Trans Chamah-Ulu Sepat 2016

Chamah-Ulu Sepat. 6-11 Februari 2016

To date, inilah ekspedisi paling mencabar aku pernah sertai. 6 hari 5 malam di dalam hutan dara di sempadan Kelantan-Perak. Tempat Harimau Malaya bersiar siar dan tempat lama komunis menyorok masa darurat. Biasanya orang simpan trip CUS ni last sekali untuk graduate G7 disebabkan tahap kesukarannnnnnya dan tempoh masa yang panjang, tapi aku pi bantai ni first trip G7 hahaha. Patutnya nak buat Trans Titiwangsa V1 oktober 2015 tapi last minit ada exam subjek master. Maka terpaksalah aku lipat si Muaz yang beria aku yakinkan untuk teman aku kah3. Sorry bro.

Maka persediaan pun dibuat sebelum trip dengan jogging dan hike kecilan di area Melawati. Nak dijadikan drama, boleh pulak kena bisul dekat punggung seminggu sebelum trip. Serius tak kelakar beb. Deposit dah bayar. Dan yang paling haru, aku dah yakinkan kawan sekolah rendah aku, Hakim untuk join sekali trip sebab aku tak kenal sangat pun organizer. Yang aku tahu nama dia Azim Afif dari Peak Journey dan sebab aku beria nak join trip dia ialah nak berkenalan team Everest UTM yang menjadikan trip CUS sebagai training sebelum ke Everest via Tibet (Dan mereka berjaya menjadi team Malaysia pertama menjejak Everest melalui jalan Tibet 4 bulan kemudian). Kelam kabut jumpa doktor minta ubat, siap buat bekam lagi oi. Tak baik jugak. Last sekali aku google2 ramai yang kata Koyok Cap Katak paling berkesan untuk Bisul. Ok gamble. Pack semua kelengkapan dan berdoa moga tak jadi pape.

5 Feb malam, semua berkumpul di UTM Semarak

Day 1 :
Kami tiba di Gua Musang jam 5.30 pagi dengan bas UTM. Xpdc dimulakan kira2 jam 9 pagi dengan perjalanan offroad 4wd dari Masjid Kuala Betis ke drop off point selama 3 jam yang penuh mencabar dengan jalan tanah merah yang berlumpur. Barai . Punggung dah tak rasa apa. Perjalanan disambung dengan trekking ke Kampung Orang Asli Rekom selama 4 jam setengah. Tiba di Kampung Rekom jam 5 dan bermalam.

P2080190.JPG
Kampung Rekom

Day 2 :

Inilah pendakian yang paling mencabar aku pernah rasa setakat ni. Terjaga pukul 4 pagi disebabkan ade kebocoran pada khemah. Tempat aku je pulak tu. Orang lain sedap je tido. Sleeping bag dah basah. Its okay bila kau barai lepas hiking, tapi kalau kau tak dapat makan dan rehat secukupnya, masa tu lah yang paling mental sekali. Aku dah terfikir turun Chamah nanti aku nak chow terus malas nak sambung ulu sepat mental punya pasal.

Daypack Kg Rekom-Puncak Chamah-Kg Rekom. Mula jam 8.15 pagi dan tiba di puncak jam 4.45 petang sebelum turun dan sampai semula Kg Rekom jam 1.30 pagi. Total masa naik dan turun kira2 17 jam dan jarak sekitar 19km. Plan asal ialah tidur di puncak tetapi diubah kepada daypack untuk mengelakkan kesesakan di puncak kerana ada group lain yang plan bermalam di sana. Hujan sepanjang hari dari pagi ke malam menambahkan lagi perisa dan keadaan trek yang lunyai melengkapkan lagi cabaran. Patutlah orang kata Chamah antara gunung paling sukar di Malaysia.

IMG_20160207_171106

Part paling mental ialah dari Anak Chamah nak ke puncak Chamah. Ingatkan dah dekat, rupanya ada 3 jam lagi. 7 puncak tipu. Sampai ke puncak jam 4.30 petang. Sejuk gila disebabkan hujan turun tak henti-henti walaupun tak lebat. Perjalanan turun pun menggugah jiwa jugak. Disebabkan trek dah barai atas faktor hujan, menggelongsor jatuh jadi perkara biasa. Memang penuh lumpur la baju dan seluar. Tapi, bila sampai je ke Kg Rekom jam 1.30 pagi, ada 1 kepuasan yang tak terkata, malah lebih lagi berbanding masa sampai puncak. Siap2 mandi dan makan. Disebabkan sleeping bag aku tak kering lagi, aku pergi menyelit tidur dalam rumah kosong tinggalan orang asli bersama guide Pak Kassim.

 

day 3 :

Kg Rekom-Kem Sg Peres. 5km perjalanan menempuh lumpur dan selut selama 5 jam daripada 11.30am-4.30am. Macam laluan babi hutan. Serius. Β Hari ke 3 lebih santai selepas berhempas pulas masa hari ke 2, tapi takde lah mudah. Kem Sg peres ada sungai yang agak besar jadi memang puas mandi manda.

day 4 :

Kem Peres-Kem Anak Peres-Kem Maggi – Kem Sempadan – Puncak View – Kem Sg Lepir. Perjalanan hari ke 4 mengambil masa hampir 10 jam dari 9.30am hingga 7pm. Cuaca yang baik memudahkan perjalanan. Boleh dikatakan trail hari ni memang best sebab penuh dengan mossy forest otw naik dan turun puncak view. Yang scary nya jugak, tahi2 & tapak gajah yang masih fresh pun banyak. Mujurlah tak terserempak πŸ˜‚. Hari ni juga menandakan kami telah melintasi sempadan Kelantan- Perak. Welcome to the SilverState

IMG_5497
Mossy forest yang memukau

Day 5 :

The ultimate day. Kem Sg Lepir – Puncak Ulu Sepat – Kem Sg Lenweng – Kg Lerlar. Perjalanan bermula jam 9am dan akhirnya pada jam 1230pm, puncak Gunung Ulu Sepat 2161m/7089ft berjaya dijejaki. Trek nak ke puncak ni memang mencanak kaw2 punya, tetapi view hutan tropika dia sangatlah win. Kalah Gunung Irau yang famous tu. Biasanya ramai pendaki akan grad G7 di sini. Tahniah kepadaΒ @yusnitarmiziΒ , liyana, Su & Dee .

G0238963.JPG
Puncak Ulu Sepat !

Lepas puas bergambar, kami turun dan sampai ke Kem Sg Lenweng jam 5pm utk solat dan recharge sebelum meneruskan perjalanan ke Kg Orang Asli Lerlar. Time ni lah kami kena game dengan Azim. Dia kata 3 jam rupanya 5 jam lebih ! Akhirnya pada jam 12.09am kami tiba di Kg Lerlar untuk malam terakhir xpdc. Malam tu kami tidur tak pasang fly pun sebab cuaca cerah dan langit terang. Literally 5 billion star view.

P_20160210_184052
Berjumpa dengan mereka buatkan kau tertanya, apa erti sebenar gembira ?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Day 6 :

The final day. Kami berkemas dan bersiap untuk meninggalkan Kg Lerlar dgn 4wd pada jam 10am. Perjalanan selama 30 minit melalui kampung2 orang asli dan disambung dengan perjalanan menggunakan bot selama 1 jam drpd Fort Kemar ke Pengkalan Trojan merentasi empangan Temenggor. Pemandangan yang cukup indah untuk pengakhiran satu xpdc yang hebat. Pada kira2 jam 1pm bas UTM tiba untuk membawa kami ke Kuala Lumpur dan kami selamat sampai ke KL pada jam 11pm.

G1854682.JPG
Pulang πŸ™‚
Advertisements

Waterfall Absailing & Flydrop Sungai Pisang

16 Jan 2015

Lepas terjah bukit di Sungai siput, maka aku menyambung aktiviti hujung minggu dengan waterfall absailing bersama syimir and co. Dah lama tengok di IG Pakatan Bejalan tapi tak sempat2 nak join. So bila si Syimir organize maka aku sebagai seorang kawan yang supportive pun join lah bagi memeriahkan majlis hahaha.

Malas nak tulis panjang2, ni pun draf lama. So enjoy the video