From Medina to Mecca : Part 1

Bismillah,

Entry kali ni sebenarnya dah lama tangguh, disebabkan macam-macam sebab. Sekarang baru rasa lapang nak menulis, nak pulak sekarang ni 10 Zulhijjah, Raya Haji. Jadi memang timing dah cun.

Alhamdulillah thummal hamdulillah, pada bulan Jun lepas, saya dan keluarga telah dipilih oleh Allah S.W.T untuk menjadi tetamunya. Sebenarnya perancangan nak ke tanah suci memang dah lama, dari tahun lepas lagi tetapi disebabkan kekangan visa, makanya terpaksa ditangguhkan. Manusia merancang, Allah merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang . Dengan menggunakan perkhidmatan agensi Punsu Travel, kami sekeluarga berangkat ke Jeddah dengan menaiki penerbangan Yaman Air. Transit sebanyak 2 kali iaitu di Dubai dan Sana’a , Yaman. Jumlah masa yang diambil untuk sampai ke Jeddah ialah kira-kira 12 jam. Kami mendarat di sana kira-kira jam 5 pagi waktu Arab saudi. Usai solat subuh di kawasan bagasi, kami bergerak keluar dari airport menuju ke arah bas yang sedang menunggu di luar untuk membawa kami ke kota bercahaya,Madinah Al Munawwarah. Bunga dalam hati semakin mekar.

Sebelum berlepas

Perjalanan ke Madinah memakan masa 5 jam. Waktu mula-mula naik bas, tengok dari luaran macam bas di Malaysia tahun 90 an. Jadi hati dah redha kalau tak ada aircond ataupun seat rosak. Tapi Alhamdulillah rupa-rupanya selesa juga. Malah aircond nya sejuk sangat sampai berkalih tempat duduk. Walaupun perjalanan adalah selama 5 jam , tapi saya hanya tidur selama sejam. Biasanya naik bas di Malaysia kalau 5 jam maknanya 4 jam akan tidur. Ini semua kerana rasa teruja dapat menjejak kaki ke luar negara buat pertama kali, ke tanah suci pula tu. Mata tak lekang melihat ke luar tingkap menikmati pemandangan sepanjang perjalanan.

Ketika bas mula memasuki Kota Madinah dan menghampiri Masjid Nabawi, ada suatu perasaan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata menyusup ke dalam jiwa. Bait-bait lagu Law Kana Bainana mula terngiang-ngiang. Rasa sebak pun ada. waktu kami sampai ketika itu ilah jam 12 tengah hari, dan sekalian manusia sudah mula berpusu-pusu ke masjid Nabawi untuk solat Jumaat. Selesai check in di hotel, kami terus bergerak ke Masjid Nabawi. Rasa macam nak berlari. tapi ditahan-tahan perasaan tu. Mujur hotel pun cuma 100 meter dari masjid. Melangkah saja ke dalam kawasan Masjid Nabawi, tiada kata-kata yang diucapkan melainkan puji-pujian ke atas yang maha Esa atas rezeki yang tidak ternilai ini. Masjid Nabawi memang sangat padat ketika itu. Alhamdulillah ada ruang kecil untuk saya di sebelah rak kasut. Maka ditulah tempat saya menunaikan solat di Masjid Nabawi buat pertama kalinya.

Bersama keluarga di hadapan masjid Nabawi

Selesai solat jumaat, saya cuba untuk memasuki Raudhah, tetapi keadaan yang sangat sesak membuatkan saya menukar fikiran untuk datang pada waktu selepas asar. saya bergegas pulang ke hotel untuk makan tengah hari. Rupa-rupanya baru saya tahu bahawa sepanjang keberadaan kami di tanah suci, menunya semua adalah mengikut citarasa Nusantara. Tukang masak merupakan warga Indonesia yang menetap di Arab saudi. Selesai makan, jemaah dilepaskan untuk balik ke bilik masing-masing untuk berehat. Tiada program spesifik yang dirancang untuk hari pertama di Madinah. Jadi kami menghabiskan masa di masjid untuk memanfaatkan peluang sepenuhnya di berada  di tanah suci. Alhamdulillah saya berpeluang memasuki kawasan Raudhah walaupun bersesak-sesak.

Masjid Nabawi pada waktu malam

Hari kedua dimulai sewal jam 2.45 pagi kerana subuh di madinah adalah jam 4 pagi. Ketika sampai di masjid kira-kira jam 3 pagi, azan sudah berkumandang. Pada mulanya rasa pelik tetapi setelah bertanya kepada seorang jemaah dari Indonesia barulah saya tahu bahawa sejam sebelum subuh akan ada azan sebagai tanda. Rasa nikmat yang mengasyikkan bila mendengar suara imam membaca ayat-ayat suci Al Quran. Usai subuh, saya terus bergegas ke perkuburan Baqi’ di sebelah kiri masjid. Di situ saya dapat melihat perkuburan para sahabat yang telah berjuang bersama Rasulullah S.A.W  hingga ke nafas yang terakhir. Saya juga bertuah dapat melihat pengkebumian secara “live” di situ. Sebenarnya setiap kali lepas solat fardhu di Madinah dan Mekah akan diikuti dengan solat jenazah.

Perkuburan Baqi’

Selepas sarapan, kami telah dibawa menziarahi tempat-tempat penting di sekitar Madinah. Antaranya ialah masjid Quba’, Ladang kurma, Jabal Uhud dan pasar. Mutawwif kami pada hari itu yang merupakan warga indonesia memang pandai bercerita dan menarik perhatian jemaah. Lagu Talaal Badru yang dinyanyikannya semasa dalam bas benar-benar membekas ke dalam hati. Perjalanan menjadi semakin bermakna bila kita dapat memahami sirah yang dilakar oleh nabi junjungan kita semasa di Madinah. Sedikit masalah berlaku ketika di Masjid Quba’ di mana ibu saya telah tidak dapat dikesan. Mujur akhirnya dapat juga dijumpai setelah proses mencari selama 30 minit. Bas juga sekadar melalui Jabal Uhud dan tidak berhenti kerana keadaan sesak.

Di hadapan Masjid Quba’

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Disebabkan tidak mahu menyesal di kemudian hari , saya memberanikan diri pada waktu petang selepas asar bergerak ke Jabal Uhud secara solo tanpa ditemani jemaah lain. Walaupun tidak pandai berbahasa arab, saya bulatkan hati untuk menawan puncak Bukit Pemanah pada petang itu. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan seorang driver lori pikap untuk membawa saya ke sana dengan bayaran 20 riyal. Dan pada petang itu, hajat saya tercapai.

Puncak Bukit pemanah

Pada hari ketiga yang juga merupakan hari terakhir di Madinah, tiada aktiviti khusus buat ahli jemaah tetapi saya memberanikan diri beserta seorang ahli jemaah yang lain berjalan kaki sekitar hotel dan kawasan sekeliling. Kami berkesempatan untuk melawat Masjid Bilal Bin Rabah dan kedai-kedai di situ. Peristiwa yang saya tidak dapat lupakan ialah ditahan oleh polis Arab Saudi kerana memakai baju yang tertulis slogan Ikhwanul Muslimin. Mujur saya dilepaskan. Mungkin kerana mereka lihat saya tidak tahu berbahasa Arab dan menganggap saya memakai baju tersebut secara suka-suka.

Di hadapan Masjid Bilal. Baju merah inilah yang mebuatkan saya ditahan oleh polis Arab Saudi

Pada jam 4 petang kami telah bertolak ke Mekah untuk meneruskan ibadah umrah yang ditunggu-tunggu.

Advertisements

Travelog Korea : day 9 and 10

9.30 pagi :

Hari terakhir program. Destinasi pertama ialah Masjid Seoul, yang terletak kira-kira 400 meter dari hotel saya menginap. Jadi kami ke sana dengan berjalan kaki.  Masjid ini terletak di atas bukit. Apabila berada di atas bukit, sesiapa yang berada disekitar masjid ini boleh melihat pemandangan Bandar Seoul. Di sekitar Masjid ini juga terdapat komuniti Islam walaupun tidak ramai. Restoran halal boleh didapati di sepanjang perjalanan menuju ke masjid.

 

1030 pagi :

Lawatan seterusnya ialah ke Munhwa Broadcasting Channel (MBC). MBC merupakan salah satu syarikat penyiaran terbesar di Korea Selatan. Kebanyakan drama Korea yang diimport ke Malaysia dihasilkan oleh syarikat ini. Kami dibawa melawat ke setiap bahagian dan kami diberi penerangan mengenai fungsi setiap daripada bahagian tersebut. Disebabkan saya bukanlah peminat drama atau filem Korea, jadi saya berasa agak “blur” bila melihat rakan-rakan delegasi yang sangat teruja dengan set-set lokasi penggambaran di situ.

Gambar ini diambil di set penggambaran buletin MBC

 

2.00 petang :

Tak sah rasanya kalau ke negara orang, tak singgah ke tempat membeli belah. Jadi kami dibawa ke Pasar Nandaemun, salah satu pasar tertua dan terbesar di Korea. Di sini kami dilepaskan untuk membeli-belah. Mujur rakan saya yang belajar di Korea, Ahmad Saufi menemani kami untuk mencari kedai-kedai terbaik untuk membeli cenderamata. Saya sempat memborong t shirt dan “fridge magnet” untuk diberi kepada keluarga dan rakan taulan di Malaysia. Disebabkan menunggu delegasi perempuang yang membeli belah sakan, saya dan rakan lelaki yang lain sempat singgah ke satu kedai makan yang sangat santai dan menarik konsepnya.

 

6.00 petang :

Kami dibawa ke tempat makan “buffet” yang termahal di Korea. Peluang yang terakhir ini memang saya manfaatkan sepenuhnya. Di sini saya pertama kalinya dapat merasa ikan marin, sirip yu, dan ketam gergasi. Kepuasan  yang tidak terkata.

7.30 petang :

N Seoul Tower. Menara tertinggi di Korea yang terletak di atas bukit. Walaupun kami datang pada hari Selasa malam, pelancong tetap ramai dan kami beratur panjang untuk naik ke atas. Apabila di atas, kami dapat melihat pemandangan indah Bandaraya Seoul pada waktu malam. Memang sangat cantik. Rasa sedih mula menyelebungi memikirkan akan pulang ke Malaysia keesokan paginya.

N seoul Tower dari bawah
Cantik kan ? credit to cc

 

1030 malam :

Balik ke hotel. Mula mengemas barang. Segala-galanya di periksa supaya tiada yang tertinggal.

 

12 september , 7.30 pagi :

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bertolak ke Incheon International Airport. Hati sayu meninggalkan Itaewon dan Seoul. Terlalu banyak perkara yang dipelajari sepanjang pengembaraan ke Korea ini. Mata saya telah dibuka selua-luasnya. Kenangan bersama rakan delegasi dan koordinator kami, Mdm Park Su Yeun dan jurubahasa, Mr Eungee memang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memilih saya dan rakan-rakan untuk menyertai program ini dan terima kasih kepada Kerajaan Korea kerana telah memberi layanan 5 bintang sepanjang kami berada di Korea.

11.30 pagi :

Pesawat Malaysia Airlines berlepas menuju ke KLIA. Kami sampai di KLIA kira-kira jam 4.30 petang.