kan?)

Jadi, nak berjaya, Syariah ni penting untuk dipatuhi. Mematuhi syariah membawa kepada Redha Allah. Dan memang, redha Allah sangat mustahak dalam setiap perkara.

Tapi kenapa orang kafir, walaupun dia tidak mendapat redha Allah, masih boleh berjaya?

Sunnatullah

Atau bahasa mudahnya, Law of Nature. Semulajadi.Sains.

Secara sunnatullahnya, kalau kita mahu menanam pokok, tapi tak siram air, boleh tumbuh ke?

Ya, tuhan Maha Berkuasa boleh saja menjadikan perkara itu berlaku. Tapi secara hukum alamnya, tidaklah. Kalau semudah itu, tiada gunalah air untuk pokok. Sedang setiap ciptaan tuhan itu saling memerlukan.

Kembali pada analogi. Secara lumrahnya, siram air pokok tumbuh. Secara logiknya, bila belajar, kita berjaya.

Dan inilah masalah tipikal muslim. Majoriti muslim. Mereka percaya bahawa tuhan cukup berkuasa, hingga kadang-kadang mereka rasa tidak perlu berusaha. Mereka lupa, tuhan tak suka orang pemalas tak mahu berusaha.

Bila nak exam, pakat ramai-ramai berjumpa ustaz, mahu air penerang hati. hati memang terang dah, tapi kalau akal gelap, macam mana nak jawab? kalau dah malas study, nak jawab periksa macam mana? (muhasabah diri sendiri juga ni). maka kemudian  jadilah kes-kes daie yang di awal pembabitan dalam dakwah sangat super saiya , tapi kemudian futur dek kerana keputusan akademik.

Sama juga kesnya, kalau kita lihat, kenapa Allah tidak memberi kemenangan kepada umat islam. Walhal, bukankah kemenangan itu sudah dijanjikan? Bayangkan, dengan keadaan umat Islam sekarang ini, agak-agaknya kalau kuasa terbesar adalah Islam, bagaimanalah rupa muka bumi sekarang. Tak terbayang kerosakannya.

Allah menunaikan janji. No doubt. Tapi adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita? Jangan jadi seperti yahudi, menuntut janji tuhan kononnya, sedang suruhan tuhan tidak pula diikuti.

Sama-sama kita muhasabah diri. Cukup-cukuplah kita penganut agama islam ini mencalarkan nama Islam.

Ayuh melangkah ke petak baru.

Wallahua’lam.