XPDC Semeru-Bromo 2015 : Departure & Arrival

11-12 September 2015,Jumaat-Sabtu

Today is the day. 7 bulan punya plan akan jadi kenyataan.Gara-gara flight malam ni, aku skip townhall Division untuk siapkan mana-mana kerja yang tertangguh. Nak cuti seminggu kan. Tepat jam 5, terus punch card untuk balik rumah untuk last preparation. Malam sebelum tu tidur pukul 3 gara-gara packing backpack dan alatan. Sampai je rumah terus bersiap. 2 orang yang aku berjaya hasut untuk ikut sekali trip ni, Amir dan Am, dah pun bersiap. Jam 7 petang kaki melangkah ke luar rumah menuju ke Stesen LRT Taman Melati , untuk ke KLIA2 via ERL Ekspress KL Sentral. Flight malam ni jam 10.25 malam. Sesampai sahaja di KLIA, kami terus check in luggage dan menunggu pesawat untuk berlepas. Kami tak tahu akan ada kejutan malam tu

IMG_1378
My gear. Investment ni 
DCIM100GOPROG0020242.
Sebelum Berlepas, Muka excited semua 

Jam 00.05 , pesawat AirAsia QZ327 selamat mendarat di Bandar Udara Internasional Juanda. Disebabkan plan adalah untuk tidur di airport, maka kami tidaklah tergesa-gesa untuk ambil luggage dan membuat keputusan untuk musolla. Musolla di airport Surabaya sangat banyak. Setiap 100m pasti berjumpa. Dan berbeza di Malaysia, musolla di sini tiada tirai atau pengasingan antara lelaki dan perempuan. Selepas beberapa ketika, kami pun ke tempat kutipan bagasi. Tunggu punya tunggu, hanya 2 beg yang muncul. Backpack Amir tak kunjung tiba. Hampir sahaja aku bertekak dengan pegawai imigresen yang bersikap acuh tak acuh terhadap masalah kami. Bila ditanya pegawai Air Asia, katanya backpack Amir tertinggal di KLIA2 dan akan dihantar bersama pesawat pagi esok. Ok fine. Kami pun beredar dan bergerak ke musolla lain di airport untuk berehat dan tidur. Bagusnya di airport ni wifi takde password, jadi bolehla update keadaan kami dengan trip member yang lain yang akan bergerak dengan flight awal pagi.

Azan subuh berkumandang jam 4.30 pagi. Maka kami pun menunaikan tuntutan hidup seorang muslim secara berjemaah sebelum sambung balik tidur. Lama lagi nak tunggu pagi. Kami bangun semula jam 7.30 pagi dan mula merayau mencari tempat untuk sarapan. Masa tengah sarapan, panggilan daripada ketua XPDC, Afif, masuk ke dalam telefon ku. Maka kami pun bergegas ke depan entrance airport dan memaklumkan kepada Uncle Karat dan Afif mengenai perihal backpack Amir. Maka sekali lagi kami ke kaunter pertanyaan AirAsia dan jawapan yang kami dapat adalah menghampakan. Tiada bayangan backpack dan pihak AirAsia memaklumkan mungkin bagasi masih lagi di KL. Mati akal Amir dibuatnya. Dah la ini 1st trip gunung dia (sebelum ni dia dah naik Bukit Kutu, dan dia insist yang tu gunung jugak hahaha), barang-barang semua baru beli (Backpack,kasut,gloves,pole etc) .  Mujurlah Uncle Karat ada bawak barang spare(barang dia sebenarnya) maka semua barang spare (kasut,glove,backpack,pole,hiking shoe,baselayer,cap,stokin,) semua dibagi pada Amir. Kalau tak kempunan lah Amir nak naik Semeru :D. Maka kami 12 orang beserta Kak Aishah(isteri Uncle Karat) dan 2 orang guide warga Indonesia pun meneruskan perjalanan ke Taman Negara dengan van yang telah disewa.

IMG_1388
Uncle karat came to the rescue ! 

Perjalanan ke Taman Negara Nasional Bromo Tengger Semeru memakan masa yang agak lama. Kami berhenti untuk makan dan solat di pekan Probolinggo dan membeli simkad hp di situ. Adalah dinasihatkan untuk mengambil simkad telkomsel kerana coverage nya yang lebih luas dan laju. Akhirnya kami tiba di Desa Ranu Pane, basecamp pendakian kira-kira jam 7.30 malam. Suasana memang sudah gelap seperti 10 malam waktu Malaysia, dan suhunya sangatlah sejuk, dalam 10-15 celcius. Sampai ke tulang beb. Baru basecamp ni. Kami check in dan dinner sebelum mendengar taklimat daripada Kak Aisyah dan Guider mengenai pendakian esok hari.

IMG_1410
Dinner time. Carbo loading. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s