Konvensyen Memartabat Islam Memperkasakan Ummah 2012

Alhamdulillah, pada 10 Jun yang lalu, saya telah menghadiri satu konvensyen bertajuk “Memartabat Islam Memperkasakan Ummah” anjuran Ikatan Muslimin Malaysia bertempat di Putrajaya.

Terlalu banyak input yang bermanfaat yang diperolehi daripada program tersebut. Mata saya dibuka selua-luasnya mengenai kegemilangan dan perjuangan orang terdahulu dalam mendaulatkan Islam di Tanah Melayu ini.

Panelis2 juga telah berjaya membentangkan topik-topik menarik seperti kisah panglima Awang yang mengelilingi dunia, forum survival umat dan ceramah dari mantan mufti Palestin . Syeikh Ikrimah Sobri.

.

.

Antara bahan-bahan pameran :

Anglo-Dutch Treaty of 1824 atau juga dikenali Treaty of London yang ditandatangani Belanda dan Inggeris mempunyai implikasi sangat besar terhadap lanskap politik dan kesatuan umat Melayu Islam di Kepulauan Melayu yang memberi kesan hingga ke hari ini….
Antaranya:
1. Pemecahan blok umat Melayu Islam kepada dua hingga melahirkan apa yang kita temui hari ini: Negara Indonesia dan Negara Malaysia.
2. Hilangnya daulat Kerajaan Islam Johor-Riau yang menaungi negeri-negeri Melayu seperti Pahang, Selangor, Singapura, Kepulauan Riau dan Sumatera.
rujukan:
A History of Malaysia, Andaya
Bayangkan panji2 jihad ini pernah berkibar di Selat Melaka satu ketika dahulu!
Panji2 Jihad milik pasukan Raja Haji Fi Sabilillah, Putera Bugis dari Kerajaan Johor-Riau yang syahid dalam Jihad menyerang Pengkalan Laut Belanda melalui jalan laut di Teluk Ketapang, Melaka pada 1784.
“Beruntunglah dikau disana! Mendapat syurga yang abadi”
Semua koleksi2 sejarah kita yang menceritakan keagungan Islam di tangan bangsa Melayu tersimpan di Muzium2 milik Penjajah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk melihat lebih banyak lagi bahan pameran, boleh ke sini.

Syair Tunjuk Ajar Melayu oleh Dr Tenas Effendy,
Balai Kajian & Pengembangan Budaya Melayu, Riau

Benarlah pepatah yang selalu dibaca di buku teks sejarah semasa di sekolah, “Barangsiapa melupai sejarah, pasti akan mengulanginya”.