Travelog Korea : day 9 and 10

9.30 pagi :

Hari terakhir program. Destinasi pertama ialah Masjid Seoul, yang terletak kira-kira 400 meter dari hotel saya menginap. Jadi kami ke sana dengan berjalan kaki.  Masjid ini terletak di atas bukit. Apabila berada di atas bukit, sesiapa yang berada disekitar masjid ini boleh melihat pemandangan Bandar Seoul. Di sekitar Masjid ini juga terdapat komuniti Islam walaupun tidak ramai. Restoran halal boleh didapati di sepanjang perjalanan menuju ke masjid.

 

1030 pagi :

Lawatan seterusnya ialah ke Munhwa Broadcasting Channel (MBC). MBC merupakan salah satu syarikat penyiaran terbesar di Korea Selatan. Kebanyakan drama Korea yang diimport ke Malaysia dihasilkan oleh syarikat ini. Kami dibawa melawat ke setiap bahagian dan kami diberi penerangan mengenai fungsi setiap daripada bahagian tersebut. Disebabkan saya bukanlah peminat drama atau filem Korea, jadi saya berasa agak “blur” bila melihat rakan-rakan delegasi yang sangat teruja dengan set-set lokasi penggambaran di situ.

Gambar ini diambil di set penggambaran buletin MBC

 

2.00 petang :

Tak sah rasanya kalau ke negara orang, tak singgah ke tempat membeli belah. Jadi kami dibawa ke Pasar Nandaemun, salah satu pasar tertua dan terbesar di Korea. Di sini kami dilepaskan untuk membeli-belah. Mujur rakan saya yang belajar di Korea, Ahmad Saufi menemani kami untuk mencari kedai-kedai terbaik untuk membeli cenderamata. Saya sempat memborong t shirt dan “fridge magnet” untuk diberi kepada keluarga dan rakan taulan di Malaysia. Disebabkan menunggu delegasi perempuang yang membeli belah sakan, saya dan rakan lelaki yang lain sempat singgah ke satu kedai makan yang sangat santai dan menarik konsepnya.

 

6.00 petang :

Kami dibawa ke tempat makan “buffet” yang termahal di Korea. Peluang yang terakhir ini memang saya manfaatkan sepenuhnya. Di sini saya pertama kalinya dapat merasa ikan marin, sirip yu, dan ketam gergasi. Kepuasan  yang tidak terkata.

7.30 petang :

N Seoul Tower. Menara tertinggi di Korea yang terletak di atas bukit. Walaupun kami datang pada hari Selasa malam, pelancong tetap ramai dan kami beratur panjang untuk naik ke atas. Apabila di atas, kami dapat melihat pemandangan indah Bandaraya Seoul pada waktu malam. Memang sangat cantik. Rasa sedih mula menyelebungi memikirkan akan pulang ke Malaysia keesokan paginya.

N seoul Tower dari bawah
Cantik kan ? credit to cc

 

1030 malam :

Balik ke hotel. Mula mengemas barang. Segala-galanya di periksa supaya tiada yang tertinggal.

 

12 september , 7.30 pagi :

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Bertolak ke Incheon International Airport. Hati sayu meninggalkan Itaewon dan Seoul. Terlalu banyak perkara yang dipelajari sepanjang pengembaraan ke Korea ini. Mata saya telah dibuka selua-luasnya. Kenangan bersama rakan delegasi dan koordinator kami, Mdm Park Su Yeun dan jurubahasa, Mr Eungee memang tidak dapat dilupakan. Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memilih saya dan rakan-rakan untuk menyertai program ini dan terima kasih kepada Kerajaan Korea kerana telah memberi layanan 5 bintang sepanjang kami berada di Korea.

11.30 pagi :

Pesawat Malaysia Airlines berlepas menuju ke KLIA. Kami sampai di KLIA kira-kira jam 4.30 petang.

 

Advertisements

One thought on “Travelog Korea : day 9 and 10

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s