Pandai Berangan Saja

Bismillah,

Sekarang ni kalau kita tengok di dada akhbar, facebook, youtube penuh dengan politik. Al maklumlah, nak PRU. So hari ni rasa nak berkongsi ilmu di blog ni mengenai keadaan umat islam, which is sangat berkait rapat dengan perkembangan politik semasa.

Kita tahu, ada dua jenis nikmat. Satu betul-betul nikmat. Satu lagi, yang orang namakan istidraj. Istilah istidraj ni kita sering gunakan untuk orang yang dapat nikmat, walaupun dia seorang yang fasiq, mahupun kafir.

Benar. Tapi penjelasannya tidak semudah itu.

Kita lihat hari ini, tak banyak muslim yang berjaya. Negara-negara islam banyak yang mundur dan miskin. Kenapa jadi begini? Sedangkan, kita tahu Islam itu bermaksud sejahtera. Tetapi apa yang terbias pada penganutnya, berbeza. Miskin, pengotor penipu pemalas dan sebagainya.

Jangan salahkan Islam.

Faktor berjaya itu ada dua. Syariah dan Sunnatullah.

Syariah

Syariah adalah peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kenapa manusia perlukan peraturan? Supaya hidup kita lebih terpandu. Kalau kita rasa diri kita hebat, tidak memerlukan sebarang peraturan untuk mengongkong diri sendiri, silakan.

Sebenarnya peraturan bukan untuk mengongkong kita. Tetapi sebenarnya lebih sebagai ‘guideline’. Kenapa kita perlukan guideline ni? Rasanya soalan seperti ini tidak perlu diajukan, kalau anda percaya kita diciptakan oleh tuhan. Dia yang cipta kita, mestilah Dia lebih tahu keperluan kita.

Syariah ini prioritinya lebih atas daripada logik akal. Logik akal haruslah berpandukan syariah, bukan sebaliknya. (Saya tidak mahu hurai panjang di sini. Kalau rajin, boleh refer ustaz2 di luar yg dah konfem2 lagi hebat dari saya. tapi rasanya tanpa huraian panjang pun, boleh faham kan?)

Jadi, nak berjaya, Syariah ni penting untuk dipatuhi. Mematuhi syariah membawa kepada Redha Allah. Dan memang, redha Allah sangat mustahak dalam setiap perkara.

Tapi kenapa orang kafir, walaupun dia tidak mendapat redha Allah, masih boleh berjaya?

Sunnatullah

Atau bahasa mudahnya, Law of Nature. Semulajadi.Sains.

Secara sunnatullahnya, kalau kita mahu menanam pokok, tapi tak siram air, boleh tumbuh ke?

Ya, tuhan Maha Berkuasa boleh saja menjadikan perkara itu berlaku. Tapi secara hukum alamnya, tidaklah. Kalau semudah itu, tiada gunalah air untuk pokok. Sedang setiap ciptaan tuhan itu saling memerlukan.

Kembali pada analogi. Secara lumrahnya, siram air pokok tumbuh. Secara logiknya, bila belajar, kita berjaya.

Dan inilah masalah tipikal muslim. Majoriti muslim. Mereka percaya bahawa tuhan cukup berkuasa, hingga kadang-kadang mereka rasa tidak perlu berusaha. Mereka lupa, tuhan tak suka orang pemalas tak mahu berusaha.

Bila nak exam, pakat ramai-ramai berjumpa ustaz, mahu air penerang hati. hati memang terang dah, tapi kalau akal gelap, macam mana nak jawab? kalau dah malas study, nak jawab periksa macam mana? (muhasabah diri sendiri juga ni). maka kemudian  jadilah kes-kes daie yang di awal pembabitan dalam dakwah sangat super saiya , tapi kemudian futur dek kerana keputusan akademik.

Sama juga kesnya, kalau kita lihat, kenapa Allah tidak memberi kemenangan kepada umat islam. Walhal, bukankah kemenangan itu sudah dijanjikan? Bayangkan, dengan keadaan umat Islam sekarang ini, agak-agaknya kalau kuasa terbesar adalah Islam, bagaimanalah rupa muka bumi sekarang. Tak terbayang kerosakannya.

Allah menunaikan janji. No doubt. Tapi adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita? Jangan jadi seperti yahudi, menuntut janji tuhan kononnya, sedang suruhan tuhan tidak pula diikuti.

Sama-sama kita muhasabah diri. Cukup-cukuplah kita penganut agama islam ini mencalarkan nama Islam.

Ayuh melangkah ke petak baru.

Wallahua’lam.

Advertisements

2 thoughts on “Pandai Berangan Saja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s