Trimester 3 Beta

Bismillah

Alhamdulillah, dengan tamatnya trimester 3 beta bermakna habis sudah 1st year degree di MMU, dan juga 1st year di MMU Melaka. Semester pendek yang boleh dikatakan sangat sibuk dan menyesakkan. Aktiviti yang tak putus2 dan tuntutan yang bermacam memang benar2 menguji.

1st week:
Sibuk menguruskan pendaftaran subjek baru. Satu milestone dicapai minggu ni apabila syukbah ISMA bukit beruang berjaya menganjurkan Ceramah Bahaya Syiah di Surau Bukit Puteri, sekaligus menandakan permulaan untuk kuliah hadith Thulasak setiap hari rabu di surau tersebut. Pada minggu yang sama juga diadakan BBQ untuk pelajar Mac intake. Alhamdulillah syukur kedua2nya mendapat sambutan hangat. Pada hujung minggu, bergerak ke Pahang untuk menyertai Kem Young Leaders anjuran Student Representative Council MMU Melaka bertempat di Dusun Eco resort.

2nd week:

Pada hari Khamis , hadir ke Muhibbah Dinner anjuran UPG. Itu merupakan 1st official dinner yang dihadiri sejak datang Melaka. Hujung minggu join Karnival Keluarga Bahagia anjuran Institusi Usrah yang berlangsung selama 3 hari, daripada 22-24 mac. Team I-Smart Kemboja buka 2 booth, satu untuk akikah dan satu lagi gerai untuk jana duit program.  Sempat juga curi2 buka booth untuk jual T-shirt dan baju muslimah CredoCrew.

Bersama Imam Muda Asyraf

 

3rd week :

Promosi untuk Global March to Jerusalem. Pergi ke stadium Melawati dengan menaiki bas yang disediakan oleh IKRAM Melaka. hehehe. Tema pada solidariti malam tu ialah “From the river to the sea, Palestine will be free !”. Sabtu paginya ada daurah Baitul Muslim oleh Ustaz Annuar Soleh. “Ikhwah wajib kahwin dengan akhowat” . Benda tu terngiang-ngiang lagi. Haha.

Di hadapan Stadium Malawati

 

4th week :

Pada hujung minggunya, bergerak ke Kem Pemilihan Pertukaran Belia Antarabangsa Kementerian Belia dan Sukan. Lone ranger je bila pergi benda ni.Persediaan pergi pun agak kelam kabut sebab banyak assignment nak kena hantar. Huh. Mula-mula berkumpul di Putrajaya , kemudiaan menaiki bas yang disediakan pihak KBS ke Agro Resort Semuji, Gambang, Pahang. Rata-rata yang hadir ke kem ni ialah golongan yang sudah bekerja ataupun yang sudah tahun akhir pengajian. Memang kerdil rasanya. Tapi akhirnya dilantik juga jadi ketua kumpulan. Memang rasa lain macam jadi ketua pada orang yang dah bekerjaya, berkahwin, beranak pinak. haha. Memang best la kem ni sebab dapat jumpa orang2 hebat dari pelbagai persatuan belia. Harap2 terpilih la nak pergi jepun ni. hehe.

 

5th week :

Sibuk dengan persediaan exam. Sebenarnya untuk sem 3 ni ada satu exam je, sebab yang lain semua coursework based. Habis exam sabtu pagi. Keesokan harinya ada perlawanan bola sepak untuk team Dabrix. Walaupun player cukup2 orang je, kami berjaya beri tentangan sengit kepada team R.O.C walaupun kalah 2-1. Hard luck, try next time.Malam lepas match terus gerak balik ke kampung di Perak sebab silibus sem ni dah habis. Jadi cuma tunggu turn untuk buat presentation sahaja.

6th week:

Mukhayyam Muaskar di Mersing, Johor. Ikhwah dari Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang dan juga Terengganu. Mukhayyam ni yang memorable, tapi bukan sebab aktiviti mukhayyam tersebut. Perjalanan pergi dan pulang yang sangat mencabar.

 

Sewaktu perjalanan pergi, kira-kira hanya tinggal 1 km dari destinasi, kereta yang dinaiki oleh saya dan 2 org ikhwah telah melanggar belakang kereta ikhwah lain akibat brek mengejut dan jarak kereta yang dekat pada kira-kira jam 1 pagi. Keadaan jalan yang tiba-tiba “dead end” dan gelap(tiada lampu langsung sepanjang jalan) turut menjadi punca kemalangan. Alhamdulillah tiada yang mengalami kecederaan serius.

Kereta yang terlibat dalam kemalangan kami biarkan dahulu buat sementara di kem atas komitmen terhadap program yang dijalankan. Pada hari ahad iaitu hari kepulangan kami, cabaran sebenar bermula. Disebabkan Perodua Viva yang dinaiki oleh saya telah bocor radiatornya, kami terpaksa berhenti sebanyak 5 kali dalam perjalanan untuk ke balai polis Mersing. Perjalan yang sepatutnya 20 minit menjadi 2 jam setengah. Setelah soal siasat dan pengeluaran saman oleh pihak polis selama 2 jam , kami pun bergerak pulang ke Melaka. Semasa perjalanan pulang, kami telah singgah di rumah akhi Shahrul Utem dan siapa sangka ayahnya telah bermurah hati untuk membelanja kami satu konvoi untuk makan malam di restoran. Alhamdulillah sesunggahnya dalam kesusahan ada kemudahan. Kami sampai di Melaka jam 1 pagi.

DSCF3327.JPGDSCF3330.JPG

7th week:

Sepanjang minggu ni sibuk uruskan hal kemalangan. Alhamdulillah saman rm300 yang dikenakan dilangsaikan melalui hasil sumbangan PEMBINA UTEM. Jazakumullah khairan katheera kepada antum semua. Hujung minggu, gerak ke MMU Cyber untuk join IU Dinner dan jumpa kawan-kawan lama di Cyberjaya dulu.

Epik lah gambar ni

 

8th week:

Minggu presentation. Kelam kabut jugak jadinya. Seluruh minggu didedikasikan untuk siapkan report dan presentation. Selesai semuanya memang melegakan sebab sem ni 100% coursework based. Jadi tiada final. Merdeka! hujung minggu gerak ke KL  untuk pergi ke pesta buku antarabangsa PWTC . Siap bergambar dengan Sham Kamikaze! terasa sejuk mata memandang orang yang mendapat hidayah Allah. Malam ahad, dengan slumbernya pergi join Occupy Dataran untuk merasa sendiri suasana dan bergaul dengan aktivis2 Occupy ni. Banyak sebenarnya perkara yang boleh dipelajari dari mereka, namun ada juga yang perlu dijauhi dan dijadikan sempadan.

bersama Bro Sham
Kenal tak siapa ni?inilah Fahmi Reza

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan itu berakhirlah Trimester 3 beta di MMU. Waktu cuti pun menjengah. InsyaAllah ada agenda besar sepanjang cuti ni.

Advertisements