XPDC Stong – Baha -Ayam & Air terjun Jelawang

29 April – 2 May 2016

Alhamdulillah selesai lagi satu XPDC dalam kisah pengembaraan aku. Kali ni destinasi ialah Gunung Stong, Kelantan. Pada aku , Gunung Stong boleh dikategorikan sebagai wajib pergi bagi peminat aktiviti mendaki di Malaysia selain Ledang, CBL dan Tahan. Gunung ni terletak di dalam kawasan Taman Negeri Kelantan. Berdekatan dengan Gunung Stong terdapat juga gunung-gunung lain sepertiΒ Gunung Kob,Gunung Baha,Gunung Ayam,Gunung Saji,Gunung Tera,Gunung Che Tahir,Gunung Nyelit,Gunung Stong, dan Gunung Beirut. Biasanya trip yang akan ke puncak-puncak ni akan dipanggil Trans Jelawang dan biasanya mengambil masa 5 hari 4 malam dan berstatus hardcore. Untuk trip kali ni lebih kepada santai dan hanya akan singgah ke 3 puncak iaitu Stong, Baha dan Ayam .

Pre-departure, 29/04/2016 :

Berkumpul di LRT Gombak jam 12 malam sambil menunggu organizer si Syimir untuk sampai dari Melaka sambil kutip peserta-peserta lain along the way ke Gombak. Boleh pulak kereta exora yang nak disewa accident jadi terpaksa tukar ke Avanza. Mujur juga ada seorang peserta last minute yang sudi bawa kereta peribadi untuk konvoi bersama. Akhirnya selepas selesao bahagi ration, kami bertolak ke Kelantan jam 2.30 pagi.

Day 1 , 30/4/2016 :

Sampai di Gua Musang waktu subuh. Solat dan mengisi perut. Perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai ke Dabong. Aktiviti Caving dimulakan. Ini pertama kali untuk aku caving. Adalah sangat rugi jika travel jauh-jauh ke Kuala Krai tapi hanya mendaki Gunung Stong. Aku berjaya menghasut Syimir untuk masukkan sekali aktiviti caving dalam tentatif. Dalam jam 11.00 pagi kami memulakan aktiviti meneroka Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris.

 

IMG_6606
Keagungan ciptaan Tuhan

Selesai aktiviti caving, kami bergerak ke starting point dan memulakan proses pendakian ke Kem Baha. Perjalanan ke Kem Baha agak santai walaupun adalah pacak di beberapa tempat. Setelah perjalanan sekitar 2 jam setengah, maka kami pun sampai ke Kem Baha, basecamp untuk trip kali ini. 1st impression bila sampai sini, boleh dikatakan Kem Baha ni campsite gunung yang paling proper aku pernah jejak di semenanjung Malaysia. Kawasan luas, boleh muat dalam 100-200 orang dalam satu2 masa. Siap ada kedai cenderahati dengan tandas tu. Viewpoint dia pulak memang cun, jalan 3 minit je dari khemah. Air terjun tak payah cerita lah. memang terbaik. Jalan 10 minit je untuk pergi main slide, terjun tiruk bagai. Waktu malam , boleh lepak dekat viewpoint sambil layan bintang.

Day 2, 01/05/2016

DCIM101GOPROG2205550.

 

Selamat Hari Buruh ! Harini lah baru mendaki yang sebetulnya. Bangun pagi solat subuh dan kemudian semua menjamu mata menatap view sunrise Kem Baha yang famous tu. Sarapan dan kemudian kami memulakan misi menjejak 3 puncak iaitu Gunung Baha, Gunung Ayam, dan Gunung Stong bermula jam 9 pagi. Trek dia memang layan turun naik tapi takdelah pewai sangat , just nice even untuk beginner. Cuaca pun cun maka trek pun kering tanpa lumpur. Kami sampai semula ke kem Baha jam 9 malam. Walaupun penat, bila dah sampai kemsite dan makan dengan kawan2 semua tu terus lupa. Selesai mandi makan, semua ramai pakat dok lepak dekat viewpoint siap bawak sleeping bag. Main gitar, menyanyi, borak sampai 2-3 pagi. Memang kenangan yang sangatlah best πŸ˜€

Day 3 , 02/05/2016

IMG_6698
Pagi yang indah

Lepak layan sunrise lagi sambil minum teh o panas. Pergh. Memang layan beb. Memang chill gila. Hari ni memang takde apa dah just santai2 dan akan pergi main gelongsor air terjun. Time ni memang tiruk puas2, berendam sampai kecut. Dalam pukul 12 tengah hari, kami semua turun dari kem Baha ke car park sebelum terus ke KL untuk kembali ke rutin harian masing2.

Video second version from Akmal di bawah. Ni yang best bila ramai boleh buat video dalam satu trip

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s