Gunung Pulai & Gunung Baling

10-12 Disember 2015

Setelah disusun jadual dan ditolak tambah pelbagai faktor, akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertai trip ke Gunung Pulai dan Gunung Baling anjuran Komuniti Pendaki Malaysia. Trip ini merupakan trip persediaan sebelum aku ke Gunung Kinabalu pada hujung Disember semasa cuti krismas. Perancangan asal sepatutnya si amir hamzah akan teman aku sekali tapi tak jadi sebab kemalangan motosikal. Maka aku pun pergilah secara solo tanpa kenal sesiapa dalam trip tu kecuali Suhaimi, gogo event, yang merupakan orang sama yang guide kami masa Tabur Multipeak. Itupun bukan kenal sangat sebab ramai orang. Secara kebetulan, staf aku dekat pejabat ni akan bernikah pada hari Jumaat petang di Balik Pulau. Jadi aku pun ambil cuti sehari untuk hadir ke majlis pernikahan dia disebabkan aku tak dapat hadir majlis sebelah lelaki pada hari Krismas disebabkan misi Kinabalu aku.

DCIM101GOPROGOPR3285.
Dengan tuan rumah yang sudi pickup dan bawak jalan2 Penang

10 Disember 1145 malam, aku bertolak ke Pulau Pinang dengan bus Plusliner dari Stesen KTM Kuala Lumpur. Ini pun 1st time aku naik dekat sini. Baru tahu rupanya Plusliner memang ada Lounge dekat stesen KTM KL. Tak perlulah nak sussah-susah ke TBS. Tiket dibeli di KL Sentral beberapa hari sebelum. Bas tiba di stesen bas Sungai Nibong pada jam 4.45 pagi. Sementara menunggu waktu Subuh, aku pun melepak di surau. Usai solat, Muhsan , bakal doktor yang sedang bercuti semester pickup aku dan membawa aku ke rumah. Muhsan ni sedang di tahun 3 perubatan di India dan seorang kaki outdoor jugak. Jadi memang click lah walaupun itu baru 1st time jumpa secara face to face. Pagi itu aku hanya habiskan dengan berehat sebelum bersiap untuk solat Jumaat. Selesai solat, Muhsan menemani aku ke majlis pernikahan staf ofis aku. Majlis selesai, kami pun pi layan Pasembor Menari yang famous tu. Kalau dah datang Penang, memang makan je lah kan. Layan kopi di satu kafe yang aku tak ingat namanya dan last sekali pekena tandoori. Kira carbo loading lah sebelum nak mendaki esok ahaha. Aku pun berpisah dengan Muhsan di Terminal Jeti Georgetown di mana aku meneruskan perjalanan untuk ke Baling dengan seorang lagi peserta trip yang aku baru kenal melalui whatsapp group. Iswan namanya. Mujur lah ada  yang bergerak dari Penang juga kalau tidak aku kena naik bas loncat untuk ke sana. Kami tiba di stesen Petronas Baling kira-kira jam 2 pagi dan tidur di dalam kereta sambil menunggu peserta lain yang datang dengan bas dari KL.

DCIM101GOPROGOPR3294.
Masjid Kapitan Keling. Nasi Kandar Beratur yang femes tu ada sebelah masjid ni

 

11 Disember .

Jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di hadapan sekolah rendah di Kampung Pulai. Ada sedikit briefing dari penganjur sebelum kami semua mula mendaki kira-kira jam 8.30 pagi. Cuaca amat baik dan pemandangan sawah dan kerbau membajak sebelum sampai ke kaki gunung seolah-seolah seperti dalam telemovie raya . Trek Gunung Pulai ini mula2 memang terus pacak tak belanja langsung. Keadaan trek berbatu yang agak tajam dan berbahaya jika anda tak berhati-hati dalam menyusun langkah. Masa ni lah menyesal tak bawak gloves. Gloves akan sangat membantu terutamanya bila nak berpaut pada pokok dan batu2 yang ada. Jam 10.45 pagi kami sampai ke checkpoint rehat yang agak landai. Yang tak best nya ialah tiada tempat berteduh dari panas matahari yang mulai membahang. “Panas lit lit” orang Kedah kata. Pokok-pokok renek sahaja yang ada bila menghampiri puncak. Tak tahan duduk lama sebab panas, kami terus shoot puncak dan tiba pada jam 11.30 pagi. View puncak Pulai ni memang terbaik lah. 360 degree view di depan mata dan boleh lihat dengan jelas banjaran lain seperti Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa dari kejauhan. Jika berada di puncak memang kena berhati-hati sebab loose rock dan kawasan tidak luas.

DCIM101GOPROG1293406.
Puncak Gunung Pulai. Belakang tu Gunung Baling.

 

Perjalanan turun diteruskan kira2 jam 1 petang lepas puas bergambar dan lunch. Dia punya panas tu, ya Rabbi. Tambah pula dengan struktur gunung yang berbatu lantas menyerap lebih banyak haba. Memang koyak juga mental sebab panas giler. Akhirnya pada jam 4 petang kami sampai ke kaki gunung dan terus cari warung sebab kehausan dan lapar. Usai mengisi perut, kami menumpang fasiliti SK Pulai untuk mandi dan solat sebelum bergerak ke Lata Bayu untuk bermalam di air terjun. Hujan lebat sepanjang malam menemani kami pada malam itu.

12 Disember 2015.

Bangun pagi kira2 jam 4 pagi. Kelengkapan memang telah disiapkan sebelum tidur dan kami bergerak ke starting point Gunung Baling. Disebabkan masalah logistik (bayangkan yang join ada 50 orang) kami hanya mula mendaki selepas solat subuh walaupun plan asal untuk solat di pertengahan jalan.

Trek agak berlecak dan licin disebabkan hujan malam tadi. Mujur lah guna kasut getah jadi tak kisah sangat pasal lumpur. Yang guna kasut hiking biasa memang menangis la nak cuci balik. kayuh punya kayuh , sampai juga ke puncak dalam 7.45 pagi . Awan masih tebal pada masa itu. Walaupun tak dapat nak kejar sunrise, dapat view pun jadi lah. Lagipun kami antara group komersial yang terawal sampai ke sini.

DCIM101GOPROG1303416.
View 360 dengan awan kepul-kepul
DCIM101GOPROG1323439.
Daripada puncak

 

Selesai sarapan, kira2 jam 9 pagi kami turun semula ke bawah. Perjalanan turun as expected, memang licin gila. Siap ada yang main slide. Cuma 1 jam diperlukan untuk sampai ke bawah. Pekena teh tarik dekat warung seberang jalan dan kemudian kami berpatah balik ke Lata Bayu untuk mandi manda dan makan tengah hari.

DCIM101GOPROGOPR3443.
Layan ayaq terjunn

 

Dah puas berendam dan makan, maka kami pun memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan bas yang telah disewa. Entah pukul berapa sampai aku dah tak berapa ingat sebab post ni draf lama sangat hahaha.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s