Ibrah Ghazzah Yang Terhebat

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya pada malam hari dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda- Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Al-Isra’:1)

Menyoroti kisah perjuangan di tanah suci Palestin, sejarah telah mencatatkan bahawa tanah ini tidak pernah kering dari tumpahan darah para syuhada yang telah bermati-matian mempertahankan kesuciannya. Palestin bukanlah tanah biasa. Palestin tidak boleh dibandingkan dengan kota-kota yang lain seperti Paris, London, New York, Washington, Moskow, atau Roma . Palestin terletak di sebuah wilayah yang menjadi jambatan, yang menghubungkan antara Asia, Afrika, dan Eropa. Palestin  merupakan salah satu tempat yang didalamnya menyimpan sejarah, kisah, dan ajaran tentang kedamaian. Ada satu hal yang membedakan tanah ini adalah ertinya bagi tiga Agama Samawi, yaitu Yahudi, Kristian, dan Islam.

Gaza. Namanya yang jika disebut 10 tahun yang lalu di Malaysia, pasti menimbulkan tanda tanya. Tetapi selaras dengan peredaran zaman, dengan kecanggihan teknologi maklumat, masyarakat semakin cakna mengenai nama ini. Tanyalah pakcik atau makcik di kedai makan, saya rasa mereka pasti mengetahuinya, ataupun paling tidak, pernah terdengar , sama ada di kaca televisyen, di corong radio, ataupun di internet. Tidak dapat tidak, adalah wajib bagi seorang yang bersaksi dengan Allah yang satu dan Muhammad sebagai rasul-Nya, untuk mengambil berat mengenai apa yang telah berlaku, dan sedang berlaku di Gaza. Ini selaras dengan sabdaan Rasulullah saw yang bermaksud:

Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya

Peluang menyertai Misi Solidariti Gaza 2012 Aman Palestin baru-baru ini telah menguatkan lagi keyakinan saya mengenai pentingnya seluruh umat Islam untuk sedar dan berpadu dalam menyelesaikan konflik terpanjang dalam peradaban manusia. Saat kaki menjejak ke bumi perjuangan ini, terasa satu aura menghembus jiwa. Tanah ini telah menyaksikan ramai tokoh-tokoh pejuang yang sepanjang hidupnya, berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Sheikh Ahmad Yassin, Dr Abdul Aziz Rantisi, Ahmad Al-Jabary dan ramai lagi.  Mereka semua telah menunaikan janji mereka kepada Sang Pencipta. Dan saban tahun, semakin ramai yang berlumba-lumba untuk mengikut jejak langkah mereka.

Setelah melihat sendiri suasana di Gaza dan bergaul dengan masyarakat di sana, dapat disimpulkan bahawa  kehebatan sebenar para pejuang Gaza terletak pada keimanan mereka pada Allah Azzawajalla, di mana ia lebih kukuh daripada tembok pemisah , lebih mengancam daripada pesawat F16 , dan lebih padu daripada bedilan kereta kebal Israel. Kekuatan ini bukanlah dibina bukan dengan sekadar kata-kata retorik, ataupun laungan-laungan semangat, tetapi melalui keazaman mengikuti wasilah-wasilah tarbiah seperti qiamullail dan solat subuh berjemaah di masjid. Maka tidak hairanlah syarat untuk menyertai Briged Al-Qassam, unit ketenteraan elit Hamas, ialah solat Subuh berjemaah di masjid selama 6 bulan dan mendapat sokongan daripada imam masjid.

Salah satu perkara indah di sana ialah pengamalan Islam dalam masyarakat mereka. Akhlak mereka , benar-benar akan mengesani mana-mana tetamu yang hadir ke bumi ardhul izzah ini, Di Gaza, anak-anak dilatih sejak kecil untuk tidak meminta-minta. Hasilnya tiada seorang pengemis pun dapat dilihat  di situ, sedangkan secara logiknya, merekalah yang paling layak meminta belas kerana terlalu ramai yang menjadi balu akibat kehilangan suami dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat kekejaman Zionis Israel. Perkara ini tidak akan berlaku melainkan hasil didikan Islam yang mengakar dalam hati setiap manusia di sana.

Untuk masyarakat Islam Malaysia menjadi sekuat masyarakat Gaza ataupun menghampiri mereka, bukanlah perkara yang mustahil.  Satu ketika dahulu, di saat khilafah Islam jatuh tersungkur, semua ulama menulis surat kepada Syeikh Syakib Arsalan.untuk meminta beliau mengumpul umat islam kembali. Mudah sahaja jawapan Sheikh Arsalan, “Banyak surat sampai kepadaku sama ada dari Morocco, Jawa, Mesir, Syria, Iraq dan negara kamu (palestin). Penulis-penulisnya mencadangkan satu Muktamar Islam, atau melantik seorang khalifah atau perkara-perkara yang seumpama dengannya. Namun, seperti biasa aku akan menjawab : Kita wajib memulakan usaha Islam ini dari bawah; iaitu melalui tarbiyah individu. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong?”. Dan jawapan yang hampir serupa juga diberikan oleh Khaled Meshaal, ketua Hamas, apabila ditanya mengenai apa yang boleh masyarakat luar bantu. Jawapnya “Bangunkanlah umat di kawasan kamu, itulah bantuan besar terhadapa kami. Selain doa yang kamu lancarkan untuk kami selepas solat dan ketika Qiamullail”.

Ya, inilah jawapannya jika kita mahu mencontohi Gaza, dan generasi ulung sahabat..

Setiap individu yang bernilaikan kefahaman Islam pasti sedar akan hakikat ketenatan dunia dan menyedari peranan mereka terhadap masyarakat. Mereka akan dapati bahawa pentarbiyahan individu itu penting dan sangat berkait rapat dengan kebangkitan Islam. Setelah ramainya individu dapat dibentuk dengan acuan Islam, maka kebangkitan pasti akan berlaku. Inilah formula kebangkitan Islam yang digunakan oleh Salafussoleh terdahulu. Dan diulangi oleh para pejuang di bumi Palestina hari ini.

Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”. (Riwayat Bukhari)

 

Bangkitlah Negeriku, Harapan itu masih ada.

Intilaqah ke 25 Hamas, bersama ratusan ribu pejuang Palestina

 

Muhammad Farhan Nasri Bin Hamdan

Exco Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Multimedia 2012/2013

Aktivis PEMBINA Melaka

Peserta Misi Solidariti Gaza 2012

 

Advertisements

Do I care?

Bismillah…

Just wanted to rant something.

It’s funny how people can quote movies, but not hadith. Memorize the lyrics to hundreds of songs but not the words to the Qur’an and name all the A-list celebs but not the Prophets. I guess it’s all about priorities, we’ve made the dunya too important to us when it’s just a place we’re passing through.

Peduli Ummah ,

http://www.mygmj.org/

InsyaAllah, will be there. Do U ?

.. SETIA ..

Bismillah

Setia. perkataan yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sedang bercinta. tak kiralah sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum. Sebenarnya, setia boleh merujuk kepada macam-macam perkara. Setia pada Agama, setia pada bangsa, setia pada negara, setia pada sesebuah organisasi dan bermacam-macam lagi.Menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, Setia boleh membawa maksud 1. teguh hati (dlm hal perkahwinan, persahabatan, dll), tetap hati: ia sanggup berkorban kerana orang lain, kerana kasih, dan kerana ~; sumpah ~ a) sumpah utk tetap setia selama-lamanya; b) sumpah yg tidak akan diubah lagi; 2. berpegang teguh (pd janji dll), patuh, taat.

Lihat gambar di bawah. Apa yang terlintas di fikiran anda? Seorang bapa memeluk anaknya? Ataupun seorang suami memeluk isterinya? yang betul ialah pada telahan ke-dua. Tapi apa yang luar biasanya bila seorang suami disambut kepulangannya oleh seorang isteri? dalam mana-mana rumah tangga, itu merupakan perkara biasa. Tapi sebenarnya, ada cerita mengagumkan di balik gambar di atas. Sebuah cerita mengenai cinta, kesetiaan, dan pengorbanan.

Gambar di atas  ialah mengenai seorang tahanan Israel warga Palestin  yang baru sahaja dibebaskan. Namanya Rawhi Mushtaha. Di dalam gambar dia sedang berpelukan dengan isterinya, Raida Swidan selepas 30 tahun penantian.
Ketika mereka bertunang, Rawhi berkata bahwa saya dikehendaki Israel. Raida menerimanya. Sejurus selepas berkahwin suaminya ditangkap Israel dan diputuskan akan dipenjarakan dalam masa yang sangat lama. Suami berulang kali menawarkan perceraian supaya isteri boleh memulakan hidup baru. Namun sekali lagi, isteri tetap memilih untuk menunggu suaminya. 2 hari yang lalu, selepas 30 tahun penantian, akhirnya Raida dapat mendakap semula suaminya, Rawhi Mustafa.

Jadi anak-anak muda di luar sana, sekarang anda rasa, kisah Romeo & Juliet, kisah Titanic, kalau dibandingkan dengan kisah ini, mana lebih romantik ? Semaklah semula cara anda mendefinasikan kesetiaan dalam diri anda. Adakah setia itu bermakna dengan menemani teman wanita/lelaki anda membeli-belah, menelefon mereka setiap malam dan ataupun mengukir kata-kata cinta di muka buku mereka? tepuk dada, tanya iman.

Wassalam.

P/s: bercinta biar sampai ke sorga

17 Ramadhan : A Tale of 2 Victories

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum …

Alhamdulillah, setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di bulan yang mulia ini. Sungguh, ini adalah tanda barakah dari yang Maha Mengasihi lagi Maha Pengampun kerana Dia masih memberi peluang buat kita semua berusaha memperbaiki kelemahan seterusnya menggandakan amalan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Menyusuri pertengahan Ramadhan sering dikaitkan dengan peristiwa Nuzul Quran pada hari ke-17, iaitu penurunan Al-Quran ke muka bumi. Allah swt memuliakan bulan ini dengan memilih satu malam penuh keberkatan sebagai masa paling sesuai untuk diturunkan kitab suci Al-Quran. Baca lagi ..

Firman Allah bermaksud,

“Ramadan, bulan yang dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).”(2:185)

Tanggal 17 Ramadan juga, pada tahun 624M, Allah swt mengatur kemenangan umat Islam Generasi Pertama mengalahkan tentera kafir di pekan Badar, 160 km dari Madinah. Ia bukan sahaja salah satu kisah perjuangan Rasulullah saw, malah ia adalah satu noktah peralihan yang penting dalam sejarah perjuangan Islam dan para Anbiyak ra yang panjang dan silih berganti. Ia adalah juga tanda jalan dan pengajaran yang penting kepada para Duat sepanjang zaman sehingga ke Hari Kebangkitan. Penerangan lebih terperinci mengenai Badar Kubra.

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini,mari kita check semula, adakah kita telah berusaha sedaya upaya mendalami sirah Rasulullah untuk dijadikan iktibar kehidupan, dan melaksanakan sunnahnya sebagai rutin seharian?

Atau segalanya sama sahaja tiada beza waima bulan Ramadhan mahupun di bulan-bulan lain?

Sama-sama kita muhasabah diri. Koreksi diri, seperti saranan ilmuwan kini, “korek” and “see” diri masing-masing. Andai segalanya menjadi lebih baik, alhamdulillah. Namun andai segala sama sahaja, malah mungkin lebih teruk maka beristighfarlah mohon keampunan dari Allah. Bimbang-bimbang hati kita telah rosak. Mohonlah pada Allah dibersihkan hati ini selagi ruh tidak sampai ke halkum.

Sesungguhnya Allah itu Maha Menerima Taubat, seandainya manusia itu benar-benar mengimani.

Selamat menghayati Ibrah peristiwa Nuzul al-Quran dan Perang Badar.

p/s: InsyaAllah petang ni saya dan rakan2 akan menyertai Rehlah Mahsyi Badar Kubra anjuran ISMA Melaka dengan kerjasama PEMBINA Melaka, dan pada sebelah malam pula saya akan menduduki satu peperiksaan. Doakan dipermudahkan segalanya di jalan juang ini. Amin

From Zero to Hero

Bismillah…

assalamualaikum…

Sekarang ini dunia hiburan Malaysia seolah-olah dilanda satu ombak. Satu ombak yang positif dan menggembirakan. Ombak tersebut adalah ombak keinsafan. Ya. Ombak Keinsafan.

Baru-baru ini dunia hiburan gempar dengan berita Bob Lokman dan Sham Kamikaze yang membuat keputusan untuk menarik diri daripada dunia seni. Kedua-duanya merupakan artis yang terkenal dan mempunyai ramai pengikut. Bob Lokman dengan komedinya, Sham Kamikaze dengan muziknya. Tidak lama sebelum itu, Ashraf Muslim. Artis wanita juga semakin ramai yang bertudung seperti Irma Hasmie dan Farah AF2, mengikuti jejak langkah yang dirintis oleh Wardina Safiyyah.  Sebenarnya apa yang mendorong mereka untuk berubah ? mari kita tonton video di bawah untuk mendengar penjelasan mereka.

Kisah Sham Kamikaze

Kisah Bob Lokman

Untuk mengetahui kisah mengenai Ashraf Muslim boleh klik di sini . Beliau ni memang seorang contoh bagi saya,kerana sanggup berubah ketika sedang meniti puncak karier seorang artis, Tambah lagi beliau ni merupakan bekas pelajar Royal Military College, jadi saya rasa lebih dekat dengan beliau.Pernah la bersua dengan beliau semasa di RMC dulu. Beliau datang untuk bermain bola keranjang untuk pasukan Old putera semasa OP-PP weekend . Tidak lama lagi beliau akan mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah.

Namun dalam banyak-banyak artis, ada seorang artis yang kisahnya amat menyentuh diri saya. Perubahan yang dilakukan oleh beliau ialah secara total. Hijrah yang dilakukan bukanlah omong kosong kerana beliau membuat keputusan untuk meninggalkan bumi Malaysia dan mendalami ilmu agama di Syria. Terlintas dalam fikiran, adakah saya yang bukan artis ni mampu berubah seperti beliau? .  Beliau ialah Ustaz Azmil Mustapha, atau lebih dikenali dengan nama “Ali Setan”. Ini memang “From Zero to Hero”. Klik sini untuk mengetahui kisah beliau dengan lebih lanjut.

Lihat. Betapa hebatnya mereka jika dilorongkan ke jalan yang betul. Manusia ini umpama logam. Jika dilentur dengan cara yang betul, maka hebatlah hasilnya. Jika dilentur dengan cara yang salah, hebat juga hasilnya, cuma sama ada menjadi insan yang bermanfaat atau tidak itu terpulang kepada kita untuk menilai.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah..Kalau Allah berkehendakkan seseorang itu mendapat hidayahNya, maka orang itu akan mendapat hidayahNya.Dan kita juga tahu bahwa kita kena berusaha, kemudian berdoa dan bertawakkal kepadaNya. Allah yang Maha Tahu itu tahu sejauh mana kita berusaha, sejauh mana kesungguhan kita untuk berusaha , seikhlas mana kita benar-benar mahu berubah. Maka dengan ILMU Nya itulah, Dia menetapkan segalanya untuk kita, kerana Dia Yang Maha Tahu. Oleh kerana itulah, segalanya milik Allah jua. Kerana Dia Maha Tahu.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;

“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

Mereka sudah , Kita bila lagi ?

Wassalam…

p/s: Usaha dan terus usaha, insyaAllah. =)