XPDC Chemerong Berembun Langsir (CBL) 2015

XPDC CBL 22-24 Jun 2015 merupakan aktiviti outdoor terakhir sebelum Ramadhan tahun ini menjengah. Aku memang berazam untuk daki satu lagi gunung sebelum puasa, sebab masa puasa memang akan gantung boot dan fokus kepada aktiviti yang lebih sesuai dengan mood Ramadhan. Maka aku pun sibuk men”scroll” group2 FB hiking yang aku join untuk cari event pada minggu terakhir sebelum puasa. Akhirnya dapat juga sangkut satu satu event bila ada seorang bro pm di fb pasal event ni.

Setelah communicate dengan organizer Outerrange Adventure (ORA) melalui instagram dan whatsapp, maka pengeras sebanyak RM190 diberi untuk confirm kan kehadiran. Bayaran ni termasuk makan minum, guide, permit, fly & groundsheet,absailing dan transport pergi balik. Pergi ke trip ni memang aci redah sebab tak kenal sesiapa pun. Janji boleh panjat gunung. hehe. Lagipun CBL memang ada dalam wishlist tahun ni disebabkan gambar-gambar air terjun yang orang post di instagram sangatlah mengundang.

21 Jun 2015 (Khamis)
11.00 pm – Menunggu Yazid, ketua XPDC di LRT Gombak. Tumpang kereta dia.
11.30 am – Berkonvoi ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

22 Jun 2015 (Jumaat)
1.30 am – Singgah mengeteh di R&R Temerloh.

5.30 am – Sampai di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah

6.00 am – Solat subuh.

7.00 am – Sarapan di satu gerai makan berdekatan.

8.00 am – Bertolak ke  Hutan Lipur Chemerong.

9.00 am – Taklimat ringkas, pembahagian ration, repack barang, stretching & doa.

9.45 am – Pendakian bermula.

11.00 am – Tiba di Bukit Taubat. Namanya dah bagi satu petanda. Kecuraman dalam 75 darjah. Antara bahagian paling susah dalam pendakian. memang boleh buat orang taubat dari datang.

1.00 pm – Tiba di Kem Balak. Solat jamak zuhur & asar. Makan tengah hari di sini.

2.00 pm – Bergerak ke Kem  Y.

3.30 pm – Sampai ke Kem Y. Rehat kira-kira 15 minit. Terus bergerak ke puncak Gunung Berembun. Merentasi Taman Bonzai.

5.25 pm – Tiba di puncak Gunung Berembun. Di puncak memang tiada view, cuma yang ada adalah papan tanda

5.55 pm – Bergerak ke Lata Langsir, tempat perkhemahan. Pemandangan sepanjang perjalanan sangatlah cantik. Sungai jernih sampai nampak dasar.

6.40 pm – Sampai ke tapak perkhemahan. Hujan mulai turun. Terus set-up khemah. Hujan terus turun sehingga jam 8 malam.

8.30 malam – dinner dan borak-borak dengan fly-mates yang memang satu geng dari sekolah. Dari Perlis datang nak join trip.

Repack barang untuk agihan ration sebelum mula xpdc
Repack barang untuk agihan ration sebelum mula xpdc
Peta Laluan
Pacak yang membuatkan orang taubat
Pacak yang membuatkan orang taubat
Lunch di Kem Balak
Lunch di Kem Balak
Rupa bentuk trek laluan
Rupa bentuk trek laluan
Muka-muka teman se-khemah. Masa ni tak tahu pun akan stay dalam khemah yang sama
Muka-muka teman se-khemah. Masa ni tak tahu pun akan stay dalam khemah yang sama

20150612_171629

Muka pancit di Taman Bonzai
Muka pancit di Taman Bonzai
Puncak Berembun
Puncak Berembun

23 Jun 2015 (Sabtu)

Full day main air. Bangun pagi, solat subuh, layan sunrise. View pagi ni sumpah cantik. Gunung depan mata seolah diselaputi lautan awan. Tak nampak daratan. Breakfast, lepas tu mandi ke Jeram Lesung, 5 minit dari campsite. Memang sakan lah main air. Dalam jam 11, layan absailing di air terjun Lata Langsir, depan campsite. Ini kelebihan ORA berbanding organizer lain. First time absailing dekat air terjun yang tinggi. Menggeletar jugak kaki bro.

Selamat pagi =)
Selamat pagi =)

Tak lama lepas maghrib masuk , hujan mula turun. Malam menjadi sangat panjang untuk aku. Dah la tak bawa sleeping bag & sleeping mat. Menggigil kesejukan malam tu sampailah keesokan paginya. Mujur air tak naik masuk khemah.

Keadaan dalam khemah waktu malam. Sejuk ohh dekat luar
Keadaan dalam khemah waktu malam. Sejuk ohh dekat luar

24 Jun 2015 (Ahad)
6.30 am – Solat subuh, lepas tu layan sunrise. Awan kurang tebal hari ni. Tak seperti semalam.
8.00 am – Sarapan dan kemas campsite
9.00 am – Bergerak menuju Sungai Bangang.ikut trek short cut tanpa perlu melalui G.Berembun dan Taman Bonzai.
10.40 am – Tiba di Sungai  Balu (atau lebih dikenali sebagai Sg. Bangang). Sungainya kecik je tapi lubuknya dalam sesuai untuk tiruk.
11.15 pm – Sambung perjalanan … trek short cut ni akan jumpa semula trek antara Kem Y dan Kem Balak, jadi memang takkan jumpa Kem Y dah.
1.00 pm – Tiba di Kem Balak. Masak makan tengah hari dan berehat sebelum bergerak semula jam 2 petang
3.45 pm – Jumpa pokok Seraya Besar…ukur lilitnya kira-kira 5-6 pemeluk. Rehat sambil menunggu ahli xpdc yang di belakang. Jam 4.15 terus ke Air Terjun Chemerong
4.15 pm – Tiba di air terjun Chemerong. Terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan. Air terjun Chemerong merupakan antara air terjun tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 300 meter. Tangkap gambar puas2 dekat sini. Terjun Tiruk pun mantap.
6.00 pm – Akhirnya selamat tiba di ‘starting point’ Hutan Lipur Chemerong. Bersihkan diri, solat jamak Zuhur & asar’.
8.00 pm – Bertolak ke KL. Berhenti makan di Temerloh. Alhamdulillah ada yang murah hati belanja ikan patin. hehe
12.30 am – Tiba di KL, bersurai.

Advertisements

2 thoughts on “XPDC Chemerong Berembun Langsir (CBL) 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s