From Medina to Mecca : part 2

Perjalanan yang panjang dari kota bercahaya Madinah ke kota suci Makkah. Seluruh rombongan sudah pun bersiap dengan pakaian ihram masing-masing. Hati rasa sayu hendak meninggalkan kota nabi ini. Rasa gemuruh pun ada hendak menjejakkan kaki ke Makkah. Kira-kira 25 minit selepas meninggalkan hotel kami berhenti seketika di Bir Ali. Bir Ali adalah sebuah tempat miqat (miqat zamani) bagi penduduk Madinah yang akan berumrah atau berhaji, sebagaimana dicontohkan Nabi. Jadi hanya jamaah haji gelombang pertama atau jamaah umrah yang mendahulukan Madinah yang dapat merasainya. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Makkah.

Sepanjang perjalanan ke Makkah, kami diuji dengan bas yang rosak penghawa dinginnya. Basah juga kain ihram dibuatnya. Perjalanan waktu malam di padang pasir yang lengan memberikan satu pengalaman yang baru. Kami ada berhenti seketika di satu R&R untuk solat dan makan malam. R&R di Arab saudi bukanlah seperti di Malaysia yang nampak teratur dan kemas. Usai solat maghrib, timbul ketegangan kecil antara Imam surau dengan jemaah solat yang lain. Dia berkeras untuk menyampaikan ceramah dengan kuat dan lentang sekalipun ramai yang masih bersolat fardhu. Namun mujur tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

R&R di Arab Saudi

 

8 jam perjalanan , kami pun tiba ke destinasi utama kami, Makkah Al Mukarramah. Terasa seperti berada di dalam mimpi. Ditambah lagi dengan bandar Makkah yang terang benderang walaupun jam menunjukkan pukul 1.30 pagi. Dari kejauhan kami sudah dapat melihat ZamZam Tower, menara gergasi yang dibina bersebelahan Masjidil Haram. Sesampainya kami di hotel(saya rasa rumah tumpangan lebih sesuai, mutawwif mengarahkan kami untuk meletakkan barang di bilik masing-masing. Timbul masalah apabila diperiksa, bilik kosong untuk kumpulan saya tidak mencukupi. Timbul rasa tegang dalam kalangan ahli kumpulan mengenai pengurusan agensi yang tidak cekap. Namun disebabkan sudah sampai ke tanah suci, kami memilih untuk mendiamkan diri dan bersabar dan mengelakkan memikirkan perkara yang bukan-bukan. Mungkin ini salah satu ujian yang Allah nak beri.

Akhirnya mutawwif kami membuat keputusan untuk mengerjakan umrah terlebih dahulu dan menyerahkan urusan hotel kepada pegawai agensi. Kami pun berjalan kaki menuju ke masjidil haram yang terletak kira-kira 1 km dari hotel. Bunyi kerja pembinaan sekita masjidil haram mengiringi kami di samping lidah yang tak henti-henti mengucapkan kalimah suci-Nya. Semakin dekat derap kaki ke masjidil haram, semakin teruja rasa di hati. Pintu pertama yang kami temui ialah pintu Al Fath. Kami meneruskan langkah dan akhirnya Kaabah, kiblat umat Islam, terpampang di hadapan mata kami. Allahuakbar. Tiada kata-kata yang boleh menggabarkan perasaan ketika itu. Mulut terus basah dengan doa dan memuji kebesaran Ilahi. Suasana dalam masjidil haram yang sentiasa hidup menambahkan semangat para jemaah untuk menyempurnakan ibadah Umrah. Tawaf pun dimulakan. Terasa besarnya nikmat tuhan. Teringat tadabbur surah al-rahman, ayat yang diulang sebanyak 31 kali. “Maka Nikmat Tuhan Kamu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?”. Di saat itu, semua manusia adalah sama , tanpa mengira warna kulit, pangkat , harta dan sebagainya. Semuanya memakai pakaian yang sama, mengelilingi batu yang sama. Bermacam-macam geligat dapat diperhatikan,dari umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia, waima China mahupun Amerika.

Ibu dan Ayah yang jelas terpancar cahaya kegembiraan mereka

 

Untuk menyempurnakan ibadah umrah, sudah pastinya sai’e perlu dilaksanakan. Berulang alik dari Safa ke Marwah , sempena mengingati pengorbanan Siti Hajar untuk anaknya Nabi Ismail a.s. Tempat Saie sekarang boleh dikatakan selesa. Berbumbung, berlantai marmar. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan keadaan Siti Hajar ketika itu. Terasa kerdil. Selesai pusingan ke 7, maka ibadah umrah disempurnakan dengan tahallul, iaitu menanggalkan sekurang-kurangnya 3 helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya. Satu rasa kepuasan yang tak terkata. Sebenarnya ,menurut pendapat Mazhab Syafie yang terpilih, Umrah wajib dikerjakan oleh setiap lelaki dan wanita Islam yang baligh, berakal dan mampu, seperti juga ibadat Haji. Menurutnya, Umrah hanya wajib sekali kecuali Umrah nazar. Bagi Mazhab Hanafi pula, hukum Umrah adalah sunat muakkad. Dan Alhamdulillah saya telah menyempurnakannya.

Selepas selesai mengerjakan Sai’e

Selesai ibadah umrah, kami memilih untuk terus tinggal di dalam masjidil haram untuk mengerjakan solat malam sambil menunggu waktu subuh. Kaabah memang tidak pernah henti-henti dikelilingi manusia kecuali waktu solat. Semua manusia yang ada di situ tunduk membesarkan Allah S.W.T.  Indahnya.

Azan Subuh berkumandang menandakan sudah masuk waktu solat bagi kawasan Mekah dan bandar yang sewaktu dengan. Waktu Subuh di Mekah pada ketika itu ialah kira-kira 3.40 pagi. Imam bertakbir memulakan solat sambil diikuti dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran. Terasa mahu menitis air mata gembira kerana telah berjaya menjejakkan kaki ke tanah suci umat Islam. Solat jenazah dilaksanakan selepas solat subuh, sama seperti ketika di Madinah. Selepas sempurna semuanya, kami bergerak pulang ke hotel untuk sarapan pagi.

Bersambung .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s