XPD Gunung Korbu & Gunung Gayong 22-24 Sept 2017

⛺Korbu Gayong 3h2mlm🌄..

Trip ni merupakan trip redah bagi aku. Timing tarikh da cantik cuma tak kenal sesiapa , cuma kenal gogo KPM gitu2 sebab pernah ikut trip dia pergi Gunung Pulai & Baling tahun 2015. Tapi apa ada hal masa ni lah buat kawan. Gerak ke Ipoh pun menumpang orang jugak.

🎯HARI PERTAMA
8.30am-berkumpul di pintu masuk empangan. Isi Declaration Form dekat Pejabat Hutan. Lepas tu terpaksa menunggu staf Lembaga Air untuk buka pintu empangan. Hareyy betul 10.45am baru dia bukak.

11.15am-start trekking

1.20pm- air terjun termin. Makan tengah hari dan solat jamak di sini.

DCIM103GOPROGOPR0264.

2.20pm – Bergerak ke kem Seroja. Lepas air terjun ni memang trek pacak dan pacak.

3.15am – Sampai ke kem Seroja. Campsite yang luas. Rehat 5 min sebelum sambung perjalanan.

4.57pm – Sampai ke Kem Kijang. Kem yang asal telah habis musnah disebabkan kepala air. Jadi pendaki yang bermalam di sini akan memasang khemah di tepi sungai asal yang telah dipenuhi batu. Sumber air masih ada dan kalau nak mandi pun masih selesa.

DCIM103GOPROGOPR0245.

Dinner jam 9 malam sebelum rehat dan tidur. Agas memang cari pasal untuk berperang dengan aku waktu nak tidur. Mujur ada ubat nyamuk. Organizer bagitahu akan start summit attack pukul 4 pagi

🎯HARI KEDUA

Sembang memang pukul 4 nak mula gerak. Tapi faham2 la Malaysian timing.
5.33am- start trekking
6.40am- last waterpoint
7.30am-puncak botak. Sarapan. Nampak la pangok nak ke Korbu tu

DCIM103GOPROGOPR0170.
Nampak Korbu dekat belakang tu?
WhatsApp Image 2017-09-25 at 12.01.40 PM
Nampak tak pacak dia macam mana.

8.30am-puncak chuban

 

9.00am – Puncak Korbu. Akhirnya sampai juga ke puncak tertinggi negeri Perak yang tercinta. Ada 2 kumpulan yang berkhemah dekat puncak . Rehat

DCIM103GOPROGOPR0230.
Alhamdulillah !

10.00am- start trekking ke gayong
12.30pm -Puncak Gayong. Puncak ke 4 tertinggi di semenanjung Malaysia.

WhatsApp Image 2017-09-25 at 12.20.55 PM

1.00pm -Patah balik ke Korbu. Perut dah lapar gila. Ikut perancangan asal lunch dekat puncak Korbu.
3.00pm- Sampai puncak Korbu. Dimaklumkan yang kena turun ke puncak Botak untuk dapatkan lunch sebab gogo tak larat ang angkut sampai puncak barang2 lunch tu. Aduhai. Frust betul sebab dah bajet kudapan dan air dengan anggapan akan lunch dekat puncak Korbu. Frust punya pasal, aku tidur dekat Puncak Korbu. Pewai.
3.30ptg-Bergerak ke Puncak Botak
4.30ptg-Sampai ke puncak Botak. baru merasa late lunch. lembik dah rasa. Habis lunch terus shoot separa berlari ke Kem Kijang.

5.50 pm : sampai ke campsite Kem Kijang. Lega sungguh rasanya. Mandi dan berehat sambil menunggu dinner

🎯Last day
8.00 am-breakfast
9.00 am-kemas camp site
10.00 am-gerak trun ke starting point
1.00pm-air terjun termin
-lunch,mandi
2.30pm-gerak turun
4.30pm-parking keta..
-bersurai….

Alhamdulillah sudah 6 G7 yang dijejak. Tinggal Gunung Tahan untuk graduation…

Advertisements

Yong Belar – Charlie – 3 Boundaries (YB3B Reverse) 2017

Cuti panjang Hari Wilayah dan Raya Cina kembali lagi. Tahun lepas, berkesempatan untuk ke trans Chamah Ulu Sepat. Jadi aku pun dok pulun untuk cuba buat trip Trans Titiwangsa V1. Malangnya, tiada kepastian mengenai tarikh hutan simpan Perak dibuka semula oleh Jabatan Hutan Perak (sebab Korbu dan Gayong dalam Perak). Ada yang kata Mac baru buka, ada yang kata Feb dah buka. Untuk elak risiko, maka aku dan Syimir buat keputusan untuk buat Trip Yong Belar – Charlie – 3 Boundaries via Pelaur Waterfall. Tarikan trip ni? Pelaur Waterfall tu haa yang baru sahaja dibuka jalannya. Yong Belar bawah jabatan hutan Kelantan jadi urusan lebih mudah dan hutan tak ditutup
27 Jan 2017. Jumaat

2300 : Berkumpul di terminal PUTRA LRT TMN MELATI GOMBAK
2359 : Bergerak ke Kg Raja cameron Highland

Macam biasa, bila tiba hari jumaat malam, LRT Gombak akan penuh dengan pendaki2 yang berkumpul untuk berkonvoi ke destinasi pendakian masing-masing. Sebenarnya hati cuak jugak sebagai gogo disebabkan musim tengkujuh yang melanda tidak menentu aturannya.

28/01/2017 Sabtu

0300 : Tiba di RnR Simpang Pulai untuk rehat dan packed lunch.

0400 : Bila baru nak bergerak naik ke Kampung Raja, CH, dapat call daripada guider, Abg Zack Azhar, yang dia kemalangan bersama dengan krew dia yang sepatutnya jadi sweeper. Jeng Kreng. Aku inform Syimir dan kami diamkan dulu sambil memikirkan solusi. Semua terus bergerak ke Masjid Kampung Raja.

0630 : sarapan/solat subuh di Masjid Kampung Raja

Aku dan Syimir terus bergerak jumpa dengan Guider. Krew dia memang out injured. Guider ni pun macam injured jugak tapi dia insist kata boleh proceed sebagai sweeper. Makanya dia pun roger kenalan2 dia yang boleh jadi backup guider. Datang si Epol dari Tebing Tinggi Backpacker sebagai guider pengganti. Harga memang lain lah kan sebab last minit tapi nak buat macam mana tak kan nak cancel trip so proceed.

0830 : Bergerak ke SK Kampung Raja –

Di sini aku pun terangkan kepada line up mengenai situasi sebenar. Maka bermulalah penantian menunggu Abg Zack ni setelkan hal kemalangan dia. 1 jam, 2 jam, 3 jam, akhirnya jam 12 baru dia respon balik. mungkin juga dia tak tahu nak jawab apa tu yang malas nak jawab panggilan setiap 30 minit kami.

WhatsApp Image 2018-11-27 at 2.52.38 PM

1300 : menaiki 4WD ke Blue valley dam
1400 : Mula mendaki. Masa ni berbelah bahagi sama ada nak buat YB single atau proceed buat circle. Setelah berbincang, maka kami teruskan dengan misi asal dan memang menjangkakan OT hari ni.
1630 : Tiba di Puncak 6040
1815 : Tiba di Puncak 3 Negeri . Solat Jamak Zuhur dan Asar

WhatsApp Image 2018-11-27 at 2.52.39 PM (2)
Puncak 3 Negeri

2100 : Tiba di puncak Charlie.terpisah group depan dan belakang. Angin kuat gila. Kami yang group depan menunggu hampir 1 jam untuk group belakang sampai. Masa ni lah antara kenangan paling lawak. semua menyandar pada badan member sebab nak kumpul haba.

2200 : bergerak ke kem gurkha yang terkenal dengan angker nya hehe.
0000 : tiba dan bermalam di kem gurkha. Group belakang tiba hampir sejam lewat. Pelik juga padahal turun dari puncak Charlie sama2 dan jarak tak sepatutnya terlalu jauh. Bila mereka sampai, mereka bagitahu yang mereka ada jerit nama kami dan ada yang menyahur. Masalahnya kami yang dah sampai di Kem Gurkha tak dengar apa pun? misteri Nusantara ……

29/01/2016 Ahad

0600-1000 : sarapan/solat subuh/berehat.

Bila dah OT hari pertama, biasanya penyakit tu akan berjangkit ke hari seterusnya. Disebabkan penat menunggu dan habis lambat hari pertama, hari kedua kami start trekking lambat. Mujur juga , takde pengalaman angker bermalam di Gurkha. Tapi nak turun sorang2 ke sungai tu seram jugak lah.

1100 : Mula mendaki ke puncak yong belar. Melalui 3 puncak helipad. Mujur cuaca baik. Cuma adalah renyai sekejap. Tak terkira berapa banyak batu sempadan yang dilalui. Betul lah orang kata trek dari Gurkha nak ke Puncak YB ni panjang.

1900 : tiba di puncak Yong belar. Yang awal sempat dapat awan karpet. Sorang2 sampai. Plan asal nak bermalam di Kem Kasut. Tapi bila 10pm masih ada lagi yang belum sampai, termasuklah chef Diba dan penolongnya Zal, maka keputusan diambil untuk setup campsite di puncak. Yang bawak ration penting pun tak sampai lagi hahaha barai betul. Air pulak tak cukup sebab plan nak refill di Kem Kasut.
2300 : Chef baru sampai. masa ni dah tak lapar dah cuma rasa nak tidur je. Bedal jugaklah ayam yang dah siap digoreng yang sepatutnya jadi menu malam tu.

WhatsApp Image 2018-11-27 at 2.52.38 PM (1)
sedih betul tengok gambar makan ayam gooreng ni kah3

0000 : orang terakhir sampai. Seperti dijangka, kakinya cedera. Salute kepada si Syimir yang sabar sebagai sweeper di belakang. Bukan calang2 orang boleh jadi sweeper untuk trip bermalam.

30/01/2016 Isnin

0600-0800 : Solat Subuh. Masa ni buat julung kalinya, puncak Yong Belar tak dilitupi kabus. Memang view terbaik pagi tu. Lupa yang tak makan berat lagi dari malam tadi.

WhatsApp Image 2017-01-31 at 9.52.30 PM

WhatsApp Image 2018-11-27 at 2.52.39 PM (3)

Berbekalkan saki baki air yang ada daripada lineup, Diba berjaya menyediakan maggi telur yang terasa sangatlah sedap pagi tu. Jadilah sorang merasa 3 suap sebelum turun.
0830 : Turun ke kem Kasut
0930 : tiba di Kem Kasut. Masa ni sesi menghabiskan ration yang tak jadi guna semalam dan ration hari ni.
1300 : Bergerak daripada Kem Kasut
1630 : tiba di Pelaur Waterfall. Mandi manda sejukkan badan. Campsite dia lapang dan memang nice untuk lepak sini.

1715 : tiba di Kem Tudung Periuk. Regroup. Solat. Sambung perjalanan.

2000 : masih belum tiba. Guider bagi option naik 4wd di pintu rimba dan bukan di tangga paip. Tambah rm15 seorang. Disebabkan ramai yang dah barai, maka semua bersetuju naik 4wd.

2100 : tiba di pintu rimba. lepak kat pondok dekat kebun sayur menunggu 4wd yang tak sampai2.

2230 : akhirnya 4wd sampai juga. Pishang gila menunggu dekat kebun sayur tu. Perjalanan hampir sejam untuk ke SK Kampung Raja.

1130 : Sampai ke SK kampung Raja. Akhirnya. Habis mandi dan bersihkan diri, masing2 mengucapkan salam perpisahan dan membawa haluan masing2. Aku pula menumpang si Iswan ke Ipoh dan tidur di Hotel bajet malam tu kerana keesokan paginya naik bas ke Teluk Intan.

Meh layan video trip