Travelog Korea : Day 5

8.30 pagi :

Sarapan pagi di cafe hotel. Seperti biasa , makanan yang disentuh ialah roti dan buah-buahan. Kemudian, kami bergerak ke destinasi pertama kami untuk hari ini, iaitu Hyundai Motors dan Hyundai Heavy Industry. Kedua-duanya terletak di bandar Ulsan. Alhamdulillah cuaca pada hari tersebut cerah. Sesampainya kami di pejabat Hyundai Motors, kami telah dibawa ke bilik tayangan mereka dan satu video pendek mengenai sejarah Hyundai telah ditayangkan. Baru saya tahu bahawa sebenarnya Hyundai telah membeli syarikat Kia Motors pada tahun 2006 dan mereka sekarang bergerak di bawah satu bumbung. Kami dibawa ke kilang pembuatan kereta Hyundai dan kami didedahkan secara langsung proses pemasangan komponen kereta mereka. Pekerja di kilang ini bekerja selama 10 jam sehari dan purata 1 kereta dihasilkan dalam masa 4 minit. Selepas itu kami bergerak ke Hyundai Heavy Industry. Tempat pertama yang kami pergi di situ ialah Asan’s Memorial Hall. Chung Ju Hyung merupakan pengasas syarikat Hyundai. Sejarah hidup beliau telah dipamerkan di dewan pameran ini. Terdapat persamaan antara beliau dengan seorang lagi tokoh yang saya kagumi , iaitu syed Mokhtar Al Bukhary. Kedua-dua mereka merupakan lepasan sekolah menengah dan merupakan bekas petani.Β Selesai melawat Asan’s Memorial Hall(pengasas Hyundai), 3 daripada ahli delegasi Malaysia telah dipilih untuk ditemu duga oleh Ulsan Broadcasting Channel (UBC). Temu duga ini adalah untuk dimasukkan ke dalam dokumentari berkaitan Industri berat di Korea. Ia akan bersiaran pada Oktober ini.

Kemudian kami dibawa ke tempat pembinaan kapal-kapal berat Hyundai. Hyundai merupakan syarikat pembuatan kapal nombor 1 di dunia. Kisah bagaimana mereka mula-mula menceburi bidang perkapalan juga sangat menarik dan penuh inspirasi. Kemudian kami dibawa ke Hyundai Shopping Mall untuk makan tengah hari. Untuk pengetahuan anda, Seluruh kawasan kilang Hyundai ini umpama sebuah bandar, kerana dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Hospital, pusat beli belah, sekolah dan bermacam lagi.

1.30 petang :

Kami dibawa bersiar-siar di persisiran pantai bandar Ulsan. Pantai yang memutih dan angin yang bertiup lembut memang menyamankan.

3.00 petang:

Sampai di Ulsan Foreign Language High School. Sekolah ini merupakan antara sekolah khas yang dibina oleh kerajaan korea untuk bidang-bidang tertentu, dan untuk kes sekolah ini ialah untuk menguasai bahasa asing. Umur pelajar di sini ialah 17-19 tahun. Konsepnya hampir serupa dengan SBP atau MRSM di Malaysia. Terdapat 4 bahasa asing yang diajar di sini, iaitu bahasa Inggeris, Jepun, mandarin dan Arab. Saya tertarik denga beberpa perkara di sini. Antaranya ialah suasana kelas yang sangat ceria dan pelajar-pelajar di sini diwajibkan untuk mengemas kelas dan terdapat pengumuman dari radio sekolah untuk mengingatkan pelajar tentang perkara tersebut.

Tugasan kami di sini ialah memperkenalkan Malaysia kepada pelajar-pelajar di sekolah tersebut. Kami juga membuat persembahan tarian zapin dan joget lambak dengan mengenakan pakaian tradisional Melayu,Cina dan India. respon dari pelajar sekolah ini sangat hebat dan memberangsangkan. Ketika sesi perkongsian bersama mereka, saya merasa simpati dengan cara hidup mereka, di mana mereka terpaksa mengorbankan zaman remaja dengan menjadikan akademik 95% dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana persaingan yang sangat sengit antara pelajar-pelajar di Korea. Tamat sesi perkongsian, kami pulang ke tempat penginapan sambil diiringi lambaian pelajar sekolah tersebut.

Memberi penerangan tentang Malaysia kepada pelajar Korea.

8.00 malam :

Kami dibawa melawat ke tasik Anapji. Terdapat banyak keluarga yang membawa anak-anak mereka melawat ke sini kerana pemandangannya yang cantik dan bercahaya.

Salam perantauan dari Korea =)
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s