Yong Yap Monsoon series 2016

11-12 November 2016

Satu Trip G7 untuk menutup kalendar gunung 2018. Beria aku hasut si Muaz untuk teman sekali join trip ni. Faktor lain juga ialah sebab nak test khemah 2 man tent yang baru dibeli dekat sports direct waktu promo. Tanpa fikir panjang terus sign up 2 minggu sebelum trip berjalan.

Perjalanan

1st day :

KL -Kampung Rengil – Simpang Y – Kem Agas – Kem Jeruk

Bergerak dengan Muaz daripada Taman Melati kira-kira jam 12 tengah malam. Terus tembak ke Masjid Kampung Raja, tempat berkumpul dan tidur sambil menunggu subuh. Usai subuh, terus beli packed lunch dan bergerak ke kampung Rengil secara konvoi.

Pendakian bermula sekitar jam 8.30 pagi. Trek Yong Yap ni memang terkenal dengan rentas sungai. Entah berapa puluh anak sungai yang direntas tak ingat. Nasib baik guna kasut getah, jadi takde masalah bila lenjan basah-basah. Trek hari pertama ni boleh dikatakan agak santai, cuma bila kena merangkak bawah buluh dengan backpack tu yang buat rasa nak menyumpah. Malam semua tidur awal disebabkan plan nak naik summit jam 3 pagi. Malam tu juga 1st time cuba khemah berbanding tidur bawah fly. Bagusnya, tak kena agas. Yang tak bagusnya, rasa sesak nafas. Rupanya untuk 2orang tidur dalam 2 man tent ni memang tak selesa. Tak tahu la mungkin sebab keadaan udara sekeliling yang lembab menyebabkan oksigen kurang.

WhatsApp Image 2016-12-19 at 8.29.10 AM
kampung Rengil – Starting Point
WhatsApp Image 2016-12-19 at 1.12.53 PM
Kem Y – Simpang ke Tok Nenek
WhatsApp Image 2016-12-18 at 9.01.59 PM
Kem Jeruk – Tempat Bermalam

2nd day :

Kem Jeruk – Balak pecah – Simpang YY -Puncak Yong Yap

Bangun jam 3.30. light breakfast dan shoot ke puncak. Trek lepas kem Jeruk ni memang pacak tak ingatlah. Lebih kepada memanjat akar dah rupanya, terutamanya selepas balak pecah. Solat Subuh di Balak Pecah. Akhirnya tiba di Puncak Yong Yap jam 7.45 pagi.

Dalam pukul 9 pagi semua turun ke kemsite dan tiba dalam jam 1. Kemas barang dan lunch. Bertolak keluar jam 2.30 petang. Tiba Kampung Rengil jam 8 malam dalam keadaan hujan lebat. Terus bersalin dan bergerak ke masjid Lojing untuk solat dan bersiap pulang ke KL.

Video trip as below :

Advertisements

Merdeka 59 Rinjani : Part 3

Pagi selepas tamat pendakian 4 hari 3 malam, kami semua ke air terjun Sendeng Gile dan air terjun Tiu Kelip. Masa ni lah nak berendam , regangkan otot-otot yang dah bekerja keras selama 4 hari. Terasa sungguh nikmatnya. Disebabkan kami datang masa weekdays, jadi air terjun tu memang kami lah yang conquer.

Lepas Zuhur, semua bertolak ke Pulau Gili Trawangan nak berjimba di pantai dengan menaiki bot, kecuali Alip yang balik awal disebabkan nak menghantar adiknya sambung belajar ke Korea. Uniknya Gili Trawangan ni, tidak ada satu pun kenderaan berenjin untuk menjaga kelestarian alam. Jadi semua orang berbasikal. Dekat sini juga tempat bermula trademark buaian di gigi pantai. Plan asal macam nak snorkelling beramai-ramai, tapi disebabkan semua dah barai, masing2 setuju untuk sewa basikal dan pusing keliling pulau sahaja. Cukuplah aktiviti di gunung. Dekat pantai nak rilek hahaha.

2 Ogos 2016, Separuh daripada lineup telah pun pulang ke tanah air manakala separuh lagi menyambung perjalanan ke pantai Kuta. Kuta Lombok ni boleh dikatakan sebagai hidden gem juga. Masa kami pergi tahun 2016 ni, memang tak ramai pelancong datang ke sini melainkan yang memang travel for extended period, sebab majoriti yang datang ke Lombok akan singgah ke Gili Trawangan. Dalam radius 20km dari pantai Kuta, ada banyak tarikan lain yang cantik2 seperti Bukit Merese, Tanjung Aan, pantai Mawun, dan pantai Selong Belanak. Kami sewa motor dan menjejak hampir semua tarikan utama di kawasan Kuta.

IMG_8931
Mawun Beach
IMG_8856
Kuta Beach
IMG_8876
Bukit Merese

8 hari di lombok, macam-macam kenangan dicipta dengan 19 orang sahabat pendaki ni. 1 trip yang akan kekal lama dalam ingatan. InsyaAllah, 1 hari nanti aku akan kembali semula ke Rinjani.

Kalau nak layan video, boleh ke sini :

Merdeka 59 Rinjani : Part 2

28 Ogos 2016

Selepas mendaftar di Pejabat Perhutanan Taman Negara Rinjani, pendakian dimulakan dari Pintu Masuk Pos Sembalun. Target ialah untuk sampai ke Plawangan Sembalun, campsite terakhir sebelum summit attack keesokan paginya. Keadaan trek pada 2 jam pertama adalah santai, menelusuri padang savannah yang menghijau menghiasi seluruh kawasan kaki bukit. Masa ni semua muka gembira dan setiap 100m berhenti tangkap gambar.

IMG_8146
Mendaftar di Pejabat Taman Negara

Selepas Pos 2, trek mula mencanak. Panas mentari mula membakar tika jam menghampiri pukul 12. Satu masalah bila trek savannah ni, pokok-pokok memang kurang jadi tempat nak berteduh pun kurang, maka berjemaahlah semua kena sunburn dan menyumpah panas hahaha. Sampai di pos 3, semua berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat jamak Zuhur dan asar.

IMG_8184
Mendaki bukan alasan untuk meninggalkan tiang agama

Selepas pos 3, inilah cabaran paling tough untuk hari pertama. Mendaki Tanjakan Penyesalan. Masa ni takde dah nak senyum. Semua muka seposen je mental layan pacak. Memang menyesal hahaha. trek agak licin berdebu. Aku sendiri tergolek 2 kali. Layan punya layan, sampailah juga ke campsite Plawangan Sembalun kira-kira jam 4 petang. Orang terakhir sampai ialah jam 5 petang. Performance yang mantap dari semua lineup. Masa ni lah aku terkejut. Sebab apa? sebab ni lah 1st time pergi mendaki, orang siapkan semua. Sampai je khemah dah siap pasang, siap ada mattress dengan sleeping bag dah siap susun weh. Patut lah harga dengan uncle premium sikit daripada operator lain, sebab layanan memang 1st class. “Teh atau kopi mas?” , itulah ungkapan mesra krew2 uncle di sini. Mintak je. Makan pun sedap. Apa yang aku nampak, krew2 uncle di Rinjani memang sangat terlatih. Aku boleh cakap macam ni sebab di Semeru dulu takde layanan gempak macam ni. Petang tu layan dinner dan sunset terindah dalam hidup. Serius, tak pernah dapat sunset se”Majestic” di plawangan Sembalun.

Jam 8.30 malam, semua dah masuk ke khemah untuk berehat dan tidur. Suhu sekitar 15c tetapi terasa sangat sejuk disebabkan angin yang bertiup sampai ke tulang. Aku se khemah dengan Alip dan Ameng. Nak berak pun boleh layan milky way terang benderang dekat sini. Zero light pollution.

Jam 1.30 pagi, semua dikejut bangun. Masing2 mengisi perut dengan sup yang disediakan oleh krew Uncle Karat. Jam 2.30 pagi, Summit attack bermula.

 

 

Trek berpasir melalui permatang hingga ke puncak. Semua gunung berapi mempunyai karakter begini dalam pendakian menuju ke puncak. Teringat kenangan ke puncak Mahameru, hampir serupa, cuma lebih teruk. 2 tapak ke depan setapak ke belakang. Rinjani ada permatang sekurang-kurangnya. Dalam kegelapan malam, penat mendaki diubati dengan keindahan lukisan sang Pencipta di langit yang indah.  Trek diterangi dengan kilauan headlamp pendaki. Langkah demi langkah dituruti. Ramai yang dah mula mental. Ada yang marah2 menyesal kenapa ikut trip. Bahahaha. Ada jugak yang mental dengan porter2 rinjani ni, sebab slumber je pakai seluar pendek, tshirt , dengan kain pelikat naik ke puncak. Koyak diorang.

Dalam 50m nak sampai summit kira2 pukul 4.45 (sunrise 5.15) , aku buat keputusan untuk tunggu yang lain dan biarkan yang nak terus ke puncak jalan dulu. Kali ni nak merasa tengok sunrise dekat permatang sebab dekat Mahameru dah merasa tengok di puncak. Memang indah. dalam jam 6 pagi, semua line up seramai 20 orang berjaya sampai ke puncak. alhamdulillah. Lineup terbaik yang aku pernah bersama 🙂

DSC00989
Sinaran mentari pagi menyinari hidupku. chewahh
m
#Merdeka59Rinjani
dav
insert your caption

Masing2 ambil peluang untuk bergambar sepuas-puasnya di puncak. Yang waghih, yang couple, yang team Malaysia, macam2 lah. Pukul 7.30 pagi, semua acah ski berlari menuruni pasir trek rinjani ke campsite. Lunch di campsite dan kemudian terus begerak ke Danau Segara Anak, tempat bercanda di malam hari.

Danau Segara Anak ni rasanya antara tasik paling cantik yang pernah aku jejak. Bukak pintu khemah view puncak rinjani, gunung baru jari, dan danau. Malam disinari bintang. Waktu pagi pula, boleh trekking dalam 10 minit mandi kolam air panas. Mana nak dapat tempat lain kan.

 

Berat rasanya nak tinggalkan Danau Segara Anak ni. Lepak 2 malam pun takpe. Perjalanan diteruskan ke Plawangan Senaru, tempat bermalam terakhir. Di sini, view sunset terbaik. Waktu malam, semua pakat baring luar khemah sambil berborak2 sampai pukul 1 pagi. Tak terkira tahi bintang yang melintas. Masa ni Ameng main peranan dia sebagai orang buat DSLR hahaha. Semua dapat 1 gambar background bintang.

Keesokan paginya, layan sunrise terakhir di Rinjani. Berat rasanya nak balik, dengan view cantik, dengan layanan tiptop dari Karat Adventure. Pukul 8 pagi, semua begerak turun dan kira-kira jam 2 petang, semua selamat keluar. Alhamdulillah misi #Merdeka59Rinjani sukses !


img_2517.jpg
Kenangan terindah 🙂

 

Kalau nak layan video, boleh ke sini :

Merdeka 59 Rinjani : Part 1

27 Augustus – 3 Sept 2016

We do not remember dayswe remember moments.” – Cesare Pavese

Kata-kata pujangga ini benar2 kena dengan apa yang aku lalui bersama 19 orang pengembara lain dari Tanah Melayu yang berpetualang ke sebuah pulau di Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Pulau Lombok namanya. Dan menjejak Puncak Dewi Anjani, Gunung Rinjani misinya.

Persiapan dibuat selama setahun , bermula sebaik sahaja pulang dari Puncak Mahameru, Surabaya pada September 2015. Aku jatuh cinta pandang pertama dengan keindahan gunung di Indonesia terutamanya di kawasan sekitar pulau Jawa. Struktur muka bumi dan landskap yang berbeza dengan Malaysia, terutamanya keindahan kawasan sekitar gunung berapi merupakan satu pengalaman yang membuatkan aku takjub. Maka, tanpa membuang masa, rencana terus diatur untuk mengajak teman2 untuk turut serta bersama aku pada Ogos 2016. #Merdeka59Rinjani pun tercipta . Sekali lagi, aku memilih Karat Adventure sebagai ground operator kami di Lombok, atas faktor pengalaman yang luas dan sudah “establish” di sana. Satu pilihan yang sangat tepat bagi aku.

Senarai asal peserta adalah 30 orang, dan ada 3 fotografer dan 1 videografer di dalamnya. Memang trip kali ini aku target untuk bawa orang media supaya hasil gambar dan video di tempat yang indah akan gempak. Tapi seperti trip2 sebelumnya, sudah pasti akan ada yang pullout (sebab itu aku shortlist kan 30 orang, sebab memang dah expect pullouts). daripada 4 orang yang ditarik untuk media, seorang berjaya make it to Lombok. Sifu Ameng lah orangnya. daripada 30, tinggal 20. Satu angka yang bagi aku memang ngam untuk bonding selama seminggu. Persediaan dari segi latihan fizikal dan alatan dibuat sepanjang tahun menjelang Ogos 2016. Ada juga yang buat kerja gila pergi ke Korbu Gayong 2 minggu sebelum trip. Sampai demam dan hampir bail out trip (yes nini im talking about u haha) .  Nasib baik uncle kata dah tak boleh refund so dia proceed jugak pergi.

Sampai ke hari perlepasan (27 Ogos 2016) , kami dibahagi kepada 2 group ( flight pagi dan petang). Drama pun bermula. Si Alip yang sangat biasa travel naik flight domestik kerana faktor kerja, dihalang masuk ke boarding gate disebabkan tak print boarding pass ( dia bawak tunjuk yang pdf online). Nak taknak kena pergi beratur dekat kiosk untuk print out boarding pass. Kami yang lain proceed masuk sebab que yang panjang. dan berharap alip dapat proceed . Masa nak boarding flight, berita yang sampai ialah Alip still tak dapat dimasuk kerana telah lepas cut off time boarding gate. oh shit. Arrangment semua dah siap kot dan duit dah dibayar. Kitorang telah bercakap, bersembang pasal Rinjani ni dari tahun lepas kot. Tak kan begini pengakhiran untuk alip ? Jadi harapan terakhir ialah berharap ada seat kosong untuk flight petang .

Kami yang daripada team flight pagi tiba di airport Lombok jam 1130 pagi waktu tempatan. Perkara pertama yang dicari ialah simkad. Ada 3 orang dah sampai lsehari awal dan sedang menunggu di situ iaitu Syimir, Boboi, dan Ameng. Diorang dah siap pi shopping barang outdoor. Arrangement asal ialah akan ada Pak Supir yang dihantar oleh Uncle Karat untuk pickup kami di airport. Aku ingatkan pak supir nya mungkin akan tunggu di arrival hall sambil pegang sepanduk atau kertas Karat Adventure, tapi tak berjumpa pula. Aku pulak tak terfikir nak minta nombor supir daripada uncle. Jadi aku pun cuba contact uncle tapi tak berbalas (Uncle tengah bawak orang di gunung, so memang takde line) . Ah sudah. Macam mana nak ke guesthouse Senaru ni. Kalau ikut google maps perjalanan dalam 2 jam. Tunggu punya tunggu Pak Supir tak ditemukan. Hujan pula lebat mencurah-curah. Kami semua dah di luar airport jadi tak boleh masuk semula dan terpaksa menunggu di perhentian teksi dan bas. Sejukkk. Akhirnya, aku buat keputusan untuk kami ramai2 charter van ke lokasi bermalam setelah 3 jam menunggu.

DCIM102GOPROGOPR6042.
Menunggu supir di sebalik hujan lebat
IMG_8103
Masa otw ke guesthouse berhenti tepi jalan melayan sunset yang indah

 

Perjalanan ke Senaru Guesthouse sepatutnya mengambil masa 2 jam setengah sahaja tapi bila 3 jam masih tak sampai-sampai lagi. Kami pun dah pelik. Jalan dah la macam ular kena palu. Si Syimir dah mental dan mabuk sampai aku pun kena marah sebab seronok tengok bintang di langit padahal dia tengah weng hahaha. Rupa-rupanya, supir van ni tak tahu pun lokasi . Sepatutnya ke Senaru dia bawak ke Sembalun. Patut la tak sampai. Hampeh sungguh. Maka kami pun bukak google maps dan tembak ke arah lokasi. Akhirnya jam 8 malam kami sampai ke guesthouse dan Uncle pun dah menunggu. Rupanya, supir asal memang dah ada di airport semasa kami tiba tengah hari tadi tapi dia tak tahu macam mana nak contact kami. Tak mengapalah malas nak panjang cerita Unlce pun belanja kami dinner malam tu, yang tak termasuk dalam pakej. tak lama lepas kami sampai , group flight petang pun sampai. Si Alip berjaya juga untuk sampai setelah ada passenger yang tak check in flight petang, so dia dapat juga naik . Memang last minute sungguh. Bila aku tanya harga berapa, dia taknak jawab. Cukuplah dia kata mahal tapi yang penting bersama kitorang. Haha salute lah Alip.

IMG_8117
Briefing pendakian daripada Uncle

Bersambung …

Kalau nak layan video, boleh ke sini :