BAGAIMANA MENDAKI GUNUNG KINABALU DENGAN BAJET BAWAH RM 1000 (All-in).

Ramai  yang ingin mendaki Gunung Kinabalu tetapi tidak tahu cara. Tak kurang juga ada isu dengan penganjur , nak buat trip private tapi cuma ada 3-4 orang dll. Di sini saya ingin kongsikan cara D.I.Y untuk mendaki Gunung Kinabalu secara bajet (Ala-ala backpackers gitu) bawah RM 1000 termasuk flight . Ini berdasarkan pengalaman saya ke sana pada bulan Disember 2015 lepas. Di sini saya ingatkan cara di bawah adalah cara backpackers dan D.I.Y , maka sudah tentu ada beberapa perkara yang tak sebaik jika anda gunakan agensi. Sebutharga di bawah adalah berdasarkan harga terkini yang saya periksa (rate baru 2016) .

Pertama sekali , anda kenalah lakukan tempahan pendakian dengan Sutera Sanctuary Lodge (SSL). SSL adalah syarikat yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan Kinabalu Park (KP). Jadi kalau anda guna travel agency sekalipun, mereka juga berurusan dengan pihak SSL juga. Adalah sangat tidak disarankan untuk sampai ke Sabah baru nak tempah kerana jumlah pendaki setiap hari sekarang telah terhad kepada 100 sahaja, jadi besar kemungkinan tempahan last minute takkan berhasil. Di sini anda boleh tempah pakej 2 hari 1 malam dengan SSL yang berharga RM509.00 . Saya sarankan anda check dulu harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Dapat tarikh dan harga yang cun , hubungi SSL untuk buat tempahan. Kalau ada kekosongan baru proceed tempah slot pendakian dan tiket penerbangan. Saya sarankan anda perlukan tempoh masa 4 hari 3 malam pergi balik supaya tak terlalu terkejar-kejar dan elakkan kemungkinan terlepas flight. Saya akan kongsikan contoh itinerary di bawah :

Day 1 : Departure and Arrival

Flight Air Asia AK 5110 0630AM. Sampai di KK jam 0930AM. Sampai di airport, anda boleh ambil shuttle bus ke Stesen Bas Padang Merdeka dengan harga RM 5. Di sini anda boleh menaiki bas (lebih kepada van loncat sebenarnya) untuk ke Kinabalu Park yang berharga RM 20-25. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam +-. Anda boleh makan tengah hari di kedai sekitar Padang Merdeka.  Anggaran masa anda tiba lebih kurang jam 3pm. Di sini anda boleh tempah mana-mana chalet atau lodge bajet berhampiran KP seperti Tahubang Lodge,J Residence,Jungle Jack Backpacker dan Kinabalu Mountain Lodge. Contoh macam di Tahubang Lodge harga rm99 satu bilik. Kalau kongsi 2 atau 3 orang dah tentu lebih murah . Lebih dekat dekat dengan KP lagi bagus supaya pagi esoknya anda boleh jalan kaki sahaja ke sana. Untuk makan malam ada restoran di depan KP. Kalau nak jimat bungkus siap-siap dari KK. Bermalam.

Day 2 : Start Hike

Bangun awal pagi untuk bersiap dan sarapan (boleh bawak roti dari KK). Dalam 7.30AM terus ke KP untuk pendaftaran dan bayaran beberapa jenis fees. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa bayaran tambahan yang tak termasuk dalam pakej SSL seperti entrance (RM 7) ,permit mendaki (RM50 rate baru 1 Jan 2016) ,insurans (RM 7) , guide (RM 230/5 = RM46),transport ke Timpohon Gate untuk mula pendakian dan selepas (RM4.50 X 2 = RM9). Anda  boleh simpan bagpack anda yang besar gedabak tu di locker di KP dengan harga RM12 dan hanya bawa beg kecil daypack untuk ke atas. Bawa barang yang perlu sahaja seperti jaket untuk summit attack awal pagi esoknya, lunchpack (dah masuk dalam pakej), berus gigi, air semasa nak laban rata dan snack ringan. Perkara lain seperti tuala,selimut dan makanan semua disediakan di Laban Rata.

Sampai di Laban Rata, anda boleh nikmati buffet dinner sepuas hati anda sebab dah include dalam pakej. Masa ni saya makan kawkaw kononnya carbo loading lah kan padahal sebab dah include dalam pakej. Kambing bakar, daging salai ,ayam semua adalah dan anda boleh hantam sepuasnya. Tapi kalau lemau esoknya nak ke summit jangan salahkan saya haha.  Anda akan tidur di dorm dan boleh mandi air panas di guesthouse.

Day 3 : Summit Attack.

Bangun jam 1.30 pagi. Bersiap dengan pakaian summit attack dan supper (masuk dalam pakej).Boleh tinggal barang di dorm (atas risiko sendiri). Anda wajib makan kalau tak nak semput dan pitam. Serius. Jam 2.30am mula mendaki. Anda akan berjaya merealisasikan impian anda, iaitu menjejak kaki ke puncak Kinabalu dalam masa 3-4 jam.  Dah puas selfie semua, turun semula ke Laban Rata dalam 1 jam lebih dan sarapan (dalam pakej). Anda kena tinggalkan Laban Rata sebelum jam 10.30AM. Kalau sampai awal di LR boleh lah nak mandi dulu. Saya sempat tidursekejap sebelum turun ke KP.

Anda kemungkinan akan tiba di KP pada jam 12-3pm. Kutip sijil dan selfie. Buffet Lunch (dalam pakej) dan bedal lah puas-puas sebagai ganjaran. Habis lunch, anda boleh bergerak ke depan Kinabalu Park untuk tunggu bas/van untuk ke KK. Part ni yang tricky sikit sebab kadang-kadang bas atau van penuh. Kalau anda cukup sempoi, tahan je mana-mana 4WD yang lalu depan KP menuju ke KK dan tumpang belakang 4WD. Dahjimat duit. Itu yang saya dan 2 lagi rakan saya buat. Orang Sabah memang baik-baik dan ramai yang guna 4WD sebab faktor geografi.

Sampai di KK petang atau malam jadi bermalamlah di mana-mana backpackers hostel. Banyak dekat Gaya Street dengan kos RM20 semalam. Agoda,Trivago ada jadi manfaatkan lah. Malam tu nak pergi bedal seafood ke apa terpulang sebab semuanya walking distance dari Gaya Street.

Day 4 : Return with glory

Anda boleh jalan2 sekitar KK bergantung kepada flight anda. Kalau nak save duit, tempah la flight awal. Kalau rasa nak rilek sikit, ambil waktu tengah hari dan petang. Ambil shuttle bus ke aiport dari Padang Merdeka. Bila dah sampai KLIA, maka tamatlah perjalanan anda menjejak puncak tertinggi antara Himalaya dan Papua New Guinea. Di bawah saya sertakan bajet yang anda perlu sediakan

DCIM101GOPROGOPR3694.
Puncak 🙂

Contoh :

Pakej 2D1N SSL : RM 509

Tiket Flight Return KL-KK-KL : RM 178 Return (Boleh dapat lagi murah kalau promo)

Shuttle Bus Airport-Padang Merdeka-Airport : RM 10

Transport KK-KP-KK : RM 40

Tahubang Lodge / J Residence: 90-99 /2 = RM 40-45 seorang

Entrance Kinabalu Park : RM 3

Permit mendaki : RM 50

Insurans : RM 7

Mountain Guide : RM 230/5(max) = RM46. Jadi kumpul la kawan dalam 5 orang untuk jimat.

Transport KP-Timpohon Gate-KP : RM 9

Locker bag : RM 12

Certificate : RM10.60

Penginapan di KK : RM 20

JUMLAH : RM 889.60.

*Nak murah lagi, book flight masa promo. Kalau ada kawan yang tinggal di KK atau Ranau, masa ni lah nak gunakan diorang haha.

* ada cara yang murah lagi, tapi itu memerlukan anda untuk masak sendiri di Laban Rata dan juga tidur di khemah. Saya tak sarankanlah melainkan anda memang berpengalaman. Saya pergi nak enjoy je haha.

 

Advertisements

9 thoughts on “BAGAIMANA MENDAKI GUNUNG KINABALU DENGAN BAJET BAWAH RM 1000 (All-in).

    1. Include lunchpack, penginapan di laban rata, buffet dinner, buffet supper sebelum summit attack dan breakfast masa di laban rata lepas turun dari puncak

  1. azlie

    if saya ikut cara bro ni…even sorang2 pun…boleh ke ? macam bro kan…duit guide bahagi 5 orang… so..if pergi sorg2… nti dkt sana…duit bayar guide…boleh share dgn org lain ke ?

    1. kena kaw tim dengan guide untuk campur dengan orang lain yang nak hike juga pada hari tu. Ada je orang buat. Ramai foreigner datang1-2 orang dan cuba untuk nego guna guide yang sama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s