Why am I doing all these ?

Not one,two or three, but a lot of peoples asked me why i troubled  myself on the weekend to hike all these mountains, to enter deep into the forest, and forking out money some more to make myself tired. Well, this comic best explains why

167_mallory

Credit : Gavin from Zenpencil for the awesome illustration.

 

Advertisements

Singa Sepakat, Felidae Berdaulat

Dalam sebuah rimba, haiwan-haiwan dari biological family Felidae tiba -tiba bersepakat dan melaungkan,

“Singa Sepakat, Felidae Berdaulat!”

Haiwan-haiwan lain seperti jaguar, cheetah dan kucing berasa hairan dengan laungan bersifat perkauman dan assabiah oleh kaum singa itu.

Kata ketua puak singa,
“Kita bukannya ingin menafikan kaum-kaum lain dari family felidae ini. Sebenarnya, kita hendak mengurangkan kerugian yang terhasil apabila kaum singa bergaduh sesama sendiri”

Kata ketua puak harimau pula,
“Betul tu. Bagi menjaga kemaslahatan untuk seluruh family felidae, adalah sangat baik jika puak singa dapat bersatu kerana mereka adalah kaum dominan dan paling berkuasa dalam family felidae ini.

Mendengar hujah itu, ketua kaum kucing pun menambah,
” Saya juga setuju. Jika kamu sebagai kaum paling berkuasa berpecah, bagaimanakah family felidae ini akan dipandang mulia? Spesis lain akan memandang hina kepada felidae, kononnya family felidae ini memang suka berpecah dan tidak bersatu. Maka mereka akan mula meletakkan kaum serigala dari family canidae pula sebagai raja rimba!”

Mendengar perbincangan itu, ketua kaum ocelot pula berkata,
” Saya akhirnya faham, bahawa kesatuan oleh kaum singa yang memegang tampuk kuasa pemerintahan family felidae dan seluruh rimba ini adalah sangat penting. Kerana jika mereka tidak bersepakat, tidak stabil, maka kesannya akan dirasa oleh seluruh kaum felidae dan keseluruhan rimba ini”

Ketua puak cougar mencelah,
“Kita tak mahu nanti ada dari kaum felidae yang terhapus dari muka bumi dan hanya tinggal sejarah. Masih ingatkah kalian akan kaum Smilodon yang dikenali juga sebagai saber-toothed cat?”

 

Perbincangan demi perbincangan diadakan bagi membuktikan lojik bahawa kesatuan dalam mencapai matlamat adalah sangat penting manakala perpecahan tidak akan membawa kebaikan malah mengundang keburukan dan menambah kekuatan pihak yang ingin mengambil kesempatan. Ketua kaum singa masih tegar mengajak kaumnya bersatu demi mendaulatkan family felidae, walaupun di sepanjang usahanya itu, banyak perselisihan timbul akibat prasangka dan sikap “menjatuhkan hukuman sebelum memeriksa dengan baik sesuatu slogan”

MSIB
DAULAT 812

Nota kaki dari wikipedia :
*Felidae is the biological family of the cats; a member of this family is called a felid. Extant felids belong to one of two subfamilies: Pantherinae (which includes the tiger, the lion, the jaguar, and the leopard), and Felinae (which includes the cougar, the cheetah, the lynxes, the ocelot, and the domestic cat).
*Canidae ( /ˈkænɨdiː/) [2] is the biological family of carnivorous and omnivorous mammals that includes wolves, foxes, jackals, coyotes, and domestic dogs. A member of this family is called a canid (/ˈkeɪnɨd/)

 

My Virgin Full Marathon : PBIM 2017

26 Nov 2017

Pertama kali sertai acara larian jarak jauh ialah di PBIM juga, pada tahun 2010 (10km) masa baru mula2 masuk Universiti. It takes me 7 years to come back here. Dalam masa tu, macam2 jadi. Sempat lah ligamen ankle koyak, graduate uni, masuk kerja, dan start running balik tahun lepas.

Sepatutnya join dengan kawan seorang lagi, tapi dia boleh bailout pulak 2 minggu sebelum event. Tinggal lah aku seorang. Tapi aku dah tekad by hook or by crook kena buat jugak FM kali ni sebelum mula hidup baru hehe. Gerak ke Bukit Mertajam pada hari Sabtu dengan menaiki bas. Di situ, batchmate RMC, Al Hafiz yang kerja dekat sana menunggu untuk pickup dan bermalam di rumah dia sebelum race. Dia masuk 21km. Malam tu sempat bedal nasi kandar dulu sebagai carbo loading. Balik rumam member dan cuba untuk tidur. Truth is, tak boleh tidur sangat pun bila kau dah pump up for event. Tidur2 ayam je.

Pukul 12 malam bangun, dan bersiap untuk bergerak ke starting point. 1.30am, pserta FM dilepaskan. Masa 100m pertama , aku perasan seorang uncle yang berlari sambil bawak radio. Lagu semua old school habis. maka aku pun try follow pace dia santai dan bersembang. Rupanya event ni FM dia yang ke 102. Umur dia 68 tahun. Serius kagum aku. Dia cakap kat aku, dia tak laju, tapi kalau follow pace dia, konfem habis by 6 hours. Maka aku pun dengar cakap dia dan maintain berlari bersama sampai km 30. Masa tu jam pukul 5.30am dan sudah masuk waktu subuh. Aku pun berpisah dengan uncle tu dan pada masa yang sama rasa happy gila sebab tinggal 12 km je dan ade 3 jam lagi sebelum Cut off times. Maka aku mengambil masa untuk solat dan rehat sekejap sebelum meneruskan larian.

dilarang berhenti
Masa ni je boleh berhenti tangkap gambar. Waktu lain mana boleh haha

12km yang terakhir aku tidaklah push untuk laju mengejar masa walaupun boleh sebab target daripada awal hanya untuk habiskan sebelum 7 jam dan taknak ada kecederaan. dan akhirnya sekitar jam 8am aku berjaya melintasi garisan penamat dan menyempurnakan salah satu impian hidup #wishlist .

Pengalaman virgin FM yang sangat menarik. Syukur berjaya habis within target ( 6 jam 26 minit lepas tolak 10 minit break solat) dan tanpa sebarang cramp atau injury. Pacing dengan uncle tadi memang sangat membantu. Kepada sesiapa yang nak buat FM buat kali pertama, sangatlah disarankan untuk buat di PBIM kerana starting time yang awal dan penganjur yang berpengalaman. 

PBIM 2017

View this post on Instagram

Sedikit coretan Full Marathon #PBIM2017 . 🏃🏻 Sepatutnya, aku berlari dengan seorang rakan lain untuk FM pertama kami, tapi atas sebab tertentu, dia bail out 2 minggu sebelum event. Maka aku pun terpaksalah menghadap 42km ni sorang2. Tapi nasib baik, masa 100m pertama aku perasan seorang uncle cina umur 60an yang siap pasang speaker dalam pouch bag dia sambil berlari santai. Maka aku pun follow lah dia dari km1 sampailah km30 sebelum aku berhenti solat. Serius uncle ni memang steady gila. PBIM2017 ni FM dia yang ke 108. Mula2 tu aku dan dia je lari sama2, lepas dah km20 dan naik jambatan, makin ramai yang join gerombolan kami dan sepanjang 30km dengan uncle memang fun. Dia steady je lari sambil gelak2 dan borak2 dengan runners lain. Banyak jugak tips dan cerita dia kongsi sepanjang 4 jam lari bersama macam atok dengan cucu. Dan untuk itu, aku memang sangat terhutang budi dengan dia. #fullmarathoner #stravarun #30harimencaricinta

A post shared by Farhan Nasri (@opfarhan) on