kemerdekaan yang bagaimana kita impikan?

 

Kemerdekaan bagaimana yang kita mahu? adakah dengan gegak gempita laungan yang bergema di stadium? ataupun perbarisan besar-besaran yang menghimpunkan segala jenis manusia dan material nya. Definisi dan sudut pandang setiap manusia berbeza. Begitu juga dengan pemikiran seorang marhaen terhadap kemerdekaan tanah airnya.

Ucapan Saidina Rib’i bin Amir, salah seorang sahabat yang mulia di hadapan Rustum, Maharaja Parsi:

“Kami adalah kaum yang diutuskan oleh Allah SWT untuk memerdekakan siapa sahaja yang dikehendaki Allah dari penghambaan pada seluruh hamba kepada penghambaan pada Rabbnya, dari sempitnya dunia kepada luasnya akhirat, dan dari kejamnya agama-agama kepada keadilan Islam.”

“Jika Nasionalis yang dimaksudkan oleh mereka yang berbangga dengan semangat nasionalisme ialah generasi hari ini yang perlu menurut jejak generasi silam dalam membina hidup gemilang, cemerlang, dihormati, berkeyakinan tinggi lalu menjadikan mereka (generasi dahulu) sebagai contoh yang baik, dan jika Nasionalisme yang dimaksudkan ialah kegemilangan seorang bapa menjadi kebanggaan seorang anak lalu menjadi pembakar semangat dan perangsang kepadanya (anak).

Jika ini yang dimaksudkan, maka ia adalah suatu tujuan yang baik yang disokong dan digalakkan. Bukankah usaha kita membangkitkan semangat generasi masa kini bertujuan supaya mereka mencontohi kehebatan generasi masa silam ?” Risalah Dakwatuna, Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna

Antara kata-kata as-syahid Syed Qutb ketika ditindas oleh Ghamal Nasser :

“Jari telunjuk ini yang menjadi saksi setiap kali di dalam sembahyang bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah tidak mungkin sama sekali akan menulis coretan yang hina dan mengampu-ampu. Jikalau sememangnya saya layak dipenjara, saya reda menerimanya. Tetapi jikalau saya dipenjara dengan zalim, saya sama sekali tidak akan tunduk memohon belas kasihan daripada orang vang zalim”

“Di atas robohan Kota Melaka, Kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pesaka” Dr. Burhanuddin Al-Helmi (Mantan Yang Dipertua PAS)

“Pahlawan sejati,dalam hatinya bernyanyi.

Tanahair dan bangsa,di mana terpaut cinta mulia.
Untukmu darah ini mengalir,padanya jasad ini cair”
(USMAN AWANG,1958)

Salam Kemerdekaan.

 

Advertisements