XPDC Stong – Baha -Ayam & Air terjun Jelawang

29 April – 2 May 2016

Alhamdulillah selesai lagi satu XPDC dalam kisah pengembaraan aku. Kali ni destinasi ialah Gunung Stong, Kelantan. Pada aku , Gunung Stong boleh dikategorikan sebagai wajib pergi bagi peminat aktiviti mendaki di Malaysia selain Ledang, CBL dan Tahan. Gunung ni terletak di dalam kawasan Taman Negeri Kelantan. Berdekatan dengan Gunung Stong terdapat juga gunung-gunung lain seperti Gunung Kob,Gunung Baha,Gunung Ayam,Gunung Saji,Gunung Tera,Gunung Che Tahir,Gunung Nyelit,Gunung Stong, dan Gunung Beirut. Biasanya trip yang akan ke puncak-puncak ni akan dipanggil Trans Jelawang dan biasanya mengambil masa 5 hari 4 malam dan berstatus hardcore. Untuk trip kali ni lebih kepada santai dan hanya akan singgah ke 3 puncak iaitu Stong, Baha dan Ayam .

Pre-departure, 29/04/2016 :

Berkumpul di LRT Gombak jam 12 malam sambil menunggu organizer si Syimir untuk sampai dari Melaka sambil kutip peserta-peserta lain along the way ke Gombak. Boleh pulak kereta exora yang nak disewa accident jadi terpaksa tukar ke Avanza. Mujur juga ada seorang peserta last minute yang sudi bawa kereta peribadi untuk konvoi bersama. Akhirnya selepas selesao bahagi ration, kami bertolak ke Kelantan jam 2.30 pagi.

Day 1 , 30/4/2016 :

Sampai di Gua Musang waktu subuh. Solat dan mengisi perut. Perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai ke Dabong. Aktiviti Caving dimulakan. Ini pertama kali untuk aku caving. Adalah sangat rugi jika travel jauh-jauh ke Kuala Krai tapi hanya mendaki Gunung Stong. Aku berjaya menghasut Syimir untuk masukkan sekali aktiviti caving dalam tentatif. Dalam jam 11.00 pagi kami memulakan aktiviti meneroka Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris.

 

IMG_6606
Keagungan ciptaan Tuhan

Selesai aktiviti caving, kami bergerak ke starting point dan memulakan proses pendakian ke Kem Baha. Perjalanan ke Kem Baha agak santai walaupun adalah pacak di beberapa tempat. Setelah perjalanan sekitar 2 jam setengah, maka kami pun sampai ke Kem Baha, basecamp untuk trip kali ini. 1st impression bila sampai sini, boleh dikatakan Kem Baha ni campsite gunung yang paling proper aku pernah jejak di semenanjung Malaysia. Kawasan luas, boleh muat dalam 100-200 orang dalam satu2 masa. Siap ada kedai cenderahati dengan tandas tu. Viewpoint dia pulak memang cun, jalan 3 minit je dari khemah. Air terjun tak payah cerita lah. memang terbaik. Jalan 10 minit je untuk pergi main slide, terjun tiruk bagai. Waktu malam , boleh lepak dekat viewpoint sambil layan bintang.

Day 2, 01/05/2016

DCIM101GOPROG2205550.

 

Selamat Hari Buruh ! Harini lah baru mendaki yang sebetulnya. Bangun pagi solat subuh dan kemudian semua menjamu mata menatap view sunrise Kem Baha yang famous tu. Sarapan dan kemudian kami memulakan misi menjejak 3 puncak iaitu Gunung Baha, Gunung Ayam, dan Gunung Stong bermula jam 9 pagi. Trek dia memang layan turun naik tapi takdelah pewai sangat , just nice even untuk beginner. Cuaca pun cun maka trek pun kering tanpa lumpur. Kami sampai semula ke kem Baha jam 9 malam. Walaupun penat, bila dah sampai kemsite dan makan dengan kawan2 semua tu terus lupa. Selesai mandi makan, semua ramai pakat dok lepak dekat viewpoint siap bawak sleeping bag. Main gitar, menyanyi, borak sampai 2-3 pagi. Memang kenangan yang sangatlah best 😀

Day 3 , 02/05/2016

IMG_6698
Pagi yang indah

Lepak layan sunrise lagi sambil minum teh o panas. Pergh. Memang layan beb. Memang chill gila. Hari ni memang takde apa dah just santai2 dan akan pergi main gelongsor air terjun. Time ni memang tiruk puas2, berendam sampai kecut. Dalam pukul 12 tengah hari, kami semua turun dari kem Baha ke car park sebelum terus ke KL untuk kembali ke rutin harian masing2.

Video second version from Akmal di bawah. Ni yang best bila ramai boleh buat video dalam satu trip

Advertisements

Waterfall Absailing & Flydrop Sungai Pisang

16 Jan 2015

Lepas terjah bukit di Sungai siput, maka aku menyambung aktiviti hujung minggu dengan waterfall absailing bersama syimir and co. Dah lama tengok di IG Pakatan Bejalan tapi tak sempat2 nak join. So bila si Syimir organize maka aku sebagai seorang kawan yang supportive pun join lah bagi memeriahkan majlis hahaha.

Malas nak tulis panjang2, ni pun draf lama. So enjoy the video

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bukit Berekeh & Air terjun Sibilin

9-10 Januari 2016

Lepas Trip Kinabalu tempoh hari masa Krismas, maka aku pun buat comeback ke satu lagi tempat rare yang orang lain tak pernah sampai (ketika aktiviti ini berlangsung). Bukit Berekeh, merupakan satu lagi destinasi aktiviti mendaki yang baru sahaja dirintis. Waktu aku masuk ni, belum ada lagi trip komersial yang buat ke sini sebab yang tahu jalan ke sini hanyalah beberapa orang dan Uzair, kawan lama daripada aktiviti backpacking, adalah salah seorang yang tahu.

Day 1 :

Bergerak dari KL ke Ipoh dengan si Keme, member lama jugak yang kenal masa aktiviti Malaysian Backpackers Club di Ipoh. Terus shoot ke meeting point dan regroup dengan junior2 si Uzair dari UiTM Sri Iskandar. Air terjun Silibin ni pun boleh dikatakan air terjun yang rare juga di Ipoh. Memang tak ramai yang tahu dan as expected memang kami sahaja yang ada di situ walaupun pada hari Sabtu.

DCIM101GOPROGOPR3853.
waterfall 1
DCIM101GOPROGOPR3869.
waterfall 2

Puas mandi manda, kami bergerak ke rumah Uzair di Chemor. Rezeki malam tu ada BBQ dan dapat juga la kenal2 dengan adik-adik UiTM hehehe.

Jam 5.30 pagi, kami bergerak ke lokasi pendakian di Sg Siput. Memang terpencil habis kawasan ni. Line telefon pun takde. Start pendakian jam 7.30 pagi.

DCIM101GOPROG1613945.
1st peak of multiple peak

View dekat Bukit Berekeh ni memang cun, persis view Merbabu di Jogja. Cumanya bila dah terang tu memang direct sunlight ah takde tempat nak berteduh. Panas dia, ya Rabbi. Rasa macam kena panggang. Selesai pendakian, kami pergi berendam dekat air terjun yang aku dah tak ingat nama dekat area Meru. Yang ni ramai gak bangla tumpang sekaki. Aku pun mandi takat nak basah2 badan sebelum shoot KL. Malas nak sembang lebih, layan video lah okay kat bawah :

Gunung Pulai & Gunung Baling

10-12 Disember 2015

Setelah disusun jadual dan ditolak tambah pelbagai faktor, akhirnya aku membuat keputusan untuk menyertai trip ke Gunung Pulai dan Gunung Baling anjuran Komuniti Pendaki Malaysia. Trip ini merupakan trip persediaan sebelum aku ke Gunung Kinabalu pada hujung Disember semasa cuti krismas. Perancangan asal sepatutnya si amir hamzah akan teman aku sekali tapi tak jadi sebab kemalangan motosikal. Maka aku pun pergilah secara solo tanpa kenal sesiapa dalam trip tu kecuali Suhaimi, gogo event, yang merupakan orang sama yang guide kami masa Tabur Multipeak. Itupun bukan kenal sangat sebab ramai orang. Secara kebetulan, staf aku dekat pejabat ni akan bernikah pada hari Jumaat petang di Balik Pulau. Jadi aku pun ambil cuti sehari untuk hadir ke majlis pernikahan dia disebabkan aku tak dapat hadir majlis sebelah lelaki pada hari Krismas disebabkan misi Kinabalu aku.

DCIM101GOPROGOPR3285.
Dengan tuan rumah yang sudi pickup dan bawak jalan2 Penang

10 Disember 1145 malam, aku bertolak ke Pulau Pinang dengan bus Plusliner dari Stesen KTM Kuala Lumpur. Ini pun 1st time aku naik dekat sini. Baru tahu rupanya Plusliner memang ada Lounge dekat stesen KTM KL. Tak perlulah nak sussah-susah ke TBS. Tiket dibeli di KL Sentral beberapa hari sebelum. Bas tiba di stesen bas Sungai Nibong pada jam 4.45 pagi. Sementara menunggu waktu Subuh, aku pun melepak di surau. Usai solat, Muhsan , bakal doktor yang sedang bercuti semester pickup aku dan membawa aku ke rumah. Muhsan ni sedang di tahun 3 perubatan di India dan seorang kaki outdoor jugak. Jadi memang click lah walaupun itu baru 1st time jumpa secara face to face. Pagi itu aku hanya habiskan dengan berehat sebelum bersiap untuk solat Jumaat. Selesai solat, Muhsan menemani aku ke majlis pernikahan staf ofis aku. Majlis selesai, kami pun pi layan Pasembor Menari yang famous tu. Kalau dah datang Penang, memang makan je lah kan. Layan kopi di satu kafe yang aku tak ingat namanya dan last sekali pekena tandoori. Kira carbo loading lah sebelum nak mendaki esok ahaha. Aku pun berpisah dengan Muhsan di Terminal Jeti Georgetown di mana aku meneruskan perjalanan untuk ke Baling dengan seorang lagi peserta trip yang aku baru kenal melalui whatsapp group. Iswan namanya. Mujur lah ada  yang bergerak dari Penang juga kalau tidak aku kena naik bas loncat untuk ke sana. Kami tiba di stesen Petronas Baling kira-kira jam 2 pagi dan tidur di dalam kereta sambil menunggu peserta lain yang datang dengan bas dari KL.

DCIM101GOPROGOPR3294.
Masjid Kapitan Keling. Nasi Kandar Beratur yang femes tu ada sebelah masjid ni

 

11 Disember .

Jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di hadapan sekolah rendah di Kampung Pulai. Ada sedikit briefing dari penganjur sebelum kami semua mula mendaki kira-kira jam 8.30 pagi. Cuaca amat baik dan pemandangan sawah dan kerbau membajak sebelum sampai ke kaki gunung seolah-seolah seperti dalam telemovie raya . Trek Gunung Pulai ini mula2 memang terus pacak tak belanja langsung. Keadaan trek berbatu yang agak tajam dan berbahaya jika anda tak berhati-hati dalam menyusun langkah. Masa ni lah menyesal tak bawak gloves. Gloves akan sangat membantu terutamanya bila nak berpaut pada pokok dan batu2 yang ada. Jam 10.45 pagi kami sampai ke checkpoint rehat yang agak landai. Yang tak best nya ialah tiada tempat berteduh dari panas matahari yang mulai membahang. “Panas lit lit” orang Kedah kata. Pokok-pokok renek sahaja yang ada bila menghampiri puncak. Tak tahan duduk lama sebab panas, kami terus shoot puncak dan tiba pada jam 11.30 pagi. View puncak Pulai ni memang terbaik lah. 360 degree view di depan mata dan boleh lihat dengan jelas banjaran lain seperti Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa dari kejauhan. Jika berada di puncak memang kena berhati-hati sebab loose rock dan kawasan tidak luas.

DCIM101GOPROG1293406.
Puncak Gunung Pulai. Belakang tu Gunung Baling.

 

Perjalanan turun diteruskan kira2 jam 1 petang lepas puas bergambar dan lunch. Dia punya panas tu, ya Rabbi. Tambah pula dengan struktur gunung yang berbatu lantas menyerap lebih banyak haba. Memang koyak juga mental sebab panas giler. Akhirnya pada jam 4 petang kami sampai ke kaki gunung dan terus cari warung sebab kehausan dan lapar. Usai mengisi perut, kami menumpang fasiliti SK Pulai untuk mandi dan solat sebelum bergerak ke Lata Bayu untuk bermalam di air terjun. Hujan lebat sepanjang malam menemani kami pada malam itu.

12 Disember 2015.

Bangun pagi kira2 jam 4 pagi. Kelengkapan memang telah disiapkan sebelum tidur dan kami bergerak ke starting point Gunung Baling. Disebabkan masalah logistik (bayangkan yang join ada 50 orang) kami hanya mula mendaki selepas solat subuh walaupun plan asal untuk solat di pertengahan jalan.

Trek agak berlecak dan licin disebabkan hujan malam tadi. Mujur lah guna kasut getah jadi tak kisah sangat pasal lumpur. Yang guna kasut hiking biasa memang menangis la nak cuci balik. kayuh punya kayuh , sampai juga ke puncak dalam 7.45 pagi . Awan masih tebal pada masa itu. Walaupun tak dapat nak kejar sunrise, dapat view pun jadi lah. Lagipun kami antara group komersial yang terawal sampai ke sini.

DCIM101GOPROG1303416.
View 360 dengan awan kepul-kepul
DCIM101GOPROG1323439.
Daripada puncak

 

Selesai sarapan, kira2 jam 9 pagi kami turun semula ke bawah. Perjalanan turun as expected, memang licin gila. Siap ada yang main slide. Cuma 1 jam diperlukan untuk sampai ke bawah. Pekena teh tarik dekat warung seberang jalan dan kemudian kami berpatah balik ke Lata Bayu untuk mandi manda dan makan tengah hari.

DCIM101GOPROGOPR3443.
Layan ayaq terjunn

 

Dah puas berendam dan makan, maka kami pun memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan bas yang telah disewa. Entah pukul berapa sampai aku dah tak berapa ingat sebab post ni draf lama sangat hahaha.

2017

Nak dekat setahun tak menulis apa pun di sini. aku check last posting 29 April 2016, itu pun aktiviti yang sebenarnya berlaku Oktober 2015, hasil draf yang bertangguh-tangguh. Banyak yang dah berubah sejak dari last posting tu dalam hidup aku. Dari tempat kerja, pengajian sarjana, perancangan hidup dan #traveldestination aku. Mungkin aku akan tulis satu satu dalam minggu-minggu yang mendatang ni.

Tabur Multipeak (Far East, Extreme, Extra)

November 10

Trip last minute ke Bukit Tabur untuk complete kan 3 lagi puncak yang berbaki. Sebelum ni dah jejak Tabur West & East. Plan asal nak ke Gunung Bunga Buah, Genting Highlands. Tapi disebabkan guider last minute tak available, maka plan terus berubah. Kebetulan ada orang up event di FB group HACAM, maka pada jam 12 tengah malam aku membuat keputusan untuk join event ni hasil ajakan Anwar geng MBC Ipoh.

Jam 8 pagi, kami dah terpacak depan Zoo Negara sambil menunggu si Anwar. Baru kami tahu rupanya ade 70 orang lagi yang join event anjuran si Suhaimi dari Komuniti Pendaki Malaysia. Sambung gerak ke Kampung Orang Asli Kemensah dan park kereta di situ.

Trail start dari parking terus memacak menuju ke  Bukit Batu Gajah (Tabur Extra). perjalanan dalam 1 jam 15 minit disebabkan si Suhaimi bawak 80 orang! bayangkanlah sesak dia macam mana. Tapi bagus si Suhaimi ni sempoi orangnya.

DCIM101GOPROG0862857.
Dah macam keretapi beraturnya
DCIM101GOPROG0872873.
Tabur Extra ! 

Selesai sesi bergambar dalam 20 minit, maka perjalanan di teruskan ke Tabur Extreme. Tak tahulah apa yang extremnya kan. dalam sejam lebih juga untuk sampai ke puncak. Ramai jugak orang, terutamanya pelajar UIA yang bakal bergraduasi. Semangat betul diorang naik bawak jubah konvo.

DCIM101GOPROGOPR2877.
Sampai sudahh
DCIM101GOPROGOPR2884.
Sisturrr2 dari UIAM bergambar konvo katanya

Masa nak turun dari Tabur extreme, hujan tiba-tiba turun beriringan dengan guruh yang berdentum. Cuak jugaklah jadinya. Mujur tak lama. Ada yang buat keputusan untuk patah balik dan tak habiskan sehingga Far East. Aku pun nyaris nak patah balik tapi si Anwar push jugak untuk habiskan. Aku pun layankan je lah. Masa ni dah jadi agak kelam kabut disebabkan banyak yang berpecah. Jadi yang masih tinggal bergerak dalam kumpulan2 kecil untuk ke Far east yang mengambil masa 1 jam lebih.

DCIM101GOPROGOPR2893.
Tabur Far East. Trans Tabur complete

Selepas Far east, aku ambil keputusan untuk turun melalui jalan kebun berbanding berpatah balik ikut jalan pergi. Masa tu dah memang malas gila sebab panas dan tak solat lagi. Jam pun dah pukul 3.30pm. Mujur ada beberapa peserta yang park kereta di jalan kebun jadi kami tumpang sahaja mereka ke Kampung Kemensah.

Overall, puas hati sebab dah singgah kelima-lima puncak yang ada di Permatang Kuarza Taman Melawati ni. Boleh dikatakan Tabur Far East adalah yang paling mudah, cuma kena berhati-hati dengan anjing yang menjaga kawasan kebun. Silap haribulan kena ngap haha.

 

 

Ramadhan 1436 Hijrah

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi menyapa hidup. Tahun ini merupakan tahun pertama aku berpuasa sebagai warga buruh atau nama glamournya, orang bekerjaya. Pejam celik 6 bulan sudah berkhidmat di menara rebung ni, sebagai membalas budi entiti yang dah menanggung pengajian aku selama 4 tahun di MMU.  Banyak yang nak ditulis sepanjang 6 bulan ni, tapi tak terkeluar. Life has been a roller coaster.

Lain rasanya bila memasuki Ramadhan kali ni. Rasa semacam ada tanggungjawab lebih (ni belum berdua lagi. lol) . Waktu sebegini, kalau memang hidup mengikut arus, memang akan hanyut. Kalau dibanding zaman belajar, suasana Ramadhan sudah tentu lebih meriah. Terawih, tilawah pun boleh jadi berat sekarang, padahal zaman belajar memang berlumba sebab ada kumpulan dan event yang yang jadi catalyst. Nak tak nak, inilah realiti kehidupan. Hanya yang kuat akan terus bertahan

Moga Ramadhan kali ini penuh makna.

titik perubahan

The sad state of our education system

Bismillah,

Recently, Malaysia was shocked by a video showing a student being humiliated while she was trying to ask question during a forum in UUM. The video had gone viral and it had created waved among the citizens, especially university students. Even the politician are taking advantages of this situation by accusing the government as trying to indoctrine the students while the other half trying their best to stay away from the culprits in the video. Lots of assumption had been made. For me , the root of this problem come from the system of education itself,plus the society perception towards education that mould the way people are being educated right now

,

Nowadays, people are not being educated; they’re being tested for levels of obedience. School and university is about memorizing what you are told short term and repeating it. The bulk of how you are graded is by completely daily busy work. This is for the work force the most important quality in a worker bee actually is obedience.

I think it is so true of how reliant our society has become on standardized tests. Not all kids are the same; they don’t learn in the same ways, at the same pace. Certain children may not test well. I don’t think it is fair to assume that just because a certain student doesn’t perform as well on standardized tests they are not as smart or as educated as their peers. They may be poor test takers, may not have cared about the test because they realize theirgrades aren’t affected by it, or perhaps just were having an off day. On top of this, we put too much emphasis on testing in schools. Students have a lot of anxiety about these tests, and it is because teachers are pressured to make sure their students perform well. As I’ve said before, I think it is more important for the child to learn about subjects and broad concepts, not to just memorize random trivia to do well on a test.

We take hour upon hour from our school year teach kids to make educated guesses, to eliminate answers that make no sense, to practice tricky multiple choice questions and to review fandom trivia, all for the sake of doing well on a test. I am not saying there are not good reasons to have these types of tests, I am sure they do a lot of good, I just don’t feel we should focus as much time making sure these children perform well on these tests.

The children in the cartoon look very worried about the test results, and an unfair assumption is made that just because a student (or several students for that matter) doesn’t fit the mold they have formed, that the ENTIRE public education system is flawed in some way. Some students don’t perform well on tests. Is this the fault of the child? The teacher? The school? The public education system in general?

“Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.” -Albert Einstein

Menjawab isu boikot barangan US-ISRAEL

Bismillah,

baru sahaja pagi tadi, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita serangan bertali-arus rejim zionis terhadap Gaza. Serangan ini telah mengorbankan antaranya Ketua Ketenteraan Briged Izzuddin Al-Qassam, as-syahid Hassan Al Jabary, mengikuti langkah para syuhada yang telah membasahkan bumi Palestin dengan darah perjuangan mereka seperti Sheikh Ahmad Yassin dan Dr Abdul Aziz Rantisi.

Di kala peperangan tercetus di tebing barat, timbul polemik dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kewajipan memboikot barangan Israel dan syarikat yang menyokong mereka. Sudah tentunya antara syarikat yang menjadi kontroversi ialah McDonalds dan Starbucks. Ada yang menyokong, ada yang mempertikaikan. Maka di sini saya berharap tulisan saya mampu untuk memberi pencerahan kepada sahabat-sahabat di luar sana mengenai isu ini.

Kenapa Boikot :

Ini ulasan dari Pengerusi Aqsa Syarif:

Berkaitan kenyataan McD Malaysia. McD Malaysia membayar “franchisee fees” kepada McD Corp USA. Ada puluhan ribu restoranMcD di seluruh dunia. Walaupun setiap dari Restoran McD ini menyumbang sebanyak 5% dari pendapatan mereka ini sudah berjumlah ratusan juta USD (bahkan mungkin billion dollar). Oleh kerana McD konsisten menyumbang kepada ekonomi Israel sejak 30 tahun yang lalu, maka kita harus menyampaikan mesej yang tegas di seluruh dunia kepada semua negara di mana McD membuka cawangan. Jika setiap negara di mana McD beroperasi membuat “disclaimer” bahawa mereka tidak menyumbang kepada israel bahkan mereka adalah syarikat berdaftar di negara masing-masing, maka boycott akan gagal dan McD Corporation US boleh meneruskan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel.Tetapi jika setiap warga dunia mula memboikot operasi McD di negera masing-masing maka ini akan menyampaikan mesej yang jelas supaya McD Corp US menghentikan sokongannya kepada Israel.

Bayangkan jika kutipan dari yuran “franchisee” sahaja jumlahnya ratusan juta dollar sehari, berapa banyak jentera perang yang boleh dibeli oleh Israel dengan sumbangan McD bagi membunuh rakyat Palestin. Kerana itu boikot adalah satu ‘peperangan’. Seruan boikot akan di “counter” oleh pihak musuh dengan mengatakan kami ‘cawangan tempatan’ dan kami hanya membayar cukai kepada kerajaan kita(seperti yang berlaku hari ini). Lagipun kami menyumbang kepada ekonomi negara dan menyediakan peluan pekerjaan kpd rakyat tempatan. Jika semua negara membuat pengistiharan seperti ini dan semua warga dunia terpedaya dengan seruan manis ini, boikot akan gagal. Tetapi apabila McD semberang laut menerima tempias dari polisi McD Corp yang membiayai israel, maka akhirnya McD Corp terpaksa berfikir lagi sebelum meneruskan sokongannya kepada zionis kerana keuntungan seberang lautnya mula menyusut. Ingat boikot adalah peperangan dan musuh akan menggunakan hujjah ‘yang masuk akal’ untuk menggagalkan strategi boikot.

Antara Kejayaan boikot :

1.Syarikat susu Denmark rugi besar akibat boikot negara arab terhadap produknya akibat isu kartun Nabi Muhammad S.A.W.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4666298.stm

2.Syarikat CATERPILLAR (jentolak/jengkaut) rugi besar kerana boycott Israel yang dilancarkan di UK. Pelabur mula tarik keluar modal dari syarikat Caterpillar kerana merobohkan rumah rakyat Palestin di Tebing Barat

http://jfjfp.com/?page_id=33999

http://www.timesofisrael.com/presbyterians-in-us-consider-israel-divestment/

3. syarikat ALSTOM yang memenangi tender untuk bina LRT Mekah-Madinah dibatalkan kontrak oleh Arab Saudi kerana ALSTOM juga bina LRT di Baitul Maqdis utk Israel. Boikot ini dilancarkan dari UK dan disokong oleh inisiatif dari US (US against apartheid Israel). Kerajaan Arab Saudi anugerah kontrak pada syarikat lain

http://gulfnews.com/news/region/palestinian-territories/plea-to-boycott-firms-with-israel-link-1.528509

http://www.bloomberg.com/news/2011-10-26/saudi-railways-awards-contract-for-second-phase-of-haramain-line.html

Alaa, zaman Nabi dulu mana ada boikot-boikot ni 

Anda pasti ? Kalau begitu saranan ulama seperti gesaan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi tidak menepati sunnah? Beliau dengan tegas mengatakan ‘setiap rial dan dirham yang dibelanjakan untuk membeli barangan yang menyokong zionis Israel akan digunakan untuk membeli peluru yang akan membunuh saudara-saudaramu di Palestin!” Sebelum kita menilai suatu itu sunnah atau sebaliknya, lihat dulu apa kewajipan kita sebagai muslim. Nabi SAW menegaskan “umat Islam itu ibarat satu tubuh, jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasa sakit dan tidak boleh tidur malam”. Tidak kah kita merasa apa-apa terhadap penderitaan yang ditanggung oleh saudara kita di Palestin?  Mereka bukan sahaja diperangi, bahkan dikepung dan dikenakan pelbagai sekatan. Mari kita sama-sama hayati perintah Allah SWT ini:

“Mengapa kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau !”.(QS 4:75).

Kewajipan kita yang asasi ialah berperang untuk mengeluarkan saudara-saudara kita dari penderitaan yang ditanggung akibat perbuatan musuh-musuh mereka, musuh kita dan lebih tepat MUSUH ALLAH. Kata kuncinya ialah MEMBELA saudara-saudara kita. Kalau kita tidak mampu menghunus senjata dan terjun ke medan tempur untuk MEMBELA mereka, apakah kita hanya menyaksikan sahaja mereka dan anak-anak mereka dibunuh didepan mata kita? Tidak! Sesekali tidak! Kita akan lakukan apa sahaja untuk membuatkan musuh menghentikan kezaliman dan penganiayaan tersebut. Kita akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan tersebut dari batang tubuh mereka sebagaimana kita akan berusaha untuk menghilangkan kesakitan itu dari batang tubuh kita sendiri sekiranya kita yang berada ditempat mereka.

Mereka DIBOIKOT dalam makna perkataan BOIKOT YANG SEMPURNA! Mereka DIPERANGI dalam makna perkataan DIPERANGI SECARA SEMPURNA. Israel menggunakan pelbagai kaedah samada sah atau tidak sah dari sudut undang-undang untuk memerangi rakyat Palestin. Israel menggunakan pelbagai senjata samada yang dibenarkan atau diharamkan untuk membunuh rakyat Palestin. Tiba-tiba kita YANG TIDAK BERMAYA untuk angkat senjata dan menghadapi musuh secara berhadap-hadapan, memutuskan satu kaedah yang amat ringan yang diserukan oleh para ulama sebagai tanda kita tidak rela kesakitan itu terus dideritai oleh mereka sebagai ‘TIDAK SUNNAH’? Apakah kita sudah ‘HILANG AKAL’?.

Apakah Boikot itu menyakitkan musuh-musuh kita? Berbanding kepungan dan serangan bertalu-talu yang ditimpakan ke atas saudara kita? Apakah boikot kita ke atas syarikat-syarikat yang menyokong Israel akan menyebabkan musuh-mush kita kebuluran dan diancam kematian? Tidak! Mereka tidak akan mati kesan dari boikot yang sama-sama didokong oleh orang yang beriman. Mereka hanya akan mengalami sedikit kerugian dunia, dan oleh kerana dunia ini matlamat mereka, maka boikot ini akan menyebabkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan. Kerana kita kenal musuh kita sebagai mana yang Allah SWT telah dedahkan kepada kita.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai orang-orang yang berugama Yahudi, kalau kamu anggap bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang-orang yang benar!”[7]
Dan (sudah tentu) mereka tidak akan bercita-cita hendakkan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang mereka telah lakukan; dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim itu.

Bagi sesiapa yang menganggap boikot tidak ada dalam Islam, dan enggan menahan diri dari berbelanja dari Syarikat-syarikat yang menyokong Israel (atas alasan ianya bukan sunnah), maka pastikan anda penuhi apa yang anda anggap sunnah dalam menunaikan kewajipan bagi menamatkan penderitaan saudara-saudara kita di sana? iaitu berjihad dengan harta dan jiwa (yang akan menyelamatkan kita dari azab yang pedih.. surah as-Saff).

Bagaimana anda hendak memenuhi tuntutan ayat ini menurut sunnahnya, terpulang kepada anda. Tetapi FORMULA umumnya ialah – ‘Berbelanjalah untuk mereka supaya perbelanjaan itu akan mengeluarkan mereka dari penderitaan yang mereka tanggung dari musuh mereka dan musuh kita, jangan sekali kita berbelanja sehingga memberi ruang yang lebih luas kepada musuh untuk memperdalam penyeksaan dan kezaliman yang ditimpakan ke atas mereka’. Atau pastikan anda ‘menggunakan tulang empat kerat anda dan kekuatan fizikal anda untuk mengeluarkan mereka dari penderitaan itu’. Jangan pula kita tetap berbelanja di syarikat-syarikat yang menyokong musuh (atas alasan ianya tidak sunnah atau apa sahaja alasan yang kita ada) dan kemudian kita tidak berbuat apa-apa. Ketika orang lain berbuat sesuatu untuk menyelamatkan rakyat Palestin (sebenarnya menyelamatkan diri dari azab yang pedih) kita hanya menyanggah ‘Jangan boikot kerana ia bukan sunnah…’

Habis tu, macam mana dengan nasib pekerja McD di Malaysia? Ramai orang Islam yang mencari rezeki di situ ?

Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian – cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin aggresif adalah isyarat bahawa ‘kempen boikot’ semakin menggigit). Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kemnpen seruan boikot ini dilancarkan dari UK – diterajui oleh Inminds, UK). Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah – rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan ‘conscience’ (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa – rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu palestin memberi panduan umum.
– Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain – dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.
– bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Memohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidakj disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan ‘ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).

Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya – rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas. Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat. Di sini kita meriusaukan shabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.

Semuga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.

“Tolonglah agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu di bumi”

Kredit :

1. Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif

2. Tindakan boikot oleh Nabi S.A.W , http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1123&Itemid=65

3. http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/4666298.stm

4. http://jfjfp.com/?page_id=33999

5. http://www.timesofisrael.com/presbyterians-in-us-consider-israel-divestment/

6. http://gulfnews.com/news/region/palestinian-territories/plea-to-boycott-firms-with-israel-link-1.528509

7. http://www.bloomberg.com/news/2011-10-26/saudi-railways-awards-contract-for-second-phase-of-haramain-line.html

8. http://www.inminds.com/

9. http://www.amanpalestin.net/

10. http://www.facebook.com/aqsa.syarif?ref=ts&fref=ts

11. untuk semua yang sentiasa post di FB mengenai situasi terkini di Palestin