XPDC Semeru Bromo : Ranu Pane > Kalimati > Summit Attack

13 Sept 2015

Kami dibangunkan dengan kedinginan pagi yang mencengkam. Subuh yang awal betul2 menguji diri dan untuk ambil wudhu sahaja sudah menjadi satu masalah. Selesai subuh, kami terus membawa barang2 hiking ke tempat sarapan dan mengisi perut di situ. Sambil menunggu peserta yang lain datang ke tempat taklimat, aku mengambil kesempatan untuk meninjau pemandangan sekitar Ranu Pane. Di sini saja sudah sangat cantik , apatah lagi bila sudah sampai Ranu Kumbolo nanti, getus hatiku. Taklimat diberikan oleh Renjer Taman Negara. Kira-kira jam 9 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Kalimati.

IMG_1491
Ranu Pane. Tenang lagi menenangkan
DSC02602
Titik permulaan. Rindu pada mereka2 ini

Terdapat 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo. Trekking pada waktu ini boleh dikatakan agak santai. Laluan trek juga dilindungi pokok-pokok yang menjadi peneduh sepanjang perjalanan. Trek berjalan kaki di sini memang jelas dan tak perlu melalui semak samun seperti hutan di Semenanjung Malaysia. Puncak Mahameru juga kelihatan dari kejauhan. Menariknya, di setiap pos pasti ada gerai orang berniaga makanan. Ini sesuatu yang baru bagi kami kerana tak sangka dalam mendaki pun ada tempat menjual makanan sepanjang perjalanan. Kami tiba di Ranu Kumbolu kira2 jam 1 petang dan berhenti untuk solat dan makan tengah hari. Perasaan kagum dan takjub menular apabila tiba di sini. Tak sangka sampai juga ke sini . Ini semua gara2 filem 5cm. Memang indah seperti yang digambarkan dalam filem tersebut. Di sinilah juga terletaknya Tanjakan Cinta yang menjadi lagenda orang tempatan. Saat melalui Tanjakan Cinta, para pendaki dilarang untuk  menoleh ke belakang. Kalau menoleh, konon Anda akan putus cinta!

“Legenda bermain di sini. Konon, ada dua sejoli yang sudah bertunangan mendaki Gunung Semeru. Saat lewat tanjakan ini, sang pria jalan lebih dulu dan tiba di atas bukit tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Namun sang perempuan keletihan, jatuh terguling, kemudian meninggal dunia.

Itulah kenapa, mitos yang beredar, pendaki yang memikirkan pasangannya dan berhasil melewati Tanjakan Cinta tanpa menoleh ke belakang, akan berjodoh dan cintanya akan abadi. Sebaliknya, kalau di tengah jalan ia menoleh ke belakang, hubungan percintaan konon akan putus.”

IMG_1552
Puncak Mahameru dari kejauhan. Indah
DCIM100GOPROG0180384.
Tanjakan Cinta.

Sejam kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kalimati. Dalam perjalanan ke Kalimati , kami melalui Oro-Oro Ombo, sebuah padang savannah yang terbentang luas. Tapi sayang kami datang pada musim kering. Jika datang ke sini sekitar April-Jun, padang savannah ini akan dipenuhi dengan lavender berwarna ungu. Walaupun begitu, pemandangan yang ada tetap memukau sesiapa sahaja yang melihat. Terasa seperti berada di Europa. Kami tiba di Kalimati kira-kira jam 5 petang. Khemah pun dipasang dan makanan malam pun disediakan. Mula jam 5.45 petang matahari mula terbenam dan keadaan mulai sejuk. Bintang-bintang mula kelihatan dan kira2 jam 7.30 malam , Galaksi Bima Sakti boleh jelas dilihat dengan pandangan mata kasar. Sungguh, inilah pemandangan langit yang terindah dalam hidupku.

DCIM100GOPROG0230444.
Oro-Oro Ombo
IMG_1648
Kalimati. Basecamp sebelum summit attack. Mahameru tampak gagah
DSC02687
The 5 Billion star hotel

Setelah tidur kira2 3 jam dari jam 8 malam, Kak Aishah mengejutkan kami semua pada jam 11 malam untuk bersiap bagi Summit Attack. Ini pengalaman pertama aku untuk Summit attack pada tengah malam. Sejuknya jangan cerita lah. Buka gloves seminit pun boleh membuatkan tangan kebas. Kami dijamu dengan sup ayam dan teh O panas sebelum memulakan summit attack. Jam 11.45 malam, pendakian paling mencabar dalam XPDC ini pun bermula.

1 jam yang pertama, trek masih lagi bertanah dan dilindungi pokok-pokok tinggi. Checkpoint terakhir iaitu Argopuro menandakan pendakian pasir akan bermula. Disinilah cabaran sebenar untuk menakluki puncak Mahameru bermula. Selepas sahaja Argopuro, pendakian curam 70 degree terbentang di hadapan mata. Yang paling menduga ialah keadaan sekeliling yang berpasir dan berdebu. Adalah wajib untuk pendaki memakai mask atau apa2 sahaja penutup mulut untuk mengelakkan debu daripada masuk ke rongga2 badan. Setiap 2 langkah ke hadapan, anda akan akan jatuh satu langkah ke belakang disebabkan pasir yang separas pergelangan kaki. Di sini tongkat atau walking stick sangatlah membantu untuk mara ke hadapan. Kalau tidak pergerakan ke atas akan menjadi sangat sangat sukar. Tak pernah aku merasa pendakian sesukar ini. Mental ? memang koyak. Mujurlah ada Idzham yang menjadi buddy sepanjang summit attack. Masuk jam ke 3, kami bertembung dengan Afif dan Lah. Dari situ kami berempat mendaki bersama. Jam Suunto Afif menjadi benchmark. Setiap 50 meter elevation, kami akan berhenti 5 minit.

Di ketinggian 3600m puncak semakin jelas kelihatan. Maka aku dan Idzham membuat keputusan  untuk melakukan final push, untuk mengejar sunrise, lalu meninggalkan Afif dan Lah di belakang. Pada waktu itu , horizon pagi semakin jelas kelihatan dari tebing tempat kami mendaki. Akhirnya, pada jam 5.15 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki ke puncak Mahameru, puncak tertinggi seluruh Jawa.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s