XPDC Semeru Bromo 2015 : Ranu Kumbolo – Bromo – Bandung

Kami meninggalkan ranu Kumbolo dengan hati yang berat pada pagi itu untuk meneruskan perjalanan pulang ke HomestayRanu Pane. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sebaik sampai, kami terus berkemas dan bergerak menuju ke Kawasan tanah tinggi Bromo. Kami sampai agak lewat pada jam 7 petang dan kami menginap di sebuah chalet yang disediakan penganjur.

Pada jam 2 pagi, kami bergerak ke Gunung Penanjakan untuk misi mengejar Sunrise dengan kenderaan pacuan 4 roda. Boleh dikatakan kawasan ini sangat popular dan padat dengan pengunjung walaupun pada hari bekerja. Kopi panas terasa sungguh nikmat dalam keadaan yang sejuk disitu. Dari puncak Penanjakan, jelas kelihatan Gunung Bromo dan Gunung Semeru dari kejauhan.

DSC02851
Matahari terbit di ufuk timur
DSC02815
Indah 🙂
IMG_2055
Ramai betul orang.
IMG_2095
Port Rahsia untuk ambil gambar di Penanjakan. Tak ramai yang tahu spot ni 😛

Selesai menikmati sunrise di Penanjakan, kami bergerak dengan 4WD ke Pasir Berbisik dan Bromo. Di situ nanti akan ada option untuk menaiki kuda atau berjalan kaki ke Bromo , dengan jarak sekitar 700 meter.

IMG_2183
Pemandangan dari puncak Bromo. Leisure hike. Naik tangga je

Selesai bergambar, kami pun bergerak ke Bandar Surabaya dan bermalam di sana. Aktiviti malam, lepak makan ABC special Surabaya (esok semua sakit perut haha) dan singgah ke kedai outdoor. Outdoor gear di Indonesia memang lebih murah dengan brand yang trustworthy seperti Eiger dan Consina.

Last day in Surabaya, kami pun berpisah . Ada yang balik Malaysia, Amir Hamzah ke Jogja, manakali aku dan Idzham Ke bandung dengan menaiki keretapi selama 14 jam. Di Bandung, ada kenalan student Malaysia di sana yang menjadi host kami berdua.

IMG_2262
Lepak rumah student
IMG_2274
Toko Buku Palasari, Syurga pencari buku di Kota Bandung
IMG_2278
Toko Eiger terbesar di Indonesia terletak di Bandung

 

Sewaktu di Bandung , sebenarnya kami dah tak larat dah nak jalan2 sangat. Next time, letak gunung sebagai tentatif terakhir sebab impak pendakian mungkin menyebabkan anda tak begitu bertenaga untuk buat aktiviti lain selepas itu. 2 hari 1 malam di Bandung, dan akhirnya kami pulang ke Tanah air tercinta Malaysia.

Di bawah merupakan rangkuman perjalanan kami sepanjang di Indonesia :

Thanks !

Advertisements

XPDC Semeru Bromo 2015 : Puncak – Ranu Kumbolo

Tiada perasaan yang boleh digambarkan bila kaki berjaya menjejak bumbung kepulauan Jawa ini setelah 5 jam 30 minit bertarung dengan kepenatan dan debu gunung berapi. Puncak Mahameru, segagah namanya. Memang betul-betul menguji sesiapa yang berkehendaki untuk sampai ke sini. Segala kepenatan terus dilupai apabila sampai ke puncak. Amir, Salam, Kak Chik  telahpun sampai setengah jam lebih awal, kira2 jam 4.45 pagi. Matahari masih lagi malu-malu untuk keluar ketika ini. Letusan asap menyambut ketibaan kami di puncak. Tak pernah terjangkau oleh fikiran yang aku akan sampai ke puncak gunung berapi yang masih aktif ni.

DCIM100GOPROGOPR0552.
Menuju puncak

 

DSC02710
Alhamdulillah. 3676 metres above the sea level

Sambil menunggu ahli XPDC yang lain sampai, kami yang sudah di atas mengambil peluang untuk bergambar. Keadaan puncak adalah gersang hanya dipenuhi pasir dan batu. Dari puncak kelihatan jelas gunung-gunung lain seperti Prau,Merbabu, Sumbing dan Sindoro. Ahli XPDC terakhir sampai kira-kira jam 6.30 pagi. Boleh dikatakan kumpulan kami merupakan kumpulan terpantas untuk pendakian hari itu. Setiap 15-30 minit akan berlaku letusan yang mengeluarkan debu dan asap .

DCIM100GOPROGOPR0479.
Sunrise  🙂 Di puncak inilah aktivis tersohor, Soe Hok Gie menghembuskan nafas terakhir akibat terhidu gas beracun.

 

boom
Boom !!

Selesai sesi foto , kami start turun ke bawah jam 7.30 pagi. Perjalanan turun hanya mengambil masa 1 ke 1 jam setengah. Waktu turun dah macam serupa main ski disebabkan keadaan berpasir yang membolehkan pendaki turun dengan laju. Sesampai sahaja di Kalimati, Kak Aishah sudah menunggu dengan sarapan yang terhidang. Selesai sarapan, semua peserta tidur untuk recharge tenaga sebelum turun ke Ranu Kumbolo.

IMG_1776
Selamat tinggal Mahameru 🙂
IMG_1790
Savannah seluas mata memandang

Jam 1 petang, kami bergerak turun ke Ranu Kumbolo untuk bermalam di situ. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam setengah. Rasa lega dan puas kerana puncak telahpun dijejaki, dan sekarang pula akan menikmati keindahan Ranu Kumbolo. Keadaan di sini nyaman dan apabila malam, suhu mencecah 0 celcius. Memang sejuk sampai ke tulang. Belum lagi waktu nak ambil wuduk. Niat nak tengok milky way waktu malam, tapi sudahnya duduk dalam khemah sebab sejuk sangat. Waktu paling indah tentulah sunrise. Sepanjang hidupku, aku rasa inilah sunrise terindah yang pernah aku lihat.

 

DCIM100GOPROG0300561.
Keindahan Ranu Kumbolu dari Tanjakan Cinta
IMG_1854.JPG
No words can describe this

IMG_1938

photo_2016-02-03_17-06-20
Bayangkan bangun pagi dengan view macam ni ? Kredit photo : Dhan

XPDC Semeru Bromo : Ranu Pane > Kalimati > Summit Attack

13 Sept 2015

Kami dibangunkan dengan kedinginan pagi yang mencengkam. Subuh yang awal betul2 menguji diri dan untuk ambil wudhu sahaja sudah menjadi satu masalah. Selesai subuh, kami terus membawa barang2 hiking ke tempat sarapan dan mengisi perut di situ. Sambil menunggu peserta yang lain datang ke tempat taklimat, aku mengambil kesempatan untuk meninjau pemandangan sekitar Ranu Pane. Di sini saja sudah sangat cantik , apatah lagi bila sudah sampai Ranu Kumbolo nanti, getus hatiku. Taklimat diberikan oleh Renjer Taman Negara. Kira-kira jam 9 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Kalimati.

IMG_1491
Ranu Pane. Tenang lagi menenangkan
DSC02602
Titik permulaan. Rindu pada mereka2 ini

Terdapat 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo. Trekking pada waktu ini boleh dikatakan agak santai. Laluan trek juga dilindungi pokok-pokok yang menjadi peneduh sepanjang perjalanan. Trek berjalan kaki di sini memang jelas dan tak perlu melalui semak samun seperti hutan di Semenanjung Malaysia. Puncak Mahameru juga kelihatan dari kejauhan. Menariknya, di setiap pos pasti ada gerai orang berniaga makanan. Ini sesuatu yang baru bagi kami kerana tak sangka dalam mendaki pun ada tempat menjual makanan sepanjang perjalanan. Kami tiba di Ranu Kumbolu kira2 jam 1 petang dan berhenti untuk solat dan makan tengah hari. Perasaan kagum dan takjub menular apabila tiba di sini. Tak sangka sampai juga ke sini . Ini semua gara2 filem 5cm. Memang indah seperti yang digambarkan dalam filem tersebut. Di sinilah juga terletaknya Tanjakan Cinta yang menjadi lagenda orang tempatan. Saat melalui Tanjakan Cinta, para pendaki dilarang untuk  menoleh ke belakang. Kalau menoleh, konon Anda akan putus cinta!

“Legenda bermain di sini. Konon, ada dua sejoli yang sudah bertunangan mendaki Gunung Semeru. Saat lewat tanjakan ini, sang pria jalan lebih dulu dan tiba di atas bukit tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Namun sang perempuan keletihan, jatuh terguling, kemudian meninggal dunia.

Itulah kenapa, mitos yang beredar, pendaki yang memikirkan pasangannya dan berhasil melewati Tanjakan Cinta tanpa menoleh ke belakang, akan berjodoh dan cintanya akan abadi. Sebaliknya, kalau di tengah jalan ia menoleh ke belakang, hubungan percintaan konon akan putus.”

IMG_1552
Puncak Mahameru dari kejauhan. Indah
DCIM100GOPROG0180384.
Tanjakan Cinta.

Sejam kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kalimati. Dalam perjalanan ke Kalimati , kami melalui Oro-Oro Ombo, sebuah padang savannah yang terbentang luas. Tapi sayang kami datang pada musim kering. Jika datang ke sini sekitar April-Jun, padang savannah ini akan dipenuhi dengan lavender berwarna ungu. Walaupun begitu, pemandangan yang ada tetap memukau sesiapa sahaja yang melihat. Terasa seperti berada di Europa. Kami tiba di Kalimati kira-kira jam 5 petang. Khemah pun dipasang dan makanan malam pun disediakan. Mula jam 5.45 petang matahari mula terbenam dan keadaan mulai sejuk. Bintang-bintang mula kelihatan dan kira2 jam 7.30 malam , Galaksi Bima Sakti boleh jelas dilihat dengan pandangan mata kasar. Sungguh, inilah pemandangan langit yang terindah dalam hidupku.

DCIM100GOPROG0230444.
Oro-Oro Ombo
IMG_1648
Kalimati. Basecamp sebelum summit attack. Mahameru tampak gagah
DSC02687
The 5 Billion star hotel

Setelah tidur kira2 3 jam dari jam 8 malam, Kak Aishah mengejutkan kami semua pada jam 11 malam untuk bersiap bagi Summit Attack. Ini pengalaman pertama aku untuk Summit attack pada tengah malam. Sejuknya jangan cerita lah. Buka gloves seminit pun boleh membuatkan tangan kebas. Kami dijamu dengan sup ayam dan teh O panas sebelum memulakan summit attack. Jam 11.45 malam, pendakian paling mencabar dalam XPDC ini pun bermula.

1 jam yang pertama, trek masih lagi bertanah dan dilindungi pokok-pokok tinggi. Checkpoint terakhir iaitu Argopuro menandakan pendakian pasir akan bermula. Disinilah cabaran sebenar untuk menakluki puncak Mahameru bermula. Selepas sahaja Argopuro, pendakian curam 70 degree terbentang di hadapan mata. Yang paling menduga ialah keadaan sekeliling yang berpasir dan berdebu. Adalah wajib untuk pendaki memakai mask atau apa2 sahaja penutup mulut untuk mengelakkan debu daripada masuk ke rongga2 badan. Setiap 2 langkah ke hadapan, anda akan akan jatuh satu langkah ke belakang disebabkan pasir yang separas pergelangan kaki. Di sini tongkat atau walking stick sangatlah membantu untuk mara ke hadapan. Kalau tidak pergerakan ke atas akan menjadi sangat sangat sukar. Tak pernah aku merasa pendakian sesukar ini. Mental ? memang koyak. Mujurlah ada Idzham yang menjadi buddy sepanjang summit attack. Masuk jam ke 3, kami bertembung dengan Afif dan Lah. Dari situ kami berempat mendaki bersama. Jam Suunto Afif menjadi benchmark. Setiap 50 meter elevation, kami akan berhenti 5 minit.

Di ketinggian 3600m puncak semakin jelas kelihatan. Maka aku dan Idzham membuat keputusan  untuk melakukan final push, untuk mengejar sunrise, lalu meninggalkan Afif dan Lah di belakang. Pada waktu itu , horizon pagi semakin jelas kelihatan dari tebing tempat kami mendaki. Akhirnya, pada jam 5.15 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki ke puncak Mahameru, puncak tertinggi seluruh Jawa.