BAGAIMANA MENDAKI GUNUNG KINABALU DENGAN BAJET BAWAH RM 1000 (All-in).

Ramai  yang ingin mendaki Gunung Kinabalu tetapi tidak tahu cara. Tak kurang juga ada isu dengan penganjur , nak buat trip private tapi cuma ada 3-4 orang dll. Di sini saya ingin kongsikan cara D.I.Y untuk mendaki Gunung Kinabalu secara bajet (Ala-ala backpackers gitu) bawah RM 1000 termasuk flight . Ini berdasarkan pengalaman saya ke sana pada bulan Disember 2015 lepas. Di sini saya ingatkan cara di bawah adalah cara backpackers dan D.I.Y , maka sudah tentu ada beberapa perkara yang tak sebaik jika anda gunakan agensi. Sebutharga di bawah adalah berdasarkan harga terkini yang saya periksa (rate baru 2016) .

Pertama sekali , anda kenalah lakukan tempahan pendakian dengan Sutera Sanctuary Lodge (SSL). SSL adalah syarikat yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan Kinabalu Park (KP). Jadi kalau anda guna travel agency sekalipun, mereka juga berurusan dengan pihak SSL juga. Adalah sangat tidak disarankan untuk sampai ke Sabah baru nak tempah kerana jumlah pendaki setiap hari sekarang telah terhad kepada 100 sahaja, jadi besar kemungkinan tempahan last minute takkan berhasil. Di sini anda boleh tempah pakej 2 hari 1 malam dengan SSL yang berharga RM509.00 . Saya sarankan anda check dulu harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Dapat tarikh dan harga yang cun , hubungi SSL untuk buat tempahan. Kalau ada kekosongan baru proceed tempah slot pendakian dan tiket penerbangan. Saya sarankan anda perlukan tempoh masa 4 hari 3 malam pergi balik supaya tak terlalu terkejar-kejar dan elakkan kemungkinan terlepas flight. Saya akan kongsikan contoh itinerary di bawah :

Day 1 : Departure and Arrival

Flight Air Asia AK 5110 0630AM. Sampai di KK jam 0930AM. Sampai di airport, anda boleh ambil shuttle bus ke Stesen Bas Padang Merdeka dengan harga RM 5. Di sini anda boleh menaiki bas (lebih kepada van loncat sebenarnya) untuk ke Kinabalu Park yang berharga RM 20-25. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam +-. Anda boleh makan tengah hari di kedai sekitar Padang Merdeka.  Anggaran masa anda tiba lebih kurang jam 3pm. Di sini anda boleh tempah mana-mana chalet atau lodge bajet berhampiran KP seperti Tahubang Lodge,J Residence,Jungle Jack Backpacker dan Kinabalu Mountain Lodge. Contoh macam di Tahubang Lodge harga rm99 satu bilik. Kalau kongsi 2 atau 3 orang dah tentu lebih murah . Lebih dekat dekat dengan KP lagi bagus supaya pagi esoknya anda boleh jalan kaki sahaja ke sana. Untuk makan malam ada restoran di depan KP. Kalau nak jimat bungkus siap-siap dari KK. Bermalam.

Day 2 : Start Hike

Bangun awal pagi untuk bersiap dan sarapan (boleh bawak roti dari KK). Dalam 7.30AM terus ke KP untuk pendaftaran dan bayaran beberapa jenis fees. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa bayaran tambahan yang tak termasuk dalam pakej SSL seperti entrance (RM 7) ,permit mendaki (RM50 rate baru 1 Jan 2016) ,insurans (RM 7) , guide (RM 230/5 = RM46),transport ke Timpohon Gate untuk mula pendakian dan selepas (RM4.50 X 2 = RM9). Anda  boleh simpan bagpack anda yang besar gedabak tu di locker di KP dengan harga RM12 dan hanya bawa beg kecil daypack untuk ke atas. Bawa barang yang perlu sahaja seperti jaket untuk summit attack awal pagi esoknya, lunchpack (dah masuk dalam pakej), berus gigi, air semasa nak laban rata dan snack ringan. Perkara lain seperti tuala,selimut dan makanan semua disediakan di Laban Rata.

Sampai di Laban Rata, anda boleh nikmati buffet dinner sepuas hati anda sebab dah include dalam pakej. Masa ni saya makan kawkaw kononnya carbo loading lah kan padahal sebab dah include dalam pakej. Kambing bakar, daging salai ,ayam semua adalah dan anda boleh hantam sepuasnya. Tapi kalau lemau esoknya nak ke summit jangan salahkan saya haha.  Anda akan tidur di dorm dan boleh mandi air panas di guesthouse.

Day 3 : Summit Attack.

Bangun jam 1.30 pagi. Bersiap dengan pakaian summit attack dan supper (masuk dalam pakej).Boleh tinggal barang di dorm (atas risiko sendiri). Anda wajib makan kalau tak nak semput dan pitam. Serius. Jam 2.30am mula mendaki. Anda akan berjaya merealisasikan impian anda, iaitu menjejak kaki ke puncak Kinabalu dalam masa 3-4 jam.  Dah puas selfie semua, turun semula ke Laban Rata dalam 1 jam lebih dan sarapan (dalam pakej). Anda kena tinggalkan Laban Rata sebelum jam 10.30AM. Kalau sampai awal di LR boleh lah nak mandi dulu. Saya sempat tidursekejap sebelum turun ke KP.

Anda kemungkinan akan tiba di KP pada jam 12-3pm. Kutip sijil dan selfie. Buffet Lunch (dalam pakej) dan bedal lah puas-puas sebagai ganjaran. Habis lunch, anda boleh bergerak ke depan Kinabalu Park untuk tunggu bas/van untuk ke KK. Part ni yang tricky sikit sebab kadang-kadang bas atau van penuh. Kalau anda cukup sempoi, tahan je mana-mana 4WD yang lalu depan KP menuju ke KK dan tumpang belakang 4WD. Dahjimat duit. Itu yang saya dan 2 lagi rakan saya buat. Orang Sabah memang baik-baik dan ramai yang guna 4WD sebab faktor geografi.

Sampai di KK petang atau malam jadi bermalamlah di mana-mana backpackers hostel. Banyak dekat Gaya Street dengan kos RM20 semalam. Agoda,Trivago ada jadi manfaatkan lah. Malam tu nak pergi bedal seafood ke apa terpulang sebab semuanya walking distance dari Gaya Street.

Day 4 : Return with glory

Anda boleh jalan2 sekitar KK bergantung kepada flight anda. Kalau nak save duit, tempah la flight awal. Kalau rasa nak rilek sikit, ambil waktu tengah hari dan petang. Ambil shuttle bus ke aiport dari Padang Merdeka. Bila dah sampai KLIA, maka tamatlah perjalanan anda menjejak puncak tertinggi antara Himalaya dan Papua New Guinea. Di bawah saya sertakan bajet yang anda perlu sediakan

DCIM101GOPROGOPR3694.
Puncak 🙂

Contoh :

Pakej 2D1N SSL : RM 509

Tiket Flight Return KL-KK-KL : RM 178 Return (Boleh dapat lagi murah kalau promo)

Shuttle Bus Airport-Padang Merdeka-Airport : RM 10

Transport KK-KP-KK : RM 40

Tahubang Lodge / J Residence: 90-99 /2 = RM 40-45 seorang

Entrance Kinabalu Park : RM 3

Permit mendaki : RM 50

Insurans : RM 7

Mountain Guide : RM 230/5(max) = RM46. Jadi kumpul la kawan dalam 5 orang untuk jimat.

Transport KP-Timpohon Gate-KP : RM 9

Locker bag : RM 12

Certificate : RM10.60

Penginapan di KK : RM 20

JUMLAH : RM 889.60.

*Nak murah lagi, book flight masa promo. Kalau ada kawan yang tinggal di KK atau Ranau, masa ni lah nak gunakan diorang haha.

* ada cara yang murah lagi, tapi itu memerlukan anda untuk masak sendiri di Laban Rata dan juga tidur di khemah. Saya tak sarankanlah melainkan anda memang berpengalaman. Saya pergi nak enjoy je haha.

 

XPDC Semeru Bromo 2015 : Ranu Kumbolo – Bromo – Bandung

Kami meninggalkan ranu Kumbolo dengan hati yang berat pada pagi itu untuk meneruskan perjalanan pulang ke HomestayRanu Pane. Perjalanan mengambil masa kira-kira 3 jam. Sebaik sampai, kami terus berkemas dan bergerak menuju ke Kawasan tanah tinggi Bromo. Kami sampai agak lewat pada jam 7 petang dan kami menginap di sebuah chalet yang disediakan penganjur.

Pada jam 2 pagi, kami bergerak ke Gunung Penanjakan untuk misi mengejar Sunrise dengan kenderaan pacuan 4 roda. Boleh dikatakan kawasan ini sangat popular dan padat dengan pengunjung walaupun pada hari bekerja. Kopi panas terasa sungguh nikmat dalam keadaan yang sejuk disitu. Dari puncak Penanjakan, jelas kelihatan Gunung Bromo dan Gunung Semeru dari kejauhan.

DSC02851
Matahari terbit di ufuk timur
DSC02815
Indah 🙂
IMG_2055
Ramai betul orang.
IMG_2095
Port Rahsia untuk ambil gambar di Penanjakan. Tak ramai yang tahu spot ni 😛

Selesai menikmati sunrise di Penanjakan, kami bergerak dengan 4WD ke Pasir Berbisik dan Bromo. Di situ nanti akan ada option untuk menaiki kuda atau berjalan kaki ke Bromo , dengan jarak sekitar 700 meter.

IMG_2183
Pemandangan dari puncak Bromo. Leisure hike. Naik tangga je

Selesai bergambar, kami pun bergerak ke Bandar Surabaya dan bermalam di sana. Aktiviti malam, lepak makan ABC special Surabaya (esok semua sakit perut haha) dan singgah ke kedai outdoor. Outdoor gear di Indonesia memang lebih murah dengan brand yang trustworthy seperti Eiger dan Consina.

Last day in Surabaya, kami pun berpisah . Ada yang balik Malaysia, Amir Hamzah ke Jogja, manakali aku dan Idzham Ke bandung dengan menaiki keretapi selama 14 jam. Di Bandung, ada kenalan student Malaysia di sana yang menjadi host kami berdua.

IMG_2262
Lepak rumah student
IMG_2274
Toko Buku Palasari, Syurga pencari buku di Kota Bandung
IMG_2278
Toko Eiger terbesar di Indonesia terletak di Bandung

 

Sewaktu di Bandung , sebenarnya kami dah tak larat dah nak jalan2 sangat. Next time, letak gunung sebagai tentatif terakhir sebab impak pendakian mungkin menyebabkan anda tak begitu bertenaga untuk buat aktiviti lain selepas itu. 2 hari 1 malam di Bandung, dan akhirnya kami pulang ke Tanah air tercinta Malaysia.

Di bawah merupakan rangkuman perjalanan kami sepanjang di Indonesia :

Thanks !

XPDC Semeru Bromo 2015 : Puncak – Ranu Kumbolo

Tiada perasaan yang boleh digambarkan bila kaki berjaya menjejak bumbung kepulauan Jawa ini setelah 5 jam 30 minit bertarung dengan kepenatan dan debu gunung berapi. Puncak Mahameru, segagah namanya. Memang betul-betul menguji sesiapa yang berkehendaki untuk sampai ke sini. Segala kepenatan terus dilupai apabila sampai ke puncak. Amir, Salam, Kak Chik  telahpun sampai setengah jam lebih awal, kira2 jam 4.45 pagi. Matahari masih lagi malu-malu untuk keluar ketika ini. Letusan asap menyambut ketibaan kami di puncak. Tak pernah terjangkau oleh fikiran yang aku akan sampai ke puncak gunung berapi yang masih aktif ni.

DCIM100GOPROGOPR0552.
Menuju puncak

 

DSC02710
Alhamdulillah. 3676 metres above the sea level

Sambil menunggu ahli XPDC yang lain sampai, kami yang sudah di atas mengambil peluang untuk bergambar. Keadaan puncak adalah gersang hanya dipenuhi pasir dan batu. Dari puncak kelihatan jelas gunung-gunung lain seperti Prau,Merbabu, Sumbing dan Sindoro. Ahli XPDC terakhir sampai kira-kira jam 6.30 pagi. Boleh dikatakan kumpulan kami merupakan kumpulan terpantas untuk pendakian hari itu. Setiap 15-30 minit akan berlaku letusan yang mengeluarkan debu dan asap .

DCIM100GOPROGOPR0479.
Sunrise  🙂 Di puncak inilah aktivis tersohor, Soe Hok Gie menghembuskan nafas terakhir akibat terhidu gas beracun.

 

boom
Boom !!

Selesai sesi foto , kami start turun ke bawah jam 7.30 pagi. Perjalanan turun hanya mengambil masa 1 ke 1 jam setengah. Waktu turun dah macam serupa main ski disebabkan keadaan berpasir yang membolehkan pendaki turun dengan laju. Sesampai sahaja di Kalimati, Kak Aishah sudah menunggu dengan sarapan yang terhidang. Selesai sarapan, semua peserta tidur untuk recharge tenaga sebelum turun ke Ranu Kumbolo.

IMG_1776
Selamat tinggal Mahameru 🙂
IMG_1790
Savannah seluas mata memandang

Jam 1 petang, kami bergerak turun ke Ranu Kumbolo untuk bermalam di situ. Perjalanan mengambil masa hanya 2 jam setengah. Rasa lega dan puas kerana puncak telahpun dijejaki, dan sekarang pula akan menikmati keindahan Ranu Kumbolo. Keadaan di sini nyaman dan apabila malam, suhu mencecah 0 celcius. Memang sejuk sampai ke tulang. Belum lagi waktu nak ambil wuduk. Niat nak tengok milky way waktu malam, tapi sudahnya duduk dalam khemah sebab sejuk sangat. Waktu paling indah tentulah sunrise. Sepanjang hidupku, aku rasa inilah sunrise terindah yang pernah aku lihat.

 

DCIM100GOPROG0300561.
Keindahan Ranu Kumbolu dari Tanjakan Cinta
IMG_1854.JPG
No words can describe this

IMG_1938

photo_2016-02-03_17-06-20
Bayangkan bangun pagi dengan view macam ni ? Kredit photo : Dhan

XPDC Semeru Bromo : Ranu Pane > Kalimati > Summit Attack

13 Sept 2015

Kami dibangunkan dengan kedinginan pagi yang mencengkam. Subuh yang awal betul2 menguji diri dan untuk ambil wudhu sahaja sudah menjadi satu masalah. Selesai subuh, kami terus membawa barang2 hiking ke tempat sarapan dan mengisi perut di situ. Sambil menunggu peserta yang lain datang ke tempat taklimat, aku mengambil kesempatan untuk meninjau pemandangan sekitar Ranu Pane. Di sini saja sudah sangat cantik , apatah lagi bila sudah sampai Ranu Kumbolo nanti, getus hatiku. Taklimat diberikan oleh Renjer Taman Negara. Kira-kira jam 9 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Kalimati.

IMG_1491
Ranu Pane. Tenang lagi menenangkan
DSC02602
Titik permulaan. Rindu pada mereka2 ini

Terdapat 3 pos yang perlu dilalui sebelum sampai ke Ranu Kumbolo. Trekking pada waktu ini boleh dikatakan agak santai. Laluan trek juga dilindungi pokok-pokok yang menjadi peneduh sepanjang perjalanan. Trek berjalan kaki di sini memang jelas dan tak perlu melalui semak samun seperti hutan di Semenanjung Malaysia. Puncak Mahameru juga kelihatan dari kejauhan. Menariknya, di setiap pos pasti ada gerai orang berniaga makanan. Ini sesuatu yang baru bagi kami kerana tak sangka dalam mendaki pun ada tempat menjual makanan sepanjang perjalanan. Kami tiba di Ranu Kumbolu kira2 jam 1 petang dan berhenti untuk solat dan makan tengah hari. Perasaan kagum dan takjub menular apabila tiba di sini. Tak sangka sampai juga ke sini . Ini semua gara2 filem 5cm. Memang indah seperti yang digambarkan dalam filem tersebut. Di sinilah juga terletaknya Tanjakan Cinta yang menjadi lagenda orang tempatan. Saat melalui Tanjakan Cinta, para pendaki dilarang untuk  menoleh ke belakang. Kalau menoleh, konon Anda akan putus cinta!

“Legenda bermain di sini. Konon, ada dua sejoli yang sudah bertunangan mendaki Gunung Semeru. Saat lewat tanjakan ini, sang pria jalan lebih dulu dan tiba di atas bukit tanpa menoleh sedikit pun ke belakang. Namun sang perempuan keletihan, jatuh terguling, kemudian meninggal dunia.

Itulah kenapa, mitos yang beredar, pendaki yang memikirkan pasangannya dan berhasil melewati Tanjakan Cinta tanpa menoleh ke belakang, akan berjodoh dan cintanya akan abadi. Sebaliknya, kalau di tengah jalan ia menoleh ke belakang, hubungan percintaan konon akan putus.”

IMG_1552
Puncak Mahameru dari kejauhan. Indah
DCIM100GOPROG0180384.
Tanjakan Cinta.

Sejam kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Kalimati. Dalam perjalanan ke Kalimati , kami melalui Oro-Oro Ombo, sebuah padang savannah yang terbentang luas. Tapi sayang kami datang pada musim kering. Jika datang ke sini sekitar April-Jun, padang savannah ini akan dipenuhi dengan lavender berwarna ungu. Walaupun begitu, pemandangan yang ada tetap memukau sesiapa sahaja yang melihat. Terasa seperti berada di Europa. Kami tiba di Kalimati kira-kira jam 5 petang. Khemah pun dipasang dan makanan malam pun disediakan. Mula jam 5.45 petang matahari mula terbenam dan keadaan mulai sejuk. Bintang-bintang mula kelihatan dan kira2 jam 7.30 malam , Galaksi Bima Sakti boleh jelas dilihat dengan pandangan mata kasar. Sungguh, inilah pemandangan langit yang terindah dalam hidupku.

DCIM100GOPROG0230444.
Oro-Oro Ombo
IMG_1648
Kalimati. Basecamp sebelum summit attack. Mahameru tampak gagah
DSC02687
The 5 Billion star hotel

Setelah tidur kira2 3 jam dari jam 8 malam, Kak Aishah mengejutkan kami semua pada jam 11 malam untuk bersiap bagi Summit Attack. Ini pengalaman pertama aku untuk Summit attack pada tengah malam. Sejuknya jangan cerita lah. Buka gloves seminit pun boleh membuatkan tangan kebas. Kami dijamu dengan sup ayam dan teh O panas sebelum memulakan summit attack. Jam 11.45 malam, pendakian paling mencabar dalam XPDC ini pun bermula.

1 jam yang pertama, trek masih lagi bertanah dan dilindungi pokok-pokok tinggi. Checkpoint terakhir iaitu Argopuro menandakan pendakian pasir akan bermula. Disinilah cabaran sebenar untuk menakluki puncak Mahameru bermula. Selepas sahaja Argopuro, pendakian curam 70 degree terbentang di hadapan mata. Yang paling menduga ialah keadaan sekeliling yang berpasir dan berdebu. Adalah wajib untuk pendaki memakai mask atau apa2 sahaja penutup mulut untuk mengelakkan debu daripada masuk ke rongga2 badan. Setiap 2 langkah ke hadapan, anda akan akan jatuh satu langkah ke belakang disebabkan pasir yang separas pergelangan kaki. Di sini tongkat atau walking stick sangatlah membantu untuk mara ke hadapan. Kalau tidak pergerakan ke atas akan menjadi sangat sangat sukar. Tak pernah aku merasa pendakian sesukar ini. Mental ? memang koyak. Mujurlah ada Idzham yang menjadi buddy sepanjang summit attack. Masuk jam ke 3, kami bertembung dengan Afif dan Lah. Dari situ kami berempat mendaki bersama. Jam Suunto Afif menjadi benchmark. Setiap 50 meter elevation, kami akan berhenti 5 minit.

Di ketinggian 3600m puncak semakin jelas kelihatan. Maka aku dan Idzham membuat keputusan  untuk melakukan final push, untuk mengejar sunrise, lalu meninggalkan Afif dan Lah di belakang. Pada waktu itu , horizon pagi semakin jelas kelihatan dari tebing tempat kami mendaki. Akhirnya, pada jam 5.15 pagi, aku berjaya menjejakkan kaki ke puncak Mahameru, puncak tertinggi seluruh Jawa.

 

XPDC Semeru-Bromo 2015 : Departure & Arrival

11-12 September 2015,Jumaat-Sabtu

Today is the day. 7 bulan punya plan akan jadi kenyataan.Gara-gara flight malam ni, aku skip townhall Division untuk siapkan mana-mana kerja yang tertangguh. Nak cuti seminggu kan. Tepat jam 5, terus punch card untuk balik rumah untuk last preparation. Malam sebelum tu tidur pukul 3 gara-gara packing backpack dan alatan. Sampai je rumah terus bersiap. 2 orang yang aku berjaya hasut untuk ikut sekali trip ni, Amir dan Am, dah pun bersiap. Jam 7 petang kaki melangkah ke luar rumah menuju ke Stesen LRT Taman Melati , untuk ke KLIA2 via ERL Ekspress KL Sentral. Flight malam ni jam 10.25 malam. Sesampai sahaja di KLIA, kami terus check in luggage dan menunggu pesawat untuk berlepas. Kami tak tahu akan ada kejutan malam tu

IMG_1378
My gear. Investment ni 
DCIM100GOPROG0020242.
Sebelum Berlepas, Muka excited semua 

Jam 00.05 , pesawat AirAsia QZ327 selamat mendarat di Bandar Udara Internasional Juanda. Disebabkan plan adalah untuk tidur di airport, maka kami tidaklah tergesa-gesa untuk ambil luggage dan membuat keputusan untuk musolla. Musolla di airport Surabaya sangat banyak. Setiap 100m pasti berjumpa. Dan berbeza di Malaysia, musolla di sini tiada tirai atau pengasingan antara lelaki dan perempuan. Selepas beberapa ketika, kami pun ke tempat kutipan bagasi. Tunggu punya tunggu, hanya 2 beg yang muncul. Backpack Amir tak kunjung tiba. Hampir sahaja aku bertekak dengan pegawai imigresen yang bersikap acuh tak acuh terhadap masalah kami. Bila ditanya pegawai Air Asia, katanya backpack Amir tertinggal di KLIA2 dan akan dihantar bersama pesawat pagi esok. Ok fine. Kami pun beredar dan bergerak ke musolla lain di airport untuk berehat dan tidur. Bagusnya di airport ni wifi takde password, jadi bolehla update keadaan kami dengan trip member yang lain yang akan bergerak dengan flight awal pagi.

Azan subuh berkumandang jam 4.30 pagi. Maka kami pun menunaikan tuntutan hidup seorang muslim secara berjemaah sebelum sambung balik tidur. Lama lagi nak tunggu pagi. Kami bangun semula jam 7.30 pagi dan mula merayau mencari tempat untuk sarapan. Masa tengah sarapan, panggilan daripada ketua XPDC, Afif, masuk ke dalam telefon ku. Maka kami pun bergegas ke depan entrance airport dan memaklumkan kepada Uncle Karat dan Afif mengenai perihal backpack Amir. Maka sekali lagi kami ke kaunter pertanyaan AirAsia dan jawapan yang kami dapat adalah menghampakan. Tiada bayangan backpack dan pihak AirAsia memaklumkan mungkin bagasi masih lagi di KL. Mati akal Amir dibuatnya. Dah la ini 1st trip gunung dia (sebelum ni dia dah naik Bukit Kutu, dan dia insist yang tu gunung jugak hahaha), barang-barang semua baru beli (Backpack,kasut,gloves,pole etc) .  Mujurlah Uncle Karat ada bawak barang spare(barang dia sebenarnya) maka semua barang spare (kasut,glove,backpack,pole,hiking shoe,baselayer,cap,stokin,) semua dibagi pada Amir. Kalau tak kempunan lah Amir nak naik Semeru :D. Maka kami 12 orang beserta Kak Aishah(isteri Uncle Karat) dan 2 orang guide warga Indonesia pun meneruskan perjalanan ke Taman Negara dengan van yang telah disewa.

IMG_1388
Uncle karat came to the rescue ! 

Perjalanan ke Taman Negara Nasional Bromo Tengger Semeru memakan masa yang agak lama. Kami berhenti untuk makan dan solat di pekan Probolinggo dan membeli simkad hp di situ. Adalah dinasihatkan untuk mengambil simkad telkomsel kerana coverage nya yang lebih luas dan laju. Akhirnya kami tiba di Desa Ranu Pane, basecamp pendakian kira-kira jam 7.30 malam. Suasana memang sudah gelap seperti 10 malam waktu Malaysia, dan suhunya sangatlah sejuk, dalam 10-15 celcius. Sampai ke tulang beb. Baru basecamp ni. Kami check in dan dinner sebelum mendengar taklimat daripada Kak Aisyah dan Guider mengenai pendakian esok hari.

IMG_1410
Dinner time. Carbo loading. 

 

Gunung Nuang Daypack Trip

22 Ogos 2015

Alhamdulillah satu lagi gunung berjaya ditawan dalam perjalanan menuju ke Semeru ni. Plan last minute untuk join sekali trip kelab AAC MMU Cyber untuk ke Gunung Nuang via Pangsun trail. Sepatutnya seminggu sebelum tu dah plan nak join satu open trip dekat facebook group HACAM ke Yong Belar, so at least sebelum ke Semeru dapat la test satu G7. Tapi pengumuman last minute dari team IRIS Institute nak buat 1st ever retreat pada tarikh yang sama, jadi terpaksalah utamakan perkara yang lebih penting. Lepas raya pun memang tak daki mana-mana gunung lagi. Pergi ke Tabur je lah sebab dekat dengan rumah (10 minit ke kaki bukit).

Jadi pada hari kejadian, seperti yang dirancang dengan team AAC MMU, aku dan Muaz gerak sendiri ke Hutan Lipur Pangsun kira-kira jam 5.30 pagi. And as usual , team AAC tak sampai lagi dari Cyberjaya. Jadi kami solat subuh dahulu sambil menunggu mereka.  Dalam jam 6.30 pagi yang lain sampai dan tanpa buang masa kami memanaskan badan sambil mendengar taklimat dari abang guider. Yuran penyertaan sebanyak RM25 yang dibayar merangkumi permit, guide, dan juga breakfast+lunch. Jadi rasanya memang sangat ok especially untuk yang baru 1st time nak naik Nuang.

IMG_0791
Laluan perjalanan

Jam 7 pagi, pendakian bermula. Sejam pertama trekking adalah laluan 4WD  menuju ke Kem Lolo. Sepanjang trekking ada wakaf-wakaf yang menjadi penanda jarak dari tempat mula. Kami sampai ke Kem Lolo jam 8.30 pagi dan berehat di situ sambil menikmati packed breakfast yang disediakan penganjur. Disebabkan jumlah peserta yang agak ramai (dalam 30 orang) maka tempoh menunggu orang di belakang agak lama. Orang terakhir sampai ke kem Lolo jam 9.15.  Aku sebenarnya terkejut jugak bila dapat tahu AAC MMU ni buat trip induction kelab dekat Nuang. Gila kau baru masuk terus Nuang (Daypack via pangsun somemore). Try la Broga dulu ke kan. Tapi tak apa lah kelab diorang aku pun dah graduate nak tumpang sekaki je haha.

IMG_0797

9.30 pagi, shoot ke Kem Pacat. Masa ni dah mula la trail yang pacak memacak meruntum jiwa. Masa ni ok lagi boleh steady lagi cucuk pacer. Si Muaz pulak tak nak kalah nak duduk depan je. Sambil hike, geng-geng trail runner pun naik jugak. Selamba je diorang ni turun naik. Jantung apa tak tahu lah. Dalam jam 10.30 sampailah ke Kem Pacat.

IMG_0804

Selepas Kem Pacat, shoot ke Puncak Pengasih. Masa ni dah start pewai. Tapi gagahkan jugak melangkah. Dari Puncak Pengasih nak ke Puncak Nuang, mental koyak. Dah naik kena turun balik dan naik balik. Ini semua gara-gara tidur 2 jam je malam sebelum tu. Pengajaran, dapatkan rehat yang secukupnya, tak kisahlah daki gunung atau bukit mana sekalipun. Bak kata Datok Khalid Yunus, Otai gunung Malaysia ,”never underestimate any mountains, or it will teach you a lesson “. Punyalah penat, aku boleh tertidur dekat satu batu antara puncak pengasih dan puncak nuang. Ada la terlelap dalam 10 minit. Lepas tu terus segar dan shoot ke puncak. Akhirnya sampai di puncak jam 11.55 pagi.

FullSizeRender
Puncak Nuang bersama tupainya yang popular

Masa di puncak , ada lah beberapa group lain yang dah sampai dan tengah lepak. Macam biasa perkara wajib bila sampai puncak ialah sesi bergambar. Lagi satu yang popular dekat Nuang ni ialah tupai jinak di puncak. So kalau dah sampai atas tu memang wajib lah bergambar dengan tupai tu. Tak lama lepas tu, hujan mula turun dengan lebat. Maka berhimpitlah kami ramai-ramai di bawah beirut puncak. Mujurlah pakai baselayer, jadi tak lah sejuk sangat. Yang lain memang dah gigil.

IMG_0838
Ramai-ramai berlindung bawah beirut

Dalam jam 1.30 petang , kami start turun walaupun hujan belum reda. Tak semua peserta nampaknya sampai ke puncak sebab memang ada cut off time. Kalau pukul 1 pun tak sampai lagi better patah balik. Kalau tak memang lewat malam lah sampai bawah. Waktu turun ni pun mencabar betul rasanya sebab hujan lebat. Jadi memang licin dan agak bahaya. Sampai di kem Lolo jam 5 petang. Badan dah penat jadi treatment yang terbaik ialah berkubang dekat air terjun Lolo . Memang nikmat sungguh rasanya. Selesai solat asar, terus shoot ke starting point.

IMG_0795
Hilang serabut kerja bila lepak tempat macam ni

Perjalanan dari Kem Lolo nak ke starting terasa amatlah panjang. Entah bila nak sampai. Si Muaz yang tadi punyalah laju ke puncak pun boleh mental. Pecah perut aku gelak tengok dia meragam. Akhirnya kami sampai jugak ke starting point jam 7 petang. Lega betul rasanya. Memang rasa tak nak lah repeat Nuang via Pangsun daypack. Kalau ikut Janda Baik maybe boleh consider sebab orang kata lagi senang dan santai. Selesai bersihkan diri dan solat maghrib , aku dan Muaz pun gerak balik jam 8 malam. Masa tu pun masih ada lagi yang belum sampai lagi. Disebabkan kami pun gerak sendiri, jadi balik pun sendiri lah. Maka selesai satu lagi latihan pendakian untuk menakluk puncak Mahameru.

XPDC Chemerong Berembun Langsir (CBL) 2015

XPDC CBL 22-24 Jun 2015 merupakan aktiviti outdoor terakhir sebelum Ramadhan tahun ini menjengah. Aku memang berazam untuk daki satu lagi gunung sebelum puasa, sebab masa puasa memang akan gantung boot dan fokus kepada aktiviti yang lebih sesuai dengan mood Ramadhan. Maka aku pun sibuk men”scroll” group2 FB hiking yang aku join untuk cari event pada minggu terakhir sebelum puasa. Akhirnya dapat juga sangkut satu satu event bila ada seorang bro pm di fb pasal event ni.

Setelah communicate dengan organizer Outerrange Adventure (ORA) melalui instagram dan whatsapp, maka pengeras sebanyak RM190 diberi untuk confirm kan kehadiran. Bayaran ni termasuk makan minum, guide, permit, fly & groundsheet,absailing dan transport pergi balik. Pergi ke trip ni memang aci redah sebab tak kenal sesiapa pun. Janji boleh panjat gunung. hehe. Lagipun CBL memang ada dalam wishlist tahun ni disebabkan gambar-gambar air terjun yang orang post di instagram sangatlah mengundang.

21 Jun 2015 (Khamis)
11.00 pm – Menunggu Yazid, ketua XPDC di LRT Gombak. Tumpang kereta dia.
11.30 am – Berkonvoi ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

22 Jun 2015 (Jumaat)
1.30 am – Singgah mengeteh di R&R Temerloh.

5.30 am – Sampai di Masjid Bandar Al-Muktafi Billah Shah

6.00 am – Solat subuh.

7.00 am – Sarapan di satu gerai makan berdekatan.

8.00 am – Bertolak ke  Hutan Lipur Chemerong.

9.00 am – Taklimat ringkas, pembahagian ration, repack barang, stretching & doa.

9.45 am – Pendakian bermula.

11.00 am – Tiba di Bukit Taubat. Namanya dah bagi satu petanda. Kecuraman dalam 75 darjah. Antara bahagian paling susah dalam pendakian. memang boleh buat orang taubat dari datang.

1.00 pm – Tiba di Kem Balak. Solat jamak zuhur & asar. Makan tengah hari di sini.

2.00 pm – Bergerak ke Kem  Y.

3.30 pm – Sampai ke Kem Y. Rehat kira-kira 15 minit. Terus bergerak ke puncak Gunung Berembun. Merentasi Taman Bonzai.

5.25 pm – Tiba di puncak Gunung Berembun. Di puncak memang tiada view, cuma yang ada adalah papan tanda

5.55 pm – Bergerak ke Lata Langsir, tempat perkhemahan. Pemandangan sepanjang perjalanan sangatlah cantik. Sungai jernih sampai nampak dasar.

6.40 pm – Sampai ke tapak perkhemahan. Hujan mulai turun. Terus set-up khemah. Hujan terus turun sehingga jam 8 malam.

8.30 malam – dinner dan borak-borak dengan fly-mates yang memang satu geng dari sekolah. Dari Perlis datang nak join trip.

Repack barang untuk agihan ration sebelum mula xpdc
Repack barang untuk agihan ration sebelum mula xpdc
Peta Laluan
Pacak yang membuatkan orang taubat
Pacak yang membuatkan orang taubat
Lunch di Kem Balak
Lunch di Kem Balak
Rupa bentuk trek laluan
Rupa bentuk trek laluan
Muka-muka teman se-khemah. Masa ni tak tahu pun akan stay dalam khemah yang sama
Muka-muka teman se-khemah. Masa ni tak tahu pun akan stay dalam khemah yang sama

20150612_171629

Muka pancit di Taman Bonzai
Muka pancit di Taman Bonzai
Puncak Berembun
Puncak Berembun

23 Jun 2015 (Sabtu)

Full day main air. Bangun pagi, solat subuh, layan sunrise. View pagi ni sumpah cantik. Gunung depan mata seolah diselaputi lautan awan. Tak nampak daratan. Breakfast, lepas tu mandi ke Jeram Lesung, 5 minit dari campsite. Memang sakan lah main air. Dalam jam 11, layan absailing di air terjun Lata Langsir, depan campsite. Ini kelebihan ORA berbanding organizer lain. First time absailing dekat air terjun yang tinggi. Menggeletar jugak kaki bro.

Selamat pagi =)
Selamat pagi =)

Tak lama lepas maghrib masuk , hujan mula turun. Malam menjadi sangat panjang untuk aku. Dah la tak bawa sleeping bag & sleeping mat. Menggigil kesejukan malam tu sampailah keesokan paginya. Mujur air tak naik masuk khemah.

Keadaan dalam khemah waktu malam. Sejuk ohh dekat luar
Keadaan dalam khemah waktu malam. Sejuk ohh dekat luar

24 Jun 2015 (Ahad)
6.30 am – Solat subuh, lepas tu layan sunrise. Awan kurang tebal hari ni. Tak seperti semalam.
8.00 am – Sarapan dan kemas campsite
9.00 am – Bergerak menuju Sungai Bangang.ikut trek short cut tanpa perlu melalui G.Berembun dan Taman Bonzai.
10.40 am – Tiba di Sungai  Balu (atau lebih dikenali sebagai Sg. Bangang). Sungainya kecik je tapi lubuknya dalam sesuai untuk tiruk.
11.15 pm – Sambung perjalanan … trek short cut ni akan jumpa semula trek antara Kem Y dan Kem Balak, jadi memang takkan jumpa Kem Y dah.
1.00 pm – Tiba di Kem Balak. Masak makan tengah hari dan berehat sebelum bergerak semula jam 2 petang
3.45 pm – Jumpa pokok Seraya Besar…ukur lilitnya kira-kira 5-6 pemeluk. Rehat sambil menunggu ahli xpdc yang di belakang. Jam 4.15 terus ke Air Terjun Chemerong
4.15 pm – Tiba di air terjun Chemerong. Terpegun dengan keindahan ciptaan Tuhan. Air terjun Chemerong merupakan antara air terjun tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 300 meter. Tangkap gambar puas2 dekat sini. Terjun Tiruk pun mantap.
6.00 pm – Akhirnya selamat tiba di ‘starting point’ Hutan Lipur Chemerong. Bersihkan diri, solat jamak Zuhur & asar’.
8.00 pm – Bertolak ke KL. Berhenti makan di Temerloh. Alhamdulillah ada yang murah hati belanja ikan patin. hehe
12.30 am – Tiba di KL, bersurai.

Misi Terjah Gunung Irau dan lepak santai Cameron Highlands

Gunung Irau merupakan antara gunung yang ada dalam bucketlist aku untuk ditawan sejak tahun lepas. Ini semua gara-gara group facebook hiking yang tak henti-henti post gambar Mossy Forest yang sangatlah cantik, semacam dalam filem Lord Of The Rings. Nak pergi New Zealand jauh kan, jadi antara alternatif yang ada ialah ke sinilah.Paling tak tahan bila siap ada pengantin boleh buat photoshoot wedding dekat Mossy Forest. Makin terbakar la rasa nak ke Irau ni.

Maka, hasil bacaan di blog dan facebook, pada malam 22 May 2014, aku dan kawan sekampung,Hakim bertolak ke Cameron Highlands. Plan asal ialah 4 orang, tapi macam biasa lah, 2 orang cancel last minute. Tapi disebabkan keinginan yang tak tertahan, maka rancangan tetap diteruskan. By hook or by crook, Irau mesti ku tawan. Perjalanan dengan kereta Viva Hakim sememangnya satu yang agak berisiko. Mana ada orang naik tempat tinggi naik Viva kan. Tapi disebabkan darah muda, maka semua tu ditolak tepi. Disebabkan kami berpandukan Waze, maka kami termasuk jalan Tapah-Cameron yang berbengkang-bengkok dan gelap. Seram jugaklah drive jalan tu malam-malam, dengan pokok tumbangnya, cerun nya. Akhinya dalam jam 12.30am, kami sampai ke Tanah Rata. Lega. Check in ke hotel dan late supper sebelum tidur. Hotel telah pun ditempah dari awal melalui laman web Agoda. Hanya RM 60 untuk satu malam. Jadi bila berkongsi berdua maka hanya RM30 satu malam. Ini 1st time sampai ke Cameron setelah 10 tahun.

Starting Point : Mossy Forest
Starting Point : Mossy Forest

Jadi pada pagi 23 May , aku dan Hakim bergerak ke starting point Mossy Forest. Perjalanan mengambil masa 40 minit dari Tanah Rata, bergantung kepada kereta apa yang anda guna. Memang kerja gila guna Viva ni. Nak ke starting point Mossy Forest tu jalan agak curam, jadi memang memang perah habis kereta Viva tu. Nak ke starting point Mossy Forest boleh guna Google Maps. Sesampainya kami di entrance Mossy Forest, rupanya banyak juga orang parking di situ. Tapi kebanyakan kereta yang ada power lah. haha. 4WD dan lain-lain. Ada beberapa kumpulan berkumpul di wakaf. Mungkin kerana nak menunggu hujan renyai yang turun dari malam tadi berhenti. Dah sampai dah kan, jadi tak kan tak nak naik pula. Jadi misi pendakian pun bermula jam 9.15 pagi.

AMBA0271

AMBA0287

Sepanjang pendakian, kami memang disajikan dengan pemandangan yang tersangatlah indah. Memang betullah orang kata, macam dalam filem Lord Of The Rings. Terasa jadi macam Frodo yang nak naik ke puncak gunung untuk campak cincin. hehe. Jalan sedikit ambil gambar. Pokoknya memang lain dari yang lain. Kawasan yang sentiasa lembab dan pokok-pokok berlumut membuatkan hutan ini sangat-sangat unik. Cuma trek laluan memang sangat berlumpur. Kalau datang masa hujung minggu, memang penuh trek laluan Gunung Irau dengan manusia. Susah nak sesat kalau datang masa begini walaupun tiada guide(bukan bermakna aku galakkan redah naik gunung tanpa guide. Kalau tak yakin, lebih baik upah guide). Mungkin masing-masing nak merasa melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Disebabkan kami berdua, jadi kerja kami adalah memotong setiap group hikers yang mendaki. haha. Itulah kelebihan bergerak dalam kumpulan kecil.

Anak Irau. 6666 Feet
Anak Irau. 6666 Feet

Kami sampai ke Anak Irau kira-kira jam 10.50 pagi. Anak Irau biasanya merupakan tempat berehat para pendaki sebelum final push untuk ke puncak. Tingginya adalah 6,666 kaki. Cantik je nombor. Rehat dalam 10 minit sebelum menyambung pendakian ke puncak. Kami tiba ke puncak jam 11.45 pagi.

photo_2015-05-30_21-40-54

11351410_10153381635764656_5192574670870559026_n
Terjumpa staf TM semasa pendakian. Terus jadi geng

Ketika kami tiba di puncak , masih belum ramai pendaki yang sampai. Jadi kawasan agak lapang dan tidak padat. Jadi masa itulah ambil peluang untuk bergambar puas-puas. View dari puncak juga cantik, berlatarkan ladang teh dan gunung-gunung lain. Kami makan tengah hari berbekalkan roti gardenia dan tuna. Niat nak memasak di puncak, tapi memikirkan ketiadaan waterpoint sepanjang pendakian, membuatkan aku membatalkan niat tersebut.

Puncak Irau : Conquered !
Puncak Irau : Conquered !
Keadaan di puncak
Keadaan di puncak

Jam 1 petang, kami memulakan perjalanan menuruni Gunung Irau. Otot-otot dah mula terasa tegangnya. Lutut pun mula goyang. Tetapi disebabkan suasana yang nyaman, penat tak begitu terasa. Kami sampai ke starting point Mossy Forest jam 3.30 petang. Sepanjang perjalanan naik dan turun, aku dapatlah berkenalan dengan pendaki-pendaki lain. Yang paling lucu, rupanya ada staf TM juga yang buat trip ke sini. Setelah siap membersihkan diri menggunakan suratkhabar lama (di starting point tiada sumber air) , Aku dan Hakim bergerak pulang ke hotel tempat kami menginap untuk berehat.

Muka kepenatan
Muka kepenatan tapi puasss
Lumpur yang melekat
Lumpur yang melekat

Selepas Isya’, kami bergerak keluar dari hotel untuk ke Pasar Malam Brinchang. Suasana pasar malam memang meriah, terutamanya pada waktu hujung minggu. Kalau rasa malas nak ke strawberry farm, bolehlah beli sayur dan buah buahan segar dari sini. Personal favourite aku bila ke Cameron ni ialah jambu epal. Tempat lain memang tak jumpa. Satu lagi kebetulan yang lucu, boleh pula terserempak dengan abang satu office dekat pasar malam ni. Kecilnyalah dunia ni.

Abang satu office
Abang satu office

Keesokan pagi , sewaktu check timeline twitter, aku terperasan yang kawan satu course waktu MMU, Aizad Ali, check in dekat hotel sebelah hotel aku. Satu lagi kebetulan yang lucu. Maka pada pagi itupun kami sarapan bersama dengan kawan-kawan dia yang datang daripada Germany. Usai sarapan, aku dan Hakim bergerak ke Ladang Teh Sungai Palas. Tak sah lah kalau pergi Cameron tak minum teh kan. Jarak dari Tanah Rata untuk ke Ladang Teh Sungai Palas tidaklah jauh, tetapi disebabkan hari Ahad, maka trafik sangatlah perlahan untuk sampai ke sana. Memang ramai pengunjung datang ke Cameron pada hujung minggu walaupun ramai yang kata Cameron dah tak sejuk macam dulu. Entahlah. Pada aku sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Cameron untuk diteroka, terutamanya tarikan alam semulajadi.

Breakfast dengan kawan lama
Breakfast dengan kawan lama
Panorama menuju ladang teh
Panorama menuju ladang teh

2015 - 4

Ladang Teh Sungai Palas
Ladang Teh Sungai Palas

Sebenarnya dah lama teringin nak minum teh, dekat ladang teh. Akhirnya dapat juga cross satu benda daripada bucketlist. Nak beli teh ni pun beratur panjang, jadi kalau datang dengan group, baiklah cop tempat dan hantar seorang beratur. Perasaan minum teh berlatar belakangkan ladang teh, fuhh. Inilah baru betul, terbaik dari ladang.

Jemput minum ya :D
Jemput minum ya 😀

Selesai minum teh, kami pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 2 petang. Disebabkan trauma lalu Jalan Tapah masih tak tak hilang, maka kami pilih jalan jauh iaitu melalui Simpang Pulai. Walaupun jauh sedikit, tetapi jalannya lebih lancar dan santai. Kami tiba di KL jam 6 petang. Maka selesailah misi kali ini alhamdulillah 😀

Tabur East

10.5.2015. I finally managed to hike Bukit Tabur East, which is located in Melawati, Selangor. I had been planning to hike the hills since last year, but it only materialised after an adhoc invitation by my friend the night before. We reach the starting point of Tabur East around 8.15am. The hiking starts at 8.30am. Apparently there were quite a number of people whom were hiking with us. Tabur east consists of several peak. The highest one of course has the best view.

First pitstop. Enjoying the scenery of Kuala Lumpur
First pitstop. Enjoying the scenery of Kuala Lumpur

We met with several groups, mostly IIUM students. The total time taken to reach the peak is around 1 hour and 45 minutes. But the time can be shorten to one hour if you did not stop and focusing to reach the top rather than enjoying leisure hike.

Halfway through the hike
Halfway through the hike

What i can say is the view from the peak of Bukit Tabur is one of the best I ever seen. Usually you need to hike mountains which need around 3-4 hours hike to reach the top and had that kind of view.

You can see the peak of Tabur Extreme from Tabur East peak
You can see the peak of Tabur Extreme from Tabur East peak

After resting for 30 minutes, I made my way down. The route going down was different and much easier. It took me only 40 minutes to reach the starting point.

What I can say is Bukit Tabur is definitely an interesting hill. I surely would hike again , probably once a month,  at Bukit Tabur.